I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 3 January 2010

Salah Siapa?

ISU yang paling panas sepanjang minggu ialah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Keputusan tersebut mengejutkan umat Islam, yang rata-ratanya sememangnya membantah. Ulama, pemimpin UMNO, badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ahli akademik dan sebahagian pemimpin pembangkang termasuk Dewan Ulama Pas turut bersatu menyatakan bantahan.

Banyak persoalan berlegar daripada isu tersebut, daripada soal hujah sehinggalah kepada kesannya kepada umat Islam. Agama Islam adalah agama rasmi dalam Perlembagaan negara. Asas bantahan ialah nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. [link]

Kalimah Allah juga adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain. Maka penggunaan perkataan Allah bagi agama lain dikhuatiri mengelirukan umat Islam, yang padahnya tidak boleh diambil mudah.

Yang turut menjadi persoalan mengapa larangan penggunaan perkataan Allah yang pernah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, boleh dicabar di mahkamah.

Apa pun k@ berharap umat Islam bertenang menghadapi dugaan ini. Semoga Kementerian Dalam Negeri akan bertindak segera untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan nanti. Sementara menunggu proses rayuan, semua pihak perlu komited menjaga keharmonian negara.

Namun keputusan mahkamah Khamis lalu sememangnya meninggalkan pengajaran besar kepada umat Islam. Benar seperti kata Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Sarjana Islam, Profesor Dr. Mahmood Zuhdi, semua ini terjadi berpunca daripada kelemahan dan perpecahan umat Islam. Disebabkan perbalahan dan kebodohan berpolitik, Islam makin tergadai. Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila umat Islam tidak boleh bersatu dalam menjamin survival Islam di tanah air sendiri. Wallahua'lam~

k@:Selamat menempuh Ujian Akhir Semeste kepada semua rakan taulan! GOODLUCK!!

No comments:

Post a Comment