I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 11 January 2010

Kemalangan Yang Tidak Disangka-sangka: Semoga Cepat Sembuh Presiden Dan Bendahari CGC!!

Itulah kemalangan dan kecelakaan..

Itulah bala dan bencana..

Itulah cubaan dan dugaan..

Dan itulah kesusahan dan kepayahan..

Ia datang tanpa disangka-sangka dan disedari, baik waktunya, tempatnya dan bentuknya. Walau tidak dipinta, ia tetap akan datang. Tiada siapa yang akan tahu kecuali Sang Pencipta.

Innalillahi wa inna ilaihiraji'un, salam takziah diucapkan kepada Presiden CGC, saudara Muhammad Hanif bin Abu Siroh dan juga Bendahari Kehormat CGC, saudara Adi bin Nordin, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi tadi ketika dalam perjalanan ke kampus untuk mengambil Peperiksaan Akhir Semester.

Alhamdulillah, kedua-duanya selamat dan telah menerima rawatan yang sewajarnya. Motosikal yang dipakai juga tampaknya telah dibaiki. Hanif yang cedera di dagu telah menerima jahitan manakala Adi yang luka-luka dan terseliuh kaki telah pun menerima balutan.

Namun wajarlah kejadian ini direnung dan diambil pengajaran daripadanya.

Kalaulah kemalangan yang sebegitu pun tidak dapat kita elakkan, apatah lagi kematian yang pasti akan dihadapi oleh setiap makhluk yang bernyawa.

Persoalannya: Adakah kalau kita mati dalam waktu yang terdekat ini, agak-agaknya di mana tempat kita? Di nereka? Atau di syurga? Cukupkah amalan kita?

Selain harus difikirkan oleh saudara Hanif dan Adi, kita yang tidak terlibat dalam kemalangan tadi harus memikirkan juga.

Alhamdulillah, mungkin Allah masih memberi kita kesempatan untuk berusaha memperbaiki diri (terutama untuk Hanif dan Adi), yang mana bagi sesetengah orang sudah pun tidak memiliki peluang tersebut.

Doakan Hanif dan Adi cepat sembuh. Doakan dan usahakan juga supaya untuk kesempatan hidup yang masih ada ini, diisi dengan perkara-perkara yang sepatutnya.

Sesungguhnya mati itu dekat dengan kita, kita pun dekat dengan kematian.


p/s..insaf2..
    ..sepertinya ada sebuah konspirasi untuk menjatuhkan Presiden CGC dan Bendahari Kehormat CGC..wajar difikirkan juga tu....
    ..kalu org lain berusaha keras duk toreh dagu utk belah dagu,Anep dapat free2 plk,nasib2..ahaks..
    ..jimat duit CGC,tak payah susah2 buat AGM tergempar,wakaka..
    ..hati2 bwk motor,biar lambat asalkan selamat..

Tuesday, 5 January 2010

Bini Ku Kuat Bebel!

*warning:artikel ini mungkin mengandungi beberapa perkara yang bakal mengusik sensitiviti dan meskipun awalannya lebih kepada mereka yang telahpun berkahwin, namun isi mesejnya masih sesuai untuk kita amalkan sepanjang hidup ini*

Satu hari ada sorang hamba Allah ni berniat nak mengadu pada saidinar Umar R.A selaku Khalifah islam yang paling garang akan perihal isterinya yang suka membebel padanya.. tapi sebaik sahaja hendak berjumpa dengan Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuhtu, hamba Allahtu tak jadi nak mengadu sebaliknya terus pulang..

Kenapa?

Takut saidina Umar marah dia atau lempang dia sebab takut kat isteri sendiri?

Bukan!!haha

Si hamba Allah itu patah balik tak jadi mengadu kerana sewaktu beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar yang garang itu, beliau sempat terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel pada Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh itu!

Woha!

*****
Babak lain, Nabi ‘merajuk’ dengan salah sorang isteri kerana melakukan satu perkara yang buat orang ramai menuduh isteri Nabi telah berzina, lalu Nabi tak pulang ke rumah isteri isteri baginda selama 40 hari lebih kurang.. Nabi tidur dan beriktikaf di masjid sahaja... suatu hari, Saidina Umar selaku Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh telah datang jumpa Nabi di masjid kerana mendegar khabar tentang kononnya Nabi telah menceraikan para isterinya.., bila Umar RA bertanya akan hal itu,Nabi menafikan yang beliau tidak menceraikan isterinya.. lega saidina Umar mendegar jawapan dari mulut Nabi sendiri, lalu saidina Umar buat lawak:

“isteri orang Muhajirin takut kat Suami, tapi isteri orang ansar tak takut kat suami sampai isteri kita pun dah tak takut dengan kita”

Woha! Nabi tersengih mendengar lawak saidina Umar...

Ok, cukup aku contohkan dua kisah hidup laki bini pada orang orang yang kita sayang, iaitu Nabi Muhammad SAW, dan para sahabatnya... : )

Baik, sekarang, aku nak tanya korang:,

Isteri korang ada rasa takut tak kat korang?, atau korang yang takut pada isteri?

Biasa jawapan yang aku dapat:

“bukan aku takut pada isteri, tapi isteri aku yang tak takut pada aku”

Woha!

Baik, straight to the point,

Dalam kehidupan ini, untuk menjadikan diri kita bahagia di dunia dan di akhirat, kita kena ada rasa takut pada Tuhan, yang dinamakan TAKWA, dan untuk menjadikan keluarga kita bahagia di dunia dan di akhirat, Isteri kita kena ada rasa takut pada suami, yang di namakan SOLEHAH, dan untuk menjadikan keturunan kita bahagia di dunia dan di akhirat, maka anak kita kena ada rasa takut pada Ibu bapa, yang di namakan anak SOLEH kepada ibu bapa MITHALI...

Faham?

Jika kita tak takut pada Allah, atau tidak menjadi suami yang bertakwa pada Allah, maka kita akan masuk neraka..

Jika isteri tak takut pada suami, atau tidak menjadi isteri yang Solehah pada suami, maka isteri akan masuk neraka..

Simple sahaja..,
Takutlah Allah maka Allah akan buat semua makhluk dalam dunia ni takut kat korang, hari ini isteri tak takut pada korang bukan sebab kemaluan korang tak besar, tapi sebab korang tak takut pada Allah!

Dan bila orang Islam tak takut pada Allah maka Allah akan cabut kehebatan islam sehingga orang kapirpun tak takut pada orang islam..

Berbeza orang kapir dekat zaman Nabi dahulu, mereka takut pada orang Islam sejarak sebulan perjalanan kerana orang Islam di zaman itu bertakwa kepada Allah..

Maka untuk korang dapat isteri yang solehah yang bakal menjadi ibu Mitahli kepada anak anak, in the first place, pada mula mula lagi, korang yang kena TAKUT pada Allah dengan cara yang paling layak Allah ditakuti... wallahualam~

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(At-Tahrim : 6)

Renung-renungkanlah dan selamat beramal!!

Sunday, 3 January 2010

Salah Siapa?

ISU yang paling panas sepanjang minggu ialah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Keputusan tersebut mengejutkan umat Islam, yang rata-ratanya sememangnya membantah. Ulama, pemimpin UMNO, badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ahli akademik dan sebahagian pemimpin pembangkang termasuk Dewan Ulama Pas turut bersatu menyatakan bantahan.

Banyak persoalan berlegar daripada isu tersebut, daripada soal hujah sehinggalah kepada kesannya kepada umat Islam. Agama Islam adalah agama rasmi dalam Perlembagaan negara. Asas bantahan ialah nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. [link]

Kalimah Allah juga adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain. Maka penggunaan perkataan Allah bagi agama lain dikhuatiri mengelirukan umat Islam, yang padahnya tidak boleh diambil mudah.

Yang turut menjadi persoalan mengapa larangan penggunaan perkataan Allah yang pernah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, boleh dicabar di mahkamah.

Apa pun k@ berharap umat Islam bertenang menghadapi dugaan ini. Semoga Kementerian Dalam Negeri akan bertindak segera untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan nanti. Sementara menunggu proses rayuan, semua pihak perlu komited menjaga keharmonian negara.

Namun keputusan mahkamah Khamis lalu sememangnya meninggalkan pengajaran besar kepada umat Islam. Benar seperti kata Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Sarjana Islam, Profesor Dr. Mahmood Zuhdi, semua ini terjadi berpunca daripada kelemahan dan perpecahan umat Islam. Disebabkan perbalahan dan kebodohan berpolitik, Islam makin tergadai. Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila umat Islam tidak boleh bersatu dalam menjamin survival Islam di tanah air sendiri. Wallahua'lam~

k@:Selamat menempuh Ujian Akhir Semeste kepada semua rakan taulan! GOODLUCK!!

Friday, 1 January 2010

Rahmat Allah Itu Luas

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah menjadikan kasih sayangNya (rahmatNya) terbahagi dalam 100 bahagian. Dia menahan 99 bahagian di sisiNya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya." [Sahih Muslim; No. 4942]

Seronok melihat manusia yang walaupun dalam serba kekurangan tetap berusaha mencari agama. Sememangnya tahap kefahaman seseorang terhadap agama itu berbeza-beza.


Maka, kadar kesungguhan mencari agama juga berbeza-beza antara individu-individu. Yang banyak faham agama tak semestinya lebih bersungguh, begitu juga sebaliknya.



Yup!! Bila seseorang tu adalah seorang yang mempercayai wujudnya Tuhan, walaupun dia bukanlah seorang penganut yang taat (malah yang tak ambil peduli pun kepada agama), pasti pada satu-satu masa dia akan melihat bahawa pentingnya agama.


Apa-apa pun, manusia tetap akan memikirkan bahawa hanya agama yang akan dibawa menghadap Tuhan. Sebab itu bukan mudah untuk seseorang itu menukar kepercayaannya. Lebih-lebih lagi Melayu yang sinonim dengan Islam.



Ingatlah,

Jangan disangka orang yang tak memakai tudung tak akan mendapat hidayah dari Tuhan.


Jangan menganggap mereka yang mati secara zahirnya dalam kekufuran akan masuk neraka atau sebaliknya.


Jangan membuat konklusi bahawa mereka yang jauh dari agama tak akan mendapat pertolongan Tuhan.

Tak semestinya yang banyak berjuang di jalan agama itu akan masuk syurga.


Baik di mata kita belum tentu baik juga di mata Dia. Buruk di mata kita belum tentu buruk juga di mata Dia.



Siapa yang tahu? Siapa yang sangka?

Si pelacur pun Allah masukkan ke syurga kerana memberi minum seekor anjing. Hanya dia Yang Maha Tahu.


Si pembunuh yang membunuh 99 orang, dicukupkan menjadi 100 dengan membunuh orang yang warak semasa dalam proses bertaubat, menjadi pertikaian malaikat tentang tempatnya sama ada di syurga atau neraka, akhirnya dia ke syurga, walaupun tak sempat bertaubat dengan benar. Hanya Dia yang menentukan.

Tiga golongan yang banyak jasanya kepada agama; seorang merupakan alim yang banyak menyebarkan ilmu, seorang berjihad di jalan Allah dan seorang lagi dermawan yang banyak menyumbangkan harta untuk agama, ketiga-tiga mereka masuk ke neraka, gara-gara tidak ikhlas. MilikNyalah urusan syurga dan neraka.



Rasulullah s.a.w. solat jenazah untuk mayat seorang perempuan yang mati direjam kerana berzina, walaupun Umar pada awalnya membantah. Allah dan RasulNya lebih mengetahui.


Kisah ini bukan rekaan. Agama menceritakannya, sebagai pengajaran kepada kita.


Siapa yang tahu? Siapa yang sangka? 

Jangan dikeji mereka. Jangan dihina mereka. Jangan dibenci mereka. Nasihati mereka. Doakan mereka.


Rahmat Allah itu luas.


Tapi bukan bermakana tu lesen untuk manusia berbuat jahat dan maksiat. Ingat! Yang baik tetap dinilai baik dan yang buruk tetap dinilai buruk di sisiNya.


Yang salah kita katakan salah, yang benar kita katakan benar.



Kita juga tak terlepas tanggungjawab dalam membawa mereka kepada agama. Mereka juga harus berusaha mendekati agama. Lalu, di manakah kedudukan kita?



Berusahalah sekuatmu dan semampumu.

Jangan hanya menunggu rahmat Allah datang bergolek sahaja. Belum tentu kita mendapatnya. Tapi jangan pernah berhenti mengharapnya. Simbiosiskan dengan benar.



Carilah kebenaran agama dan carilah kebenaran dalam beragama. Jangan pernah berputus asa.

Yang belum bertemu dengan agama, usahakan lagi. Yang sudah bertemu, mantapkan lagi.



Subhanallah, rahmat Alalh itu luas.


Selamat berusaha. CGC mendoakan.


"INSAF..INSAF.."

p/s.. adeh,banyak yg nk kena muhasabah nih,insaf2..
       .. tazkirah tahun baru? blh la kot,ahaks..