I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 7 November 2010

Ehsan [Bukan yg dalam Upin Ipin tu!]

Sebagai orang yang dah lama berbulu (senior) dalam ugama islam, korang patut tahu tentang “ehsan”.. jangan nanti sedang asyik korang korek hidung, tiba tiba muncul anak cina mualaf bertanya pada korang: apa itu ehsan?

Lantas korang dengan konfidentnya menjawab sambil menggetel tahik hidung..

“Ehsan tu adalah wang hadiah dari kerajaan Persekutuan kepada rakyat Negeri Terengganu kerana telaga minyak ada di sana supaya Rakyat suka pada Kerajaan”

Lantas anak cina mualaf itu terus berlalu jijik kerana korang selepas menjentik tahik hidung ke atmosfera bumi, terus selamba sambung korek hidung lagi sebelah..

(Harap anak cina mualaf yang baru ‘bertukar alamat’ dari bekas abu ke ‘tanah perkuburan Islam’.tu tak murtad dapat jawapan yang sehampeh tu…)

Aku malas nak membebel macam mak nenek, sekarang aku nak tulis entry khas buat semua mualaf yang baru masuk islam pagi tadi

Apa itu Ehsan?

Tak payah susah susah aku nak susun ayat, biar Nabi Muhammad SAW sendiri yang jawab.. akan hakikat, apa itu Ehsan..

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. meriwayatkan:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“ lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.”

Lelaki tersebut berkata:

“ Benarlah engkau.”

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang lman”.

Baginda bersabda:

“Bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan Qadar buruk.”
Lelaki itu berkata:

“ Benarlah engkau.”

Dia kemudian berkata lagi:

"Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan."

Baginda bersabda:
“Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Kemudian, Lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang kiamat”.

Baginda bersabda:

“Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”
Lelaki itu berkata:

“Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya”

Baginda bersabda:

“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing tapi berlumba-lumba membina bangunan."

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:

“Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
Aku berkata:

“Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

**********

No comments:

Post a Comment