I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 1 January 2010

Rahmat Allah Itu Luas

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah menjadikan kasih sayangNya (rahmatNya) terbahagi dalam 100 bahagian. Dia menahan 99 bahagian di sisiNya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya." [Sahih Muslim; No. 4942]

Seronok melihat manusia yang walaupun dalam serba kekurangan tetap berusaha mencari agama. Sememangnya tahap kefahaman seseorang terhadap agama itu berbeza-beza.


Maka, kadar kesungguhan mencari agama juga berbeza-beza antara individu-individu. Yang banyak faham agama tak semestinya lebih bersungguh, begitu juga sebaliknya.



Yup!! Bila seseorang tu adalah seorang yang mempercayai wujudnya Tuhan, walaupun dia bukanlah seorang penganut yang taat (malah yang tak ambil peduli pun kepada agama), pasti pada satu-satu masa dia akan melihat bahawa pentingnya agama.


Apa-apa pun, manusia tetap akan memikirkan bahawa hanya agama yang akan dibawa menghadap Tuhan. Sebab itu bukan mudah untuk seseorang itu menukar kepercayaannya. Lebih-lebih lagi Melayu yang sinonim dengan Islam.



Ingatlah,

Jangan disangka orang yang tak memakai tudung tak akan mendapat hidayah dari Tuhan.


Jangan menganggap mereka yang mati secara zahirnya dalam kekufuran akan masuk neraka atau sebaliknya.


Jangan membuat konklusi bahawa mereka yang jauh dari agama tak akan mendapat pertolongan Tuhan.

Tak semestinya yang banyak berjuang di jalan agama itu akan masuk syurga.


Baik di mata kita belum tentu baik juga di mata Dia. Buruk di mata kita belum tentu buruk juga di mata Dia.



Siapa yang tahu? Siapa yang sangka?

Si pelacur pun Allah masukkan ke syurga kerana memberi minum seekor anjing. Hanya dia Yang Maha Tahu.


Si pembunuh yang membunuh 99 orang, dicukupkan menjadi 100 dengan membunuh orang yang warak semasa dalam proses bertaubat, menjadi pertikaian malaikat tentang tempatnya sama ada di syurga atau neraka, akhirnya dia ke syurga, walaupun tak sempat bertaubat dengan benar. Hanya Dia yang menentukan.

Tiga golongan yang banyak jasanya kepada agama; seorang merupakan alim yang banyak menyebarkan ilmu, seorang berjihad di jalan Allah dan seorang lagi dermawan yang banyak menyumbangkan harta untuk agama, ketiga-tiga mereka masuk ke neraka, gara-gara tidak ikhlas. MilikNyalah urusan syurga dan neraka.



Rasulullah s.a.w. solat jenazah untuk mayat seorang perempuan yang mati direjam kerana berzina, walaupun Umar pada awalnya membantah. Allah dan RasulNya lebih mengetahui.


Kisah ini bukan rekaan. Agama menceritakannya, sebagai pengajaran kepada kita.


Siapa yang tahu? Siapa yang sangka? 

Jangan dikeji mereka. Jangan dihina mereka. Jangan dibenci mereka. Nasihati mereka. Doakan mereka.


Rahmat Allah itu luas.


Tapi bukan bermakana tu lesen untuk manusia berbuat jahat dan maksiat. Ingat! Yang baik tetap dinilai baik dan yang buruk tetap dinilai buruk di sisiNya.


Yang salah kita katakan salah, yang benar kita katakan benar.



Kita juga tak terlepas tanggungjawab dalam membawa mereka kepada agama. Mereka juga harus berusaha mendekati agama. Lalu, di manakah kedudukan kita?



Berusahalah sekuatmu dan semampumu.

Jangan hanya menunggu rahmat Allah datang bergolek sahaja. Belum tentu kita mendapatnya. Tapi jangan pernah berhenti mengharapnya. Simbiosiskan dengan benar.



Carilah kebenaran agama dan carilah kebenaran dalam beragama. Jangan pernah berputus asa.

Yang belum bertemu dengan agama, usahakan lagi. Yang sudah bertemu, mantapkan lagi.



Subhanallah, rahmat Alalh itu luas.


Selamat berusaha. CGC mendoakan.


"INSAF..INSAF.."

p/s.. adeh,banyak yg nk kena muhasabah nih,insaf2..
       .. tazkirah tahun baru? blh la kot,ahaks..



No comments:

Post a Comment