I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, 14 March 2011

Lalai ~

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah? Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.


Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.

Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Tuesday, 8 February 2011

::Adil Terhadap Anak-anak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”

 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim) 

Friday, 28 January 2011

::Sayang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.


Riwayat at-Tabrani 
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim 

Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat dan antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

  • Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
  • Melalui sentuhan yang lemah lembut.
  • Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
Tapi pabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat. Owh.. Sayangnya

Saturday, 15 January 2011

::Kesabaran Allah SWT::

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.” 
(Muslim)


Nikmat Allah S.W.T maha luas dan tiada sesiapapun dapat menyekatnya. Allah juga Maha Sabar dalam setiap urusan-Nya. Manusia yang dijadikan oleh Allah adalah makhluk yang diamanahkan untuk menggunakan nikmat yang diperolehi itu untuk keperluan mendekatkan diri kepada-Nya. Namun begitu ada juga golongan manusia yang menggunakan nikmat Allah tetapi dalam masa yang sama mereka semakin jauh daripada Allah S.W.T. Hal ini terjadi kerana hati mereka telah mati lantaran nikmat itu diguna atau disalurkan kepada perkara-perkara mungkar termasuklah golongan yang syirik atau kafir yang seolah-olah nikmat itu tidak disedari oleh mereka dan akhirnya menjadikan mereka semakin sesat dan melupakan Allah. 
Bagi orang yang kufur tetapi mendapat keistimewaan atau nikmat yang lebih ini mereka dikatakan mendapat istidraj iaitu pemberian nikmat Allah yang besar tetapi pemberian itu tidak diredhai-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Manusia yang mendapat istidraj adalah manusia yang lupa daratan. 
Maka apakah ertinya hidup ini jika mendapat seribu macam nikmat seperti kaya, berkuasa dan sebagainya tetapi sama sekali tidak diberkati malah dibenci oleh Allah S.W.T. Sepatutnya orang-orang yang kaya dengan berbagai nikmat hendaklah mengunakan nikmat Allah itu untuk kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah agar hidup mereka diredhai Allah bahkan itulah sifat makhluk yang benar-benar bersyukur. 
Selamat beramal...

Sunday, 26 December 2010

::Munafiqunn

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

 
Riwayat Ahmad
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Sunday, 12 December 2010

::Perubatan Islam

Dari ‘Auf bin Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”

 
(Muslim)
Definisi perubatan Islam adalah melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan sehingga terjebak ke dalam dunia syirik. 
Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram (bersemah – sembelihan korban sebagai jamu) dan amalan-amalan berdamping dengan makhluk halus yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik serta amat dilarang dalam Islam. 
Islam meletakkan bahawa apa-apa perubatan sekalipun sama ada tradisional mahupun perubatan moden semuanya hendaklah bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. 
Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam perkataan lain, segala kaedah dan ubatan yang digunakan hanyalah sebagai ´al-asbab´ dan kita wajib percaya bahawa makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu melainkan segalanya terletak pada ketentuan dan keizinan Allah S.W.T jua. 
Sesungguhnya hanya Tuan sajalah yang berkuasa mutlak kepada nasib ketentuan kelangsungan kehidupan seorang hamba. 
Say NO to Syirik!

Monday, 6 December 2010

Demi Masa

Insyaallah kita akan memasuki Tahun Baru Hijriyah, 1 Muharram 1432 H tidak sampai--kurang 9 jam lagi. Adalah untuk itu, dianjurkan agar dalam menyambut tahun baru tersebut kita melakukan tak banyak-- sedikit perenungan tentang:
1. Syukur atas Usia yang diberikan Allah
Umur adalah nikmat yang diberikan Allah pada kita, dan jarang kita syukuri.
Sementara kita saat ini masih diberi Allah kesempatan untuk bertaubat, memperbaiki kesalahan yang kita perbuat, menambah amal soleh sebagai bekal menghadap Allah.
2. Muhasabah (introspeksi diri) dan istighfar.
Ini adalah hal yang penting dilakukan setiap muslim. Kerana sebuah kepastian bahwa waktu yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi, sementara disedari atau tidak -- kematian akan datang sewaktu-waktu dan yang bermanfaat saat itu hanyalah amal soleh.
Pergantian tahun bukan sekadar pergantian kalender di rumah kita, namun peringatan bagi kita apa yang sudah kita lakukan tahun lalu, dan apa yang akan kita perbuat kelak.
3. Mengenang Hijrah Rasulullah SAW Peristiwa hijrah ini seharusnya kita ambil sebagai sebuah pelajaran berharga dalam kehidupan kita. Betapapun berat menegakkan agama Allah, kita sebagai seorang muslim tidak layak untuk mengundurkan diri untuk ikut berperan di dalamnya.

Beberapa Keutamaan dan Peristiwa di Bulan Muharram
 
Bulan Haram
Muharram, yang merupakan bulan pertama dalam Kalender Hijriyah, termasuk diantara bulan-bulan yang dimuliakan (al Asy- hurul Hurum). Sebagaimana firman Allah Ta’ala :
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya terdapat empat bulan haram." (Q.S. at Taubah :36).
 
Dalam hadis yang dari sahabat Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaiman bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Dzulkae’dah, DzulHijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada tsaniah dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 
Pada keempat bulan ini Allah melarang kaum muslimin untuk berperang. Dalam penafsiran lain adalah larangan untuk berbuat maksiat dan dosa. Namun bukan berarti berbuat maksiat dan dosa boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain.  Anda janganlah pula berbuat fatwa beruk sendiri selepas ini.

Sebagaimana ayat Al Qur’an yang memerintahkan kita menjaga Solat Wustha, yang banyak ahli Tafsir memahami shalat wustha adalah Solat Asar. Dalam hal ini, solat Asar mendapat perhatian khusus untuk kita jaga. 

Firman Allah :
"Peliharalah segala solat mu, dan peliharalah solat wustha" (Q.S. al Baqarah :238)  

Nama Muharram secara bahasa, berarti diharamkan. Maka kembali pada permasalahan yang telah dibahas sebelumnya, hal tersebut bermakna pengharaman perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah memiliki tekanan khusus untuk dihindari pada bulan ini.

Bulan Allah
Bulan Muharram merupakan suatu bulan yang disebut sebagai “syahrullah” (Bulan Allah) sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW, dalam sebuah hadis. Hal ini bermakna bulan ini memiliki keutamaan khusus kerana disandingkan dengan lafdzul Jalalah (lafaz Allah). Para Ulama menyatakan bahwa penyandingan sesuatu pada yang lafdzul Jalalah memiliki makna tasyrif (pemuliaan), sebagaimana istilah baitullah, Rasulullah, Syaifullah dan sebagainya. 

Rasulullah bersabda :
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam”. (H.R. Muslim) 
 
Sunnah Berpuasa
Di bulan Muharram ini terdapat sebuah hari yang dikenal dengan istilah Yaumul A'syura, yaitu pada tanggal sepuluh bulan ini. A'syura berasal dari kata A'syarah yang berarti sepuluh. 

Pada hari Asyura ini, terdapat sebuah sunah yang diajarkan Rasulullah saw. kepada umatnya untuk melaksanakan satu bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala. Yaitu ibadah puasa, yang kita kenal dengan puasa A'syura Adapun hadis-hadis yang menjadi dasar ibadah puasa tersebut, diantaranya :

1.Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra, Rasulullah saw, bersabda :
“ Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
 
2. Ibnu Abbas ra berkata :
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari as-syura dan bulan Ramadhan.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
 
3. Ibnu Abbas ra berkata :
Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari‚ Asyura, maka Beliau bertanya : "Hari apa ini?." Mereka menjawab :“Ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, Karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini." Rasulullah pun
bersabda :
"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian
“
Maka beliau berpuasa dan memerintahkan shahabatnya untuk berpuasa. (H.R. Bukhari dan Muslim) 

4.Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas ra berkata :
Ketika Rasulullah saw. berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan kaum muslimin berpuasa, mereka (para shahabat) berkata : "Ya Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani". Maka Rasulullah pun bersabda :"Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (tanggal sembilan).“ (H.R. Bukhari dan Muslim) 
 
Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw. bersabda : "Puasalah pada hari A'syura, dan berbezalah dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“
 
Selain hadis-hadis yang menyebutkan tentang puasa di bulan ini, tidak ada ibadah khusus yang dianjurkan Rasulullah  untuk dikerjakan di bulan Muharram ini termasuklah bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.

Bagaimana Nak Berpuasa Sunat A'syura?!
Ibnu Qoyyim dalam kitab Zaadul Ma’aad –-berdasarkan riwayat-riwayat yang ada- menjelaskan :
- Urutan pertama, dan ini yang paling sempurna adalah puasa tiga hari, yaitu puasa tanggal sepuluh ditambah sehari sebelum dan sesudahnya (9,10,11)
- Urutan kedua, puasa tanggal 9 dan 10. Inilah yang disebutkan dalam banyak hadits
- Urutan ketiga, puasa tanggal 10 saja.
Puasa sebanyak tiga hari (9,10,dan 11) dikuatkan para para ulama dengan dua alasan sebagai berikut : 

1. Sebagai kehati-hatian, yaitu kemungkinan penetapan awal bulannya tidak tepat, maka puasa tanggal sebelasnya akan dapat memastikan bahwa seseorang mendapatkan puasa Tasu’a (tanggal 9) dan Asyura (tanggal 10) 

2. Dimasukkan dalam puasa tiga hari pertengahan bulan (Ayyamul bidh).
Adapun puasa tanggal 9 dan 10, dinyatakan jelas dalam hadis yang sahih, di mana Rasulullah pada akhir hidup beliau sudah merencanakan untuk puasa pada tanggal 9. Hanya saja beliau meninggal sebelum melaksanakannya. Beliau juga memerintahkan para sahabat untuk berpuasa pada tanggal 9 dan tanggal 10 agar berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi. 

Sedangkan puasa pada tanggal sepuluh saja, sebagian ulama memakruhkannya, meskipun pendapat ini tidak dikuatkan sebagian ulama yang lain. 

Secara umum, hadits-hadis yang terkait dengan puasa Muharram menunjukkan anjuran Rasulullah SAW untuk melakukan puasa, sekalipun itu hukumnya tidak wajib tetapi sunnah mua'kkad, dan tentunya kita mestilah berusaha untuk menghidupkan sunnah yang telah banyak dilalaikan oleh kaum muslimin.

Karbala
Pada tanggal 10 Muharram 61H, terjadilah peristiwa yang memilukan dalam sejarah Islam, yaitu terbunuhnya Husein cucu Rasulullah di sebuah tempat yang bernama Karbala. Peristiwa ini kemudian dikenal dengan “Peristiwa Karbala”. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh pendukung Khalifah yang sedang berkuasa pada saat itu yaitu Yazid bin Mu’awiyah, meskipun sebenarnya Khalifah sendiri saat itu tidak menghendaki pembunuhan tersebut. 

Peristiwa tersebut memang sangat tragis dan memilukan bagi siapa saja yang mengenang atau membaca kisahnya, apalagi terhadap orang yang dicintai Rasulullah SAW, dan kita sudah tentu mencintai dan memuliakannya. 

Namun musibah apapun yang terjadi dan betapapun kita sangat mencintai keluarga Rasulullah, hal itu jangan sampai membawa kita larut dalam kesedihan dan melakukan kegiatan-kegiatan sebagai bentuk duka dengan memukul-mukul diri, menangis apalagi sampai mencela sahabat Rasulullah yang tidak termasuk Ahli Bait (keluarga dan keturunan beliau). Yang mana hal ini biasa dilakukan suatu kelompok syi'ah yang mengaku memiliki kecintaan yang sangat tinggi terhadap Ahli Bait (Keluarga Rasulullah), padahal kenyataanya tidak demikian. 

Smoga kita selalu diberi taufiq dan dibimbing Allah SWT kejalan yang diredhaiNya --yang lurus serta mendapatkan rahmat--keberkatan dan ampunanNya. Aameein Ya Rabbal A'lamin... [wallahua'lam]

Thursday, 2 December 2010

::Pilihang Terbayyeks::

“Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw. tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa. Jika mendatangkan dosa, baginda adalah orang yang pertama menjauhinya. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk kesucian agama Allah, maka pembelaan yang dilakukan olehnya adalah semata-mata kerana Allah Taala.”

1.  Islam adalah agama Allah. Oleh itu kesuciannya hendaklah sentiasa dipelihara dan dimuliakan.
2.  Segala perkara yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T. Oleh itu umat Islam janganlah terburu-buru dalam bertindak apalagi terhadap sesuatu yang remeh-temeh kecuali terhadap perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama.
3.   Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi ia tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa hendaklah dijauhi dengan apa cara sekalipun.
4. Islam itu mudah. Maka janganlah kalian menggeledik kemalasan kepayahan nak "berterimakasih" kepadaNya atas segala kemudahan yang telah dikurniakanNya.

Tuesday, 30 November 2010

Kenapa Allah cipta Neraka jika Dia Baik???

Nak dijadikan cerita di zaman dahulu kala dekat sebuah negeri kat Malaysia lah juga -- seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun terpaksalah dikenakan denda…dah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz yang sorang ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak [masukkan efek saspen di sini] “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ni duk bagi kuliah subuh depan mata pula

Gulp..Ustaz tu pun terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel bobey bobeey, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Selamat beramal!WOHA

Friday, 26 November 2010

Buroks Sikus

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya:” Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.”
 
(al-Bukhari)
 
 
Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain. Ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang boleh kita lakukan. Apalagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan. 
 
Manakala menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda. Wallahua'lam

Saturday, 13 November 2010

Bini Sunyi Suami Menyepi

Saya dah berkahwin dekat 10 tahun dan ada 4 orang anak. Suami saya tak romantic tapi baik, iaitu jaga hal ehwal kebajikan rumahtangga dan anak anak, tapi suami saya ni pendiam sangat, Dia tak kan berbual dengan saya kecuali saya yang kena mulakan dulu.
Dalam rumah jarang dengar kami bercakap, hanya suara anak anak yang riuh,. Saya pernah bertanya apa salah saya, katanya saya tidak buat salah tetapi dia melayan saya seperti tidak wujud. Saya meresa sangat sedih dilayan sebegini, Apa pandangan tuan?
Isteri Sepi.

********

WOHA! Topic kita hari ni:

Suami tak romantic kerana pendiam?

Suami baik tapi tak banyak bercakap?

Sepi sebab suami diam walaupun dia baik?

Suami jaga hal ehwal rumahtangga tapi saya rungsing sebab suami saya membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan?,

Apa?!!

Itu sahaja masalah korang dah jadi rungsing dan sepi?, sedang ramai lagi andartu kat luar sana, mereka lagi layak rungsing dan sepi.., patut korang tolong mereka dengan bagi izin suami korang kahwin lagi, eh! Itu cerita lain..

Sambung balik.

Kepada semua isteri yang rasa sepi dan rungsing kerana suami baik tapi pendiam..

Korang tahu tak apa makna CINTA?

Dah 10 tahun kahwin pun tak tahu apa itu CINTA?

Dah beranak pinak, dah berlaga lubang kencing masih tak tahu apa itu cinta??

Ni yang aku angin satu badan ni!! Nampaknya, aku kena terangkan balik makna cinta pada mereka yang dah berumah tangga, yang dah beranak pinak, yang dah berlaga pusat, (sambil geleng kepala...)

Baik, Cinta itu adalah...

(berhenti sekajap, telan air liur)

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih!

Jika korang rasa tak selesa bila duduk dua orang tapi tak bercakap apa-apa, itu bermakna orang itu bukan orang istimewa, orang itu mungkin orang asing, dan bukan kekasih..

KEKASIH adalah mereka yang mana bila kita duduk bersama, tapi tak bercakap apa-apapun, kita tetap rasa selesa, bahagia, dan enjoy the silence!!

Enjoy the silence!! Tak paham lagi? Itulah CINTA!!

Kalau tak paham bahasa melayu, biar aku cakap bahasa orang putih:

“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.”

(Entah betul ke tak Bahasa English aku tu? Lantaklah,)

Senang cerita, kita tahu bila kita dilamun cinta adalah apabila kita dapat bersama seorang yang sangat istimewa, yang mana detik bahagia ada pada setiap minit dan saat, walaupun kita tak bercakap apa apapun, kerana kita sedang ‘enjoy the silence’..‘menikmati kesunyian’ bersama orang yang paling kita cintai...

That is love!!!

Why do we feel it's necessary to talk about bullshit in order to be comfortable? Enjoy the silence with someone special, that is comfortably... That is love!!!

Dah! Speaking London pulak aku

Bermakna disini, para isteri yang terasa sepi dan sunyi sekalian, bukan salah suami korang buat korang rasa sepi, salah korang, sebab korang tu yang belum CINTA sepenuhnya pada suami masing masing.., korang masak, basuh baju, kemas rumah, ketip kuku, trim bulu untuk suami dah anggap itu cinta? Itu namanya ‘khidmat’.. cinta adalah memberi tanpa balasan.. chewah!

Korang patut rasa malu pada suami korang, sebab suami korang sebenarnya sangat faham erti cinta lebih dari korang yang ngok!, korang menderita tapi suami korang hidup bahagia dengan ‘enjoy the silence’, yelah, walaupun korang dah jadi gemok dan hodoh, serta tua , tapi suami korang cool, takde dia ceraikan korang?, malahan dia tak abaikan rumahtangga dan anak anak. Hari-hari balik kerja terus pulang ke rumah, sampai rumah minum air kopi, sambil perhatikan anak anak bermain, tanpa bercakap sepatah pun tapi hanya ‘enjoy the silence’.. wow! Romantiknya!!

Orang lelaki memang pandai bercinta dan ‘enjoy the silence’.., tak percaya cuba tanya kaki pancing, ada joran tu bercakap dengan mereka? Atau suami yang suka hias kereta, ada mereka sedih bila kereta tu tak bercakap dengan mereka? Atau yang pelihara ikan emas, bila mereka bercakap dengan ikan dalam akuarium, dan ikan tu tak jawab, ada mereka sedih macam korang? Takde.. mereka cool, mereka bahagia, mereka ‘enjoy the silence’..

Tapi korang pandai pulak bercinta dengan rantai emas, gelang emas yang pendiam, rasa bahagia bila pakai barang kemas yang tak bercakap sepatahpun..boleh pulak ‘enjoy the silence’ dengan emas karat, tapi dengan suami tak tahu pulak nak bahagia, tak boleh pulak nak ‘enjoy the silence’, dah kantoi bahawa korang tu tak pandai menikmati cinta, atau kahwin paksa sahaja.. kesian suami korang, rupanya... isteri korang tak cinta sepenuhnya lagi pada korang, bak kata pepatah, ada wang abang sayang, takde wang abang melayan.., tu yang bila suami kena buang kerja, perempuan pun terus mintak cerai.. kesian..

Padahal, korang tak tahu, bahawa suami korang sangat cinta pada korang, mereka makan masakan korang dengan penuh bahagia sehingga tak terkata apa sebab sedapnya masakan korang yang setaraf masakan ibu mereka, lalu mereka, ‘enjoy the silence’.. nyam nyam.. tapi korang sedih tengok mereka sedap makan sebab tak bercakap... apa daa..

Aku rasa tentu korang tak tahu, iaitu apabila tiba Malam hari, bila korang tidur, korang tahu tak bahawa suami main-main dengan rambut korang, cium pipi korang.., dan raba korang, tapi korang tak sedar sebab korang tidur mati.. sedang suami seronok 'enjoy the silence'... kan?

Satu lagi, untuk pengetahuan korang iaitu bila korang buat kerja rumah, suami sebenarnya pandang korang dengan penuh kasih sayang dan terharu, tapi mereka tak tunjuk sebab ego, nampak pendiam sahaja, malahan mereka selalu curi curi perhatikan korang buat kerja rumah dengan penuh ‘enjoy the silence’.. bila korang menoleh, mereka akan terus menoleh ke arah lain sebab malu dan ego, sambil control macho... buat buat baca surat khabar atau tengok TV, tu yang korang nampak mereka macam pendiam, tapi mereka sebanarnya cool dan faham erti cinta, mereka ‘enjoy the silence’ bersama korang, sebab tu mereka tak ceraikan korang.., betul tak?

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih

Akhir kata.. bersyukurlah dengan nikmat ada suami.. walaupun pendiam kerana mereka faham hakikat cinta.. untuk itu buktilah kecintaan kamu kepada Tuhan, bangun di malam hari, bertahajud dan ‘enjoy the silence’ bersama Pencipta sekalian alam... kerana jika kamu tidak mampu ‘enjoy the silence’ dalam bertahajjud.. ketahuilah, kamu belum cinta kepada Allah...

Malulah kamu kepada Tuhan dan suami kamu..

Sunday, 7 November 2010

Ehsan [Bukan yg dalam Upin Ipin tu!]

Sebagai orang yang dah lama berbulu (senior) dalam ugama islam, korang patut tahu tentang “ehsan”.. jangan nanti sedang asyik korang korek hidung, tiba tiba muncul anak cina mualaf bertanya pada korang: apa itu ehsan?

Lantas korang dengan konfidentnya menjawab sambil menggetel tahik hidung..

“Ehsan tu adalah wang hadiah dari kerajaan Persekutuan kepada rakyat Negeri Terengganu kerana telaga minyak ada di sana supaya Rakyat suka pada Kerajaan”

Lantas anak cina mualaf itu terus berlalu jijik kerana korang selepas menjentik tahik hidung ke atmosfera bumi, terus selamba sambung korek hidung lagi sebelah..

(Harap anak cina mualaf yang baru ‘bertukar alamat’ dari bekas abu ke ‘tanah perkuburan Islam’.tu tak murtad dapat jawapan yang sehampeh tu…)

Aku malas nak membebel macam mak nenek, sekarang aku nak tulis entry khas buat semua mualaf yang baru masuk islam pagi tadi

Apa itu Ehsan?

Tak payah susah susah aku nak susun ayat, biar Nabi Muhammad SAW sendiri yang jawab.. akan hakikat, apa itu Ehsan..

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. meriwayatkan:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“ lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.”

Lelaki tersebut berkata:

“ Benarlah engkau.”

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang lman”.

Baginda bersabda:

“Bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan Qadar buruk.”
Lelaki itu berkata:

“ Benarlah engkau.”

Dia kemudian berkata lagi:

"Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan."

Baginda bersabda:
“Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Kemudian, Lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang kiamat”.

Baginda bersabda:

“Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”
Lelaki itu berkata:

“Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya”

Baginda bersabda:

“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing tapi berlumba-lumba membina bangunan."

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:

“Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
Aku berkata:

“Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

**********

Ehsan [Bab II]

Dah habis baca hadith, dan dah dengar cerita tentang Ehsan, bolehlah kita simpulkan bahawa:

“Ehsan ialah dapat ‘melihat’ Allah, atau jika tak dapat ‘melihat’, tahu diri ‘sedang dilihat’ juga adalah salah satu darjat Ehsan..
Jadi, buat pertama kalinya dalam sejarah ugama, dan sebagai memenuhi nota ugama aku, kali ni, aku nak bagi wang ehsan kat korang RM300., eh silap.., aku nak ajar korang semua melalui blog akan ilmu Ehsan, dan InsyAllah jika korang tumpukan perhatian 100% dengan apa yang bakal aku tulis kejap lagi, dengan izin Allah, dapatlah korang asas kepada ilmu Ehsan yang bakal merubah hidup korang buat selama-lamanya

Jeng-jeng jeng!

(masukkan bunyi yang berunsur suspend kat sini)

Tapi sebelum tu, untuk dapat hakikat Ehsan melalui blog ini, aku cadangkan korang pergi ambik wudhu sekarang, supaya ‘suasana’ bebas dari hadas akan mengundang malaikat rahmat dan insyallah mudah untuk faham..(Allah bagi faham)

Ok, aku bagi masa 5 minit untuk korang pergi ambik wudhu.. dan bagi mereka yang membaca blog ini di tengah tentang gurun sahara, bolehlah bertayamun sahaja..hahahha

*********

Ok, sambung balik..

Semua dah ada wudhu, alhamdulillah..

Apa yang aku nak ‘ajar’ ni adalah simple sahaja, yang mana aku akan tulis beberapa rangkap perkataan dalam bahasa malayu, tugas korang hanyalah perlu baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

Rangkap 1:

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Rangkap 2

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEBAIKKAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, PASTI ALLAH AKAN NILAIKANNYA,”

Rangkap 3

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEJAHATAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, JUGA PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA,”

Baik, sekarang, kita pergi pada rangkap seterusnya...baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“MANUSIA MELIHAT APA YANG KITA ADA.. RUMAH.. KENDERAAN.. HARTA DAN SEBAGAINYA, TAPI ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA,”

“KERANA ADANYA APA YANG MANUSIA ADA ADALAH KURNIAAN ALLAH, MAKA, ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA, TAPI ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Dan ini pula adalah rangkap terakhir, baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

“TAPI, SYARAT UNTUK ALLAH NILAIKAN AMAL MANUSIA, MANUSIA ITU MESTILAH MEMPUNYAI IMAN, TANPA IMAN, BUATLAH BAIK SEBANYAK MANAPUN, ALLAH TIDAK AKAN NILAIKANNYA, SEBALIKNYA DENGAN IMAN, SENYUMPUN DIKIRA SEDEKAH,”

“SESUNGGUHNYA ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Baiklah, aku harap korang dah baca, hafal dan faham..
Sekarang kemuncak dalam pelajaran Ehsan kita hari ni, aku nak korang ‘zip’kan, atau korang “compress’kan kesemua rangkap yang panjang di atas ke dalam 14 patah perkataan ini..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Korang ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Sambil korang lafaz 14 patah perkataan ini, tersingkap dalam minda korang tentang semua rangkap penuh..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Ok, last..

Tukar “MANUSIA” kepada “AKU”

Maka..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Cuba ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Lagi lagi, sampai habis raya enam pun takpe..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, tamatlah pelajaran kita hari ini bab Ehsan, sekarang tunggu nak apply sahaja, untuk amal ilmu ini, mulai hari ni, korang kena bisikkan kalimah ini pada diri korang dalam apa jua keadaan,

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

*****
Contoh 1:

Sebelum masuk tandas, korang bisikkan.. “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang akan rasa “DIPERHATIKAN” lalu korang terangsang untuk ikut sunnah Nabi, seperti langkah kaki kiri, tutup kepala dan jaga kebersihan..

Contoh 2;
Sedang korang berehat, tiba-tiba ada orang mintak tolong, korang rasa leceh, berat hati dan tak semangat, tapi cuba korang bisikkan “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

InsyAllah, terus korang tolong dia dengan ‘girang’..

Contoh 3:

Ada perempuan cun macam Salma Hayek jadi awek kau, satu hari hujan lebat si awek ni terpaksa tumpang tidur rumah korang, lepas dah tengah malam, cuaca sejuk buat zakar korang tegang, korangpun rasa nak pancut lalu berjalan menuju ke bilik Salma Hayek untuk berlaga lubang kencing, tapi dalam perjalanan, cuba korang bisikkan: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, InsyAllah, korang akan dapat kekuatan untuk lari, dan mungkin Salma Hayek yang juga ghairah akan mengejar korang, lalu terkoyaklah baju korang dari belakang, kan macho tu..

Contoh 4:

Sebagai Menteri yang meluluskan projek juta juta, korang pilih kasih kepada kroni untuk luluskan projek walaupun tak ikut spec, tapi kontraktor dah siapkan amoi cun dan pakej pekej menarik pecah tanah, maka korang pun rasa best untuk terima wang ehsan, eh? Silap.. rasuah.. korang pun rasa nak ambik, sekali hati korang berbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang ingat mati, dan serahkan maklumat pada BPR.. lantas semua kontraktor kena tangkap dan korangpun bertaubat yang buat amoi itu jugak dapat hidayat dan berkahwinlah korang menuju shurga halal..

Contoh 5:

Korang sedang solat, tapi syaitan asyikkan korang dengan bermacam macam bayangan, dah tak khusyuk.., lepas tu pulak korang terlupa kunci yang letak atas para wudhu tadi dah ambik ke belum, lalu korang meraba raba dalam julat tiga pergerakkan mencari kunci sambil jaga solat tapi hati dah tak khusyuk sebab takut kunci orang ambik dan curi kereta, dan dalam kereta pulak ada Hard Disk 200G, yang ada macam macam filem baru download, filem lucahpun ada, tapi sedang asyik korang meraba, tiba tiba korang tergiang dengan kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang khusyuk dan tawajjuh InsyAllah…
Cukup contoh sampai situ, Alhamdulillah, apabila korang dapat automatikkan kalimah ini sebagai ‘zikir hati’ maka insyaAllah, kehidupan korang akan rasa DIPERHATIKAN.. dan rasa DIPERHATIKAN ini adalah secebis dari hakikat EHSAN.. dan dengan DIPERHATIKAN, maka akan berubahlah kehidupan korang dari seorang islam yang cuai kepada seorang islam yang bertakwa, dan rasa DIPERHATIKAN ini juga adalah EHSAN Allah semata mata..

Semua dengan izin Allah..WOHA!

Saturday, 6 November 2010

::Kunci Kemurkaan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda: ”Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”
 
(At-Tabrani dan al-Baihaqi)

1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapoak (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesssbians.
2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang..
3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.
4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.
kredits:e-Hadith

Wednesday, 3 November 2010

Kenapa Wanita Meluat dengan Bidadari

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
“Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”.

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?”

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..Hehehehee

—

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Saturday, 30 October 2010

Pak Pandir...

Sebenarnya dalam kepala otak kita ada satu sensor, yang dalam Bahasa Englishya dinamakan BS Detector, atau biar aku murnikan dengan menamakan Bullshit Detector ini sebagai “Pengesan Sampah” yang mana fungsi “pengesan sampah” ini, setelah merujuk kepada hadith yang mengatakan bahawa dunia ini adalah sampah, atau bangkai atau najis.. maka fungsi “Pengesan sampah” adalah untuk membezakan mana satu sampah, dan mana satu bukan sampah, simple sahaja, tapi Pak Pandir tak faham sebab Pengesan sampah mereka gagal berfungsi dengan baik, lalu sampah di kata bukan sampah, malah di guna sampah sebagai makanan harian manakala bukan sampah di kata sampah lalu rosaklah hidup Pak Pandir di dunia amnya dan di akhirat khasnya..

Faham tak?

Atau nak lagi mudah senang faham, Pak Pandir adalah seorang ‘tua’ yang bodoh, atau senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan jika Pak Pandir ada email, maka hari hari kerjanya Forward semua Email tanpa sempadan, itulah Pak Pandir Moden yang hidupnya menyusahkan orang..

Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudahpercayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Dan ini banyak berlaku dalam dunia politik serta ugama! Maka wujudlah ungkapan ungkapan bodoh dari Pak Pandir sekalian:-

“Siapa tak sokong aku akan masuk neraka, Ustaz X cakap macam tu”

“kau jangan makan roti ABC, nanti masuk neraka, sebab aku baca dalam email semalam, kedai roti tu bersebelahan dengan kandang babi”

“kau kena sebarkan berita ini kepada 20 orang, maka nasib kau akan berubah menjadi baik, tapi jika kau tak sebarkan, kau akan mati disambar petir”

“Bla bla bla bodoh, mangkuk, pandir!”

Ok, cukup contoh setakat tu, nak lagi banyak contoh, cuba kau telefon “Pak Pandir” yang berlegar sekitar dalam kehidupan korang dan tanya mereka: apa cerita hari ni? Terus Pak Pandir cakap, “kau tahu tak.., (sambung sendiri)”

ASBAB YANG MENJADIKAN KORANG PAK PANDIR

1)Percaya pada semua benda yang sesuai dengan nafsu.

Seorang Pak Pandir itu, hidupnya adalah suka mengikut nafsu, dan salah satu nafsu pak Pandir adalah percaya pada cerita yang sesuai dengan nafsu.. pelik kan?

Contoh: Pak Pandir yang hisap rokok akan memilih ustaz yang merokok untuk mendapatkan fatwa.., yang suka mengumpat akan memilih ustaz yang suka mengumpat untuk mendapatkan fatwa.. dan mak andir yang suka hisap kemaluan pula akan dapatkan ustazah yang suka hisap kemaluan jugak untuk dapatkan fatwa..begitu lebih kurang..

Ok, kita bincang dari segi sains: kita ambik cerita pak Pakdir moden yang suka berdakwah cara moden jugak, sebagai contoh: pendakwah dengan lagu misalnya, dan bila ada ‘ustaz’ atau geng usrah yang keluarkan fatwa sesusai dengan nafsu mereka “boleh menyanyi dengan niat berdakwah tak kesah apa tempo sama ada rock, rap atau dangdut yang penting lirik islamik bla bla bla..

Maka bila Pak pakdir moden dengar cerita macam ‘fatwa’ kat atas tu, dan SESUAI DENGAN NAFSU mereka, maka terus Pak Pandir rasa ‘suam dan selesa’ dan kerana suhu ‘suam dan selesa ini’ telah terbit dari otak mereka, maka secara automatic, suis ‘pengesan sampah’ akan terpadam, dan otak akan berpindah posisi dari kepala otak kepada kepala lutut, dan bila otak korang dah pergi kat kepala lutut maka Pak Pandir akan percaya bahawa benda tu betul, dan bila Pak Pandir percaya bahawa benda tu betul, maka automatik Pak Pakdir dah takde kekuatan emosi untuk mengatakan benda tu tak betul, di tambah dengan nafsu yang juga suka benda tu, malah Pak pander sendiri yang berbisik:

“ala tak best la kalau citer tu tak betul”

2)Terlalu memuja orang lain..

Sebab lain yang menjadikan korang Pak Pakdir Moden ialah kerana korang terlalu memuja orang lain, yang ikut nabi Palsu si Kahar, atau Ayah Pin, memang dah terang terang Pak Pakdir, tak payah aku cerita panjang..

Tapi yang tak ikut puak puak yang jelas sesat di atas pun ada jugak pak pandirnya, dan ini berlaku kerana korang terlalu memuja orang lain, tak kiralah siapa, ustaz ulamak ke, pakar motivasi ke, penceramah bebas ke, yang mana korang anggap orang yang korang puja tu ‘pilihan Tuhan’ dan sebagai ‘pilihan tuhan’ maka orang tu takde cacat cela.., terutama orang yang selalu keluar Akhbar, atau orang yang pandai buat lawak waktu ceramah ugama, yang mana korang anggap semua yang mereka cakap itu betul..maka bermulalah kebodohan dalam hidup korang.. Nabi pun ada salah, inikah pulak penceramah bebas kegemaran Pak Pakdir!..

3)Percaya pada Majority.
Dalam mazhab demokrasi, yang ramai itu betul, yang sikit itu salah.., sedang dalam ugama, bermula dengan sikit dan berakhir dengan sikit, dan beruntunglah orang orang yang sikit.. tapi pak Pandir tak paham..,

Aku bagi contoh, katakanlah, pada satu hari, korang sebagai Pak Pandir, pergi beli anak kambing dan bawa pulang dari pasar dengan mendukung anak kambing..

Manakala, Aku pulak dan kawan kawan aku yang seramai tiga orang, nak buat eksperiman untuk buktikan bahawa korang adalah Pak Pandir..

Maka, kamipun duduk secara berasingan di satu jalan menunggu korang pulang beli kambing..
Kemudian, ketika korang lalu sorang sorang sambil dukung anak kambing, berselisihlah korang dengan kawan aku, lalu kawan aku tu buat buat terkejut sambil berkata:

“Eh, kau gila ke, dukung anak anjing?

Tentu korang akan terkejut dan cakap kawan aku tu gila.. lepas tu korang jalan lagi dan berselisihlah pulak dengan sorang lagi kawan aku yang berkata:

“Kau ni orang islam ke orang kapir? Kenapa kau dukung anak anjing tu?”

Korang dah mulai konfius dah, tengok anak kambing tu atas bawah, ada tanduk, ada janggut, tapi korang tabah, teruskan juga perjalanan hinggalah akhirnya korang jumpa aku yang sedang berserban dan berjubah, sebaik sajer aku lihat korang, aku mengeleng-gelengkan kepala sambil beristigfar..

“Astarfirullahalazim, tergamak kau dukung anak anjing ? "

Huh! Korang dah tak fikir panjang dah, terus campakkan ‘anak anjing’ tu dan mintak maaf kat aku, woha!

Sah, korang adalah Pak Pandir!

Woi!!! Pak Pandir!

4)Korang punya ‘Pengesan sampah’ adalah sangat tumpul.

Ketajaman BullShit detector atau ‘Pengesan sampah’ ini adalah ditentukan oleh suasana persekitaran korang membesar, kerana ada antara korang yang di asuh untuk percaya pada semua benda, sejak waktu kecik lagi korang dah di ajar untuk percaya jika duduk atas bantal akan tumbuh bisul, atau jika makan lambat gajah akan datang, atau percaya dalam gelap ada hantu, dan sebagainya.. maka lama kelamaan ‘pengesan sampah’ korangpun dah jadi tumpul, bila dah tumpul korangpun jadi bodoh..bila jadi bodoh, maka korang akan percaya pada semua benda, dan bila percaya pada semua benda korang akan perasan bagus jika dapat sebarkan semua benda tu... dan bila korang perasan bagus maka korang dah tak boleh lagi nak beza yang mana satu betul, dan mana satu sampah!

Dan tengok, apa akibatnya bila ‘pengesan sampah’ rosak pada kehidupan ugama korang?

Maka, apabila tiba tiba muncul Ustaz X bagitau siapa yang tak sokong parti Y masuk neraka, dan siapa yang solat di masjid Z maka solatnya tak sah, maka korang yang bodoh lagi tumpul ‘pengesan sampah’ pun pecaya bulat-bulat. “wah wah, awokk masuk neraka sebab solat kat masjid Z, awokk masuk neraka sebab tak sokong party Y, eh kau tak caya ke? Ini cakap ustaz X” Begitulah ujar Pak Pandir sekalian dengan mata bulat pada aku pada 20 tahun dahulu, dan sekrang umur dah tiga puluh tahun, masih lagi bangang macam dulu, apa kes?

Dan Alhadulillah, ‘pengesan sampah’ aku, dalam bab kafit mengkafir ini, dari kecik adalah extremely sharp (bukan eksyen - fact). First time aku dengar Ustaz X cakap orang tu masuk neraka, solat kat masjid tu masuk neraka, itu ini begitu begini, aku yang baru baligh dah tahu semua itu Sampah! Biar pun aku mendapat tentangan dari adik beradik dan kawan kawan, tapi aku persetankan mereka.. dan sekarang aku tengok, masing masing dah jilat ludah sendiri.. oh.. (Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah bagi ‘pengesan sampah’ yang dapat bezakan mana satu sampah better than some adults..) sebab mereka dah solat di masjid yang dulu mereka kata kapir solat kat situ… kan?

5)Kurangnya knowledge atau pengetahuan.

Untuk tajamkan BS Detector atau Pengesan sampah tadi, korang kena ada banyak ilmu pengetahuan, dan ada banyak benda yang tak de dalam silibus sekolah atau University, buktinya ada ramai kawan-kawan aku belajar tinggi tinggi pun bodoh gak..

Bodoh bila buat keputusan hanya dengar cerita sebelah pihak...

6)Masalah iman…

Ok, ini last.. Masalahnya menjadi golongan Pak Pandir adalah mereka akan kutuk semua orang yang tak percaya dengan mereka, apatah lagi bila pihak musuh mereka buat salah, semua nak keluar email forward, dan fatwa geng usrah atau link blog sebagai bukti.. tapi cuba kawan mereka, atau parti mereka buat salah yang sama macam musuh mereka, mulalah cari dalil dan Nas dari email forward dan fatwa geng usrah atau link blog untuk betulkan pulak kawan kawan mereka..

Di sinilah jelas segala Kepandiran mereka

kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab senyokong kemungkaran parti sendiri)

Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi, ke mana iman korang?

Habis!

Jadi, berbalik kepada zaman umur sebaya superman dan ahli shurga ni, janganlah jadi Pak Pandir lagi, itu contoh jer aku bagi, padahal banyak lagi benda sensitive yang aku boleh tulis, (contoh seperti: hantu wujud, makanan haram, agenda yahudi, tuhan mencarut, tuhan samseng, ufo ada, konsert halal, snooker bagus, mengumpat dapat pahala dan sebagainya) ialah, korang dah besar, dah bersunat, dah ada otak, dah abis sekolah, dah berbulu kemaluan, maka korang kena la berfikiran ala ala detective conan sikit...

Nampaknya, aku nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda..terutama benda benda tahyul..

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 yang berbunyi..
"Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.“

Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, dan dengan keputusan A dalam subjek sains waktu SPM, korang boleh lihat bagaimana aku argue bahawa benda tu adalah coincidental..

Satu lagi bila bab ugama, tolonglah faham hakikat ikhlas, iaitu sebelum buat amal cuba tanya empat soalan, adakah ini perintah Allah? Bila ini perintah Allah, bagaimana Nabi buat? dan adakah aku buat kerana Allah? dan akhir sekali bagaimana aku akan itstiqamahkannya? baru dapat hakikat ikhlas, ini tidak, sebab ustaz politik pilihan korang dah cakap sekian sekian, korang terus buat tanpa usul periksa, sibuk nak forward email hari hari, sibuk nak update blog hari hari, sibuk tanpal poster tinggi tinggi, sibuk berdemotrasi sana sini, mogok lapar dan sebagainya, sedangkan selemah lemah iman alihkan kayu di tengah jalan, tapi korang sibuk sesakkan jalan.. kasihan orang dalam ambulance.. 
khalass!

Friday, 22 October 2010

Maut itu Nikmat?!

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, jawabnya satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.

Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.

Nak dijadikan cerita sebab Allah memang berkuasa, makluk tak ada kuasa pun -- Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….

Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…

tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”

Air mata kesedihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”

Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang mesti pikir aku  ngah nangis kan, tapi tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya.. uhuk-uhukk!!

Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibash’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…

Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka

40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)

Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,

“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”

Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…

Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut kat azab Allah!!!

SRi:Semoga kamu tenang baik ceria-ceria saja di sana,Nani.. Berbahagia bersama para nabi, bersosialisasi dengan ahli syurga.. X)