I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 22 October 2010

Maut itu Nikmat?!

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, jawabnya satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.

Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.

Nak dijadikan cerita sebab Allah memang berkuasa, makluk tak ada kuasa pun -- Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….

Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…

tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”

Air mata kesedihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”

Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang mesti pikir aku  ngah nangis kan, tapi tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya.. uhuk-uhukk!!

Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibash’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…

Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka

40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)

Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,

“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”

Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…

Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut kat azab Allah!!!

SRi:Semoga kamu tenang baik ceria-ceria saja di sana,Nani.. Berbahagia bersama para nabi, bersosialisasi dengan ahli syurga.. X)

Wednesday, 20 October 2010

Mesjid koq Beda Qiblat nya?

Kalau korang berjalan-jalan di Indonesia dan ditakdirkan korang bersolat di sebuah Masjid atau memana Musolla [Surau] yang korang nampak sejadah imamnya tidak lurus ke hadapan-janganlah pula korang buat muka pelik sangat. Semua tu adalah berkat hasil pengukuran penetapan arah kiblat semula oleh Majlis Fatwa Indonesia. Memang banyak masjid dekat sini yang mengalami perubahan tersebut.

Namun perlu ditegaskan, jangan sampai fakta seperti ini kemudian mengurangi rasa nyaman kita ketika solat di Masjid yang “dicurigai” tidak tepat qiblatnya pula. Apalagi kemudian merasa solat tidak sah disitu, atau tidak mau solat di situ, atau menghasut orang lain untuk tidak solat di situ. Kita harus tetap jaga persatuan umat -lagipun sembahyang di Masjid kan sunnah Nabi SAW yang amat dituntut. Besar ganjarannya.

Mengenai qiblat, tidak terlalu precise juga insyaAllah tidak apa, selama kita sudah berusaha sekuat kemampuan untuk menghadap kepada qiblat. Yang penting ada usaha yang bersungguh-sungguh! Bukannya main taram hentam kroomo bentang sejadah main rukuk sujud macam tu saja.

Ada sedikit fatwa Ulama dalam hal ini, aku quote kan di bawah ini

“Miring sedikit dari arah qiblah adalaah tidak membahayakan, seperti jika ia miring ke arah kanan sedikit, atau ke kiri berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang penduduk Madinah : 
Antara timur dan barat adalah qiblah 
HR.Tirmidi, Ibnu Majah dan al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi. 

Oleh karena itu mereka yang berada sebelah utara qiblat, kita katakan kepada diorang : bahwa antara timur dan barat adalah qiblat, begitu juga mereka yang berada di sebelah selatan qiblah, dan bagi mereka yang berada di sebelah timur atau barat qiblah, kami katakan bahwa antara utara dan selatan adalah qiblat, maka miring sedikit tidak berpengaruh dan tidak membahayakan.Wallahu a’lam.” 
Fatwa, 28 Dzulhijjah, Majmu’ Fatawa, Syaikh ‘Utsaimin, Jilid 12, hal, 415

Kesimpulannya--tak payahlah terlebih rajin kita pergi berdemo sakan panggil TV suruh robohkan masjid tu. Cukup sengetkan sedikit sejadah tu--selesai sudah masalah! Berkat ganjaran pahala berkali-kali ganda pun kita dapat. Nak bersosialisasi jemput Tok Imam jadi Tok Kadi akad nikahkan bini baru pun takdalah nak segan mana! WOHA
Nak dijadikan cerita adalah beberapa makhluk Tuhan ni yang tetiba  terlebih gila mengesyakwasangkakan diri mereka dengan persoalan-kalau kita sembahyang mengarah ke Barat-kenapa kita tak pusing 180* mengadap ke timur pula? Kan bumi ni bulat! Last-last bertembung juga!!

Hah, macamana tu? Betul juga eyh cakap dia.. Mau tergaru-garu kepala yang tak gatal ni kan.

Pada pendapat aku lah kan yang takdalah rajin sangat nak baca kitab ni. Arah yang dah ditetapkan tu adalah jarak terdekat dari tempat kita solat sampai ke Kaabah. Samalah macam kita kalau nak pergi beraya rumah jiran sebelah rumah--nak dapat duit raya nih!

Mana satu yang kita lagi prefer? Samada korang gi sarung kasut raya-kemudian terus bersalam dan langsung dapat duit raya yang berkoyan-koyan [mana tak nya-orang pertama datang beraya!Mestilah istimewa sikit kan] pastuh pergi meneruskan aktiviti mengenyangkan tauke kedai tikam ngan duet raya yang berkepuk-kepuk tu atau kita hidupkan enjin kereta-pergi pusing Serdang masuk Tol Karak Highway-lalu depan rumah Dato' Siti kemudian naik jambatan cantik dekat Grik tu pastu masuk PLUS-keluar ikut Sg Buloh-then sampai-sampai tuan rumah pun dah balik kampung tutup pintu sudah. Tak ke banyak kerjaannya tu pergi cari jalan jauh-jauh. Duit minyak habis-duit raya pun tak dapat. Yang paling tak best tu-korang kena tunggu setahun lagi nak minta maaf zahir batin! *tu pun kalau hidup lagi lah*

Lu fikirlah sendiri!WOHA

Makanya-toksahlah kut kita mengada-ada buat cara sendiri duk pergi menggedik kasi pusing 180* nak sembahyang. Nabi SAW ajar kita macam tu, kita yang pengikut ni wajiblah ikut cara dia. Apatah lagi sekarang ni dah bertubi-tubi teknologi nak memudahkan kita beribadah--buat apalah nak besarkan sangat ego tuh pergi kufur nikmat kan?! Memang betul-betul takda kerjaan lah kamu ni. Hahahaha

~Wallahua'lam~

Pencari Kiblat

Sambil melayan Radio Malaysia Kedah yang tak habih-habih duk pokpek cari penyokong suh mai tengok bola malam ni--aku dengan rajinnya menggoogle cari qiblat finder--bukannya apa--dulu dah penah pakai kat Malaysia-tapi adik kesayangan saya lupa pula address beliau--makanya terpaksa lah cari balik

Perkara ni selalu terjadi bagi orang yang baru pindah rumah-cam aku juga-dulu dekat Jatinangor--sekarang dah mula tinggal dekat Bandung terpaksalah mengembek macam yang lain-lain kan. Takkan lah selamanya nak mengaum jek. Ikut kandang lah boss
*****
Nak dijadikan cerita sebelum cuti dulu Indonesia--negara yang aku duduk sekarang ni lah--jiran korang--diserang media katanya yang mesjid dekat sini kebanyakannya dah lari kiblat: gara-gara dilanda kejadian alam yang bertubi-tubi sangat. Harusnya ke kanan sedikit--aku tak ingat berapa darjah dia cakap--pendek kata ke Barat Laut lah [kot]--aku fail Geog--sebab tu aku selalu duk rumah sesenyap tak suka keluar--risau sesat. Dah, dah! Sambung balik-- nak dijadikan fatwa daripada Jakim dorang ni kata kiblat harus digeser ke kanan sedikit-dan dengan bangganya aku pun bergeserlah ke kanan sikit--sambil berdakwah pada teman yang tak berapa nak jadi--mungkin sebab tak berapa nak meyakinkan kut explenesen aku tuh--biasalah aku kan jahat--sapa nak dengar bila sentuh bab-bab agama ni! sob sob sob

Straight to the point--sambil tangan pencet tombol hp tukar radio-serabut sangat ah!-- dengan teknologi terkini mutakhir yang adik opah kepada makcik bapak tiri korang pun mampu memperaktikkan-apetah lagi Abang Angkasawan[tak sabar-sabar pula aku nak baca buku Sains anak aku-mesti ada nama dia nanti!]-tak payah susah-susah nak pergi cari Sijil Ilmu Falak Syariee [u noe who u r] maupun belajar baca kompas yang siyyes aku tak pernah sentuh time Pengakap dulu-- sekarang anda mampu mencari arah kiblat langsung daripada atap bumbung rumah korang!WOHA

Hah! Macamana tu ya adik-adik? Mai sini abang manis nak story dekat korang.  Huih-mai laa dekat sikit-korang bukannya cam Justin Bieber aku nak berselra sangat pun nak terkam!WOHA Serius,dah banyak aplikasi pencari kiblat diterapkan dekat laman sesawang ni-berkat orang kapir yang buat Google Earth Map segala tu--kita yang Muslim ni alhamdulillah lah boleh menyembahNya dengan hati yang makin tenang khusyu' tawadduk..

Ada banyak pilihan untuk korang pilih--antara nak tak nak je kan nak pergi buka-bukannya apa-banyak sangat peminat kat fb duk melayan lawan balas status-nanti pergi masuk web ni-lari pula mood-kan dah tak best! Takpa-takpa, abang manis ni faham. Pelan-pelan kayuh

Sungguh mudah-sangat mudah sesangat pokoknya-as long as korang tau korang tinggal kat mana [tipu la korang tak tau-Tok aku pun tau] atau dalam kata lain alamat rumah korang--kemudian tau lah sikit-sikit rupa bentuk topografi bumbung rumah korang dan 40 jiran korang-Cukup!WOHA
*****
1. QiblaLocator-siap ada jarak nak gi Mekah lagik!Tak sampai-sampai lagi ke seru tu?
Contoh kiblat rumah aku
Rumah Fared
Mesjid Sukagalih --nampak tak senget sikit?!WOHA

2.Qibla Direction-lebih besar dan jelas peta dia
Alpina--kalau tak salah lah--haha
 Rumah Aiza
Astana

3.AlHabib-sesuai untuk anak-anak korang yang bercita-cita nak sesat dalam hutan sebab dia ada Kompas!
Rumah Abah [Bait Qiblatain]
Makanya,kalau nak merasa dapat duit raya-set la Lintang Bujur tu dekat GPS korang - tulis situ Rumah Orang Kaya Pemurah!Lepas tu set date raya taun depan dekat kalender korang.hihi Semoga makin diberkati kehidupan kita sekeluarga dunia akherat.WOHA!
 Kosan Elis-Permata
 Balai Polis-Abi Putra
*****
Cara dia mudah saja-korang print atas selembar kertas gambar bumbung korang yang cantik ni kemudian korang masuk bilik solat-tengok arah mana seharusnya korang mengadap Tuhan lepas ni. Risau terbuat-buat lupa-korang ambil sekelumit selotep hitam tu-takkan aku nak suruh korang pow selotep sekolah anak korang yang tak seberapa tu kan-buat bentuk anak panah-lekat dekat karpet bilik tidur korang-senang sikit nak buat tahajut lepas ni dengan khusyu'nya! Nak bangkit gi bilik sembahyang jauh sangat lah pula kan? Dah laa kena tinggal katil kan?! Aku paham.. hehehee

Tapi kalau korang memang dah keturunan terlebih rajin nak pergi kedai hardware apek Ah Chong tu gi beli plat arah Kiblat tu pun tak salah. Aiman tak kisah! Yang penting korang tak tinggal sembahyang sudah. Jangan korang gi frame gambar bumbung korang ni letak dekat sejadah sudah-kang tak khusyu' duk memikir nak tukar atap kaler ape pula raya taun depan sapa nak jawab?!

Selain daripada laman sesawang ni-bagi yang ada iPhone-dorang ada buat aplikasi untuk cari kiblat juga--pakai GPS. Nokia Sony aku tak jumpa lagi..

Selamat Beramal!WOHA

Sunday, 17 October 2010

Nak gantung kat mane ey Gambar Konvo ni?

Waktu aku kecik, bila pergi rumah orang, ada sesuatu yang ada kat rumah orang tapi takde kat rumah aku, iaitu kolam renang dan Teropong Pengintip Bulan(teleskop) Ops..! aku gurau sahaja, rumah korang sekarangnipun bukannya ada benda tu kan... jangan kecik hati.. hahaha

Maksud aku benda yang simple dan murah, ada kat rumah jiran, tapi takde kat rumah aku, iaitu gambar keluarga, yang mana terlihat sekumpulan manusia sedang senyum bahagia bersama anak bini dalam bingkai besar, tak lupa jugak, gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, dan sesetengah rumah, gambar budak tadika dapat sijil juga dibingkaikan...

Jadi, bila rumah jiran ada, tapi rumah sendiri takde, akupun tanya pada ayah aku:

“Ayah, kenapa rumah kita takde gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai, kenapa rumah kita takde!?”

Kata Ayah aku lebih kurang:

“Anakku, mana boleh letak gambar dalam rumah? Perkara itu di larang oleh Nabi Muhammad SAW, ada hadith menceritakan bahawa malaikat Rahmat bagitahu kepada Nabi Muhammad SAW,bahawa mereka para malaikat, tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar..! maka rugilah kita jika kerana perhiasan yang takde faedah,(gambar korang yang tak hensem) menghalang Malaikat Rahmat memasuki rumah, lalu hilanglah keberkatan hidup..”

Oh, begitu.. maka akupun faham situasi sebenar, lalu belum sempat aku nak menanya soalan lain, tapi terus aku batalkan niat kerana rupanya ayah aku dah terjawab tadi..

(note: soalan yang aku tak jadi tanya itu adalah: “kenapa rumah kita tak bela anjing Lessie”.. woha!)
******

Moral of the story, kepada korang semua orang islam, yang masih tabah dan gigih menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai..

Nasihat aku, biarlah rumah orang yahudi dan kristian penuh dengan gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, sebab mereka kafir, mereka sesat dalam berugama, sehingga kat gereja pun mereka hias dengan bermacam macam gambar, siap gambar Nabi Isa (kononnya) pun ada..

Kita orang islam, tak hias masjid dengan wajah orang yang kita sayang (iaitu Nabi Muhamad SAW) kat sana (sambil tangan tunjuk pada dinding), tapi kita sayang Nabi kat sini (sambil tangan tunjuk pada dada)..

Jika korang sayang pada keluarga, sayanglah kat sini (sambil tangan tunjuk pada dada), tak perlu bingkaikan mereka dan letak di sana (sambil tangan tunjuk pada dinding), tapi di sini (sambil tangan tunjuk pada dada).., sayang yang ‘agak agak’,(sambil tepuk tepuk dada) sebab di sini (tangan masih di dada)pun nak kena letak ruang pada Allah dan Rasul yang melebihi dari segala yang lain sepatutnya...(sambil menambah tekanan tepukkan di dada)

Mungkin benda ni remeh bagi korang.. dan aku rasa perkara ini terjadi adalah kerana kejahilan ugama, atau jika tak jahilpun, masih menganggap perkara mengantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini itu sebagai satu budaya yang bagi korang tak bertentangan dengan akidah.., tapi sabda Nabi itu benar, yakni, jika malaikat Rahmat tak masuk dalam rumah kita.. siapa yang rugi? Siapa yang malu?

Memang betul isu menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini itu kecil jika nak dibandingkan dengan isu lain, seperti, buang anak, mengumpat, menfitnah dan sebagainya, amatlah kecik..,lagipun itu rumah korang, lantak koranglah nak taruk gambar sape sapepun.. apa aku peduli, bukan rumah aku? Lantak koranglah!

Boleh ke aku cakap macam tu? Tak baikkan..
******

Cuma aku nak tegur satu golongan yang nak kata jahil ugama, semua pakai kopiah, nak kata takde ilmu, hari hari pergi masjid, (biasanya waktu margrib dan isyak), nak kata bodoh, belajar kat Universiti, lepas tu jika cakap bab ugama, memang berapi-api, halal haram meniti dibibir, jika dilayan, nama ahli neraka dan ahli shurga akan terdedah, wah! berinfomasi sungguh dalam bab isu semasa dan politik lalu mentafsir kaitannya dengan Al quran serta hadith..

Ini bukan SEMUA!, tapi banyak yang aku jumpa, kalau yang jahil ugama takyah cakapler, tapi puak puak ni, yang kononnya arif bab ugama.. tapi kat rumah, boleh pulak tergantung gambar Ulamak..

Eh? Ada hadith ke yang membenarkan gambar ulamak di gantung dalam bingkai?

Tak cukup dalam rumah, dikereta juga ditampal gambar ulamak, “I love Tok Guru” nak kata jahil ugama, semua dosa kerajaan mereka tahu, halal haram meniti dibibir.. tapi di baju juga, ada gambar ulamak, “kami sayang tuan guru”.. siap bawak pergi solat, apa kes?

Bagi aku, nak sayang tok gurupun tak perlu gantung gambar mereka dirumah kita, haram.. malaikat tak masuk, atau ada hadith bagitahu gambar tok guru sahaja boleh.. gambar lain tak boleh? Ada ke?

Aku boleh bertolak ansur dengan mereka yang menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini dengan beranggapan mereka jahil ugama, take your time, baby..pelan-pelan kayuh.. ahaks

Tapi korang yang pandai ugama, boleh pulak menggantung gambar ulamak dalam rumah, ni bukan jahil ugama, ni sesat ugama namanya!..gulp

Nak sayang tok guru tak salah, tapi tak perlu tiru orang kapir yang sayang pada jesus lalu gantung gambar sana sini... Nabi tak ajar sahabat sayang baginda dengan gantung gambar Nabi kat rumah, itu amalan orang kafir!

Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya.

Nabi Muhammad SAW pun komplen tentang gambar dalam gereja itu dengan mengatakan(lebih kurang bermaksud): “Mereka itu, bila ada seorang shalih di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut ( sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”

Sebab tu aku tak sabar dalam bab ni..aku sayang korang kerana Allah, dan apa yang salah, aku tegur, gambar arwah Ust Fadhil Nor, tak perlu gantung, itu dah jadi macam ugama hindu.. Ingat orang mati dengan berdoa pada mereka, bukan gantung gambar pada dinding.. kat kereta jugak tak perlu tampal gambar tuan guru Nik Aziz, bidaah!

Yang kat dinding tu, gambar Ustaz Nasruddin Tantawi tu, tak payahlah nak gantung.. jika korang sayang ulamak, tunjukkan dengan beramal dengan segala perintah Allah yang baik, bukan gantung gambar, Nabi tak ajar macam tu..

 So, turun turunkanlah mana mana gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai, gambar Tuan guru Nik Aziz dan Haji Hadi sedang tersenyum tu serta ulamak lainpun, turunkanlah..itupun jika korang yakin dengan hadith Nabi laa...hehe
SRi:Yang dah elok-elok bertudung tu JANGANLAH pula tetiba menggedik bubuh rambut laks dalam Facebok!! isk isk isk

Tuesday, 12 October 2010

Apa Tanda Ahli Neraka??

Sempena menumpang hari raya enam orang lain, dan sempena lepas raya yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadikapun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini.., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Sasaran aku dalam entry ini adalah korang yang jika hidup sederhana, maka adalah banyak duit simpanan, bolehlah bersedekah, pergi haji, sambut takazar ugama atau bantu orang lain, tapi puak puak bengong ni, menyusahkan orang kerana menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka berlagak bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.. dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari… nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah, tak payahlah nak berhutang dengan Along.. carilah jalan lain.. kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.. Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).. dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan. sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.. ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..

3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.. sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!

(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)
4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)

5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.. kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!

6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!! seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.

8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!

10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik? lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)

11. Takde akaun tabung haji.

Kitorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka… tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)

12. Mencuri
Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)! orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!

13.Mintak derma konon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!

14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.. bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”
Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!

15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.

16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…

17…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, aku mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 17 ada banyak lagi ilham datang, maka aku stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. aku dahaga..

Akhir kata:-

Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.. itu yang bengong!haih~ wallahua'lam
kredit:Kitab Hamka

Sunday, 13 June 2010

GOODLUCK EXAM SEMUA!!

Gambar-gambar berikut mengandungi isi kandungan yang sangat teramat ganas, bangang dan terencat. 
Don't ever eva dare to try this in exam hall!
Boleh gila kalau anak murid@anak aku sendiri jawab macamni!
p/s:Tetiba gua rasa cam pernah tulis surat "chenta" dekat pemeriksa exam paper!Gilosss!!haha

Sunday, 6 June 2010

Rangsang meRangsang

pix_middle


Tanpa memikirkan sensitiviti agama dan budaya Timur, ada wanita di negara ini, termasuk gadis Melayu beragama Islam, tergamak memakai pelbagai tatu di beberapa bahagian badan semata-mata mahu merangsang pasangan masing-masing ‘beraksi’ hebat di ranjang.
PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya. PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya.





PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya.

Walaupun bukan semua wanita menjadikan tatu sebagai perlambangan seks, sebahagian besar merasakan ia lebih kepada perkara terbabit. Ikuti pengakuan eksklusif beberapa wanita bertatu kepada wartawan Metro Ahad.

DALING, 26 (Kuala Lumpur)

“ADA pelanggan ‘menjilat’ tatu rama-rama di belakang badan saya kerana tidak dapat menahan nafsu ketika di ranjang. Malah, ramai beranggapan wanita bertatu adalah seksi dan berimaginasi tinggi ketika melakukan hubungan seks.

Sebagai pekerja pusat urut, bukan saya saja yang cacah lukisan di badan, malah rakan sekerja lain berbuat demikian bagi menarik perhatian lelaki.

Ada yang melukis tatu di badan, atas pinggul dan dada demi menarik perhatian ramai. Siapa tidak ghairah melihat tatu di dada perempuan, lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Tidak kurang juga lelaki menganggap wanita bertatu mempunyai imaginasi tinggi berkaitan seks dan mampu meningkatkan nafsu pasangannya di ranjang. Malah, ada pula yang menyangka wanita bertatu mampu memberi khidmat seks ‘ganas’.

Begitupun, bagi pemakai tatu ia membawa makna berbeza. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya mendapatkan lukisan tatu ini pada hari lahir ke-21 sebagai lambang kebebasan melangkah alam remaja.

Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang dipenuhi dengan tatu corak lukisan di badan. Kebanyakan yang menjadi pilihan adalah lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu, kupu-kupu atau rama-rama merah.

Lambang ini sangat popular di kalangan peminat tatu. Jika dipakai di dada atau atas pinggul, personaliti mereka lebih ketara dan kelihatan seksi serta membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.”


LINDA, 24 (Kuala Lumpur)

“CACAHAN tatu berbentuk bunga ros di atas dada ini kerana saya terikut pengaruh rakan. Pada masa sama, saya rasa tatu ini boleh mengubah personaliti saya.

Rakan mengatakan saya nampak lebih menonjol dengan tatu ini. Walaupun sering memakai baju penuh menutup dada setiap kali berjalan di khalayak ramai, tetapi bila bersama teman lelaki ia menaikkan nafsunya.

Bayangkan saja, siapa tidak geram melihat lukisan bunga ros merah di atas dada yang putih? Pasti ini menaikkan nafsu lelaki yang memandang.

Namun, tidak semua wanita dan gadis bertatu mempunyai imaginasi tinggi dalam hubungan seks. Saya tidak menyukai seks ganas tetapi kawan saya menyukainya. Pada masa sama, teman lelaki turut meminta saya mendapatkan pelbagai lukisan tatu di badan.”


MAISARA, 23 (Pahang)

“SAYA memakai tatu sejak enam tahun lalu kerana permintaan teman lelaki berbangsa Cina, di samping sebagai tanda kesetiaan saya terhadapnya. Tatu itu saya pilih di pangkal payudara kanan dengan lambang sepasang sayap sebagai simbol kebebasan, selain sekuntum bunga di tengah sayap itu merujuk kepada diri saya.

Saya berbuat demikian selepas tamat persekolahan apabila bekerja sambilan di hotel dan tidak menetap bersama ibu bapa.

Semuanya bermula apabila saya berkenalan dengan teman lelaki yang juga ahli perniagaan di sebuah pusat karaoke di pusat bandar ketika saya masih di tingkatan empat.

Walaupun masih bersekolah, status sebagai pelajar tidak menghalang saya berkawan dengan teman lelaki sebelum kami menjadi pasangan kekasih sehingga sekarang.

Ketika di bangku sekolah, pergerakan saya keluar masuk rumah terbatas berikutan dikongkong oleh bapa yang tegas dan banyak mengenakan peraturan sendiri.

Apabila bersama teman lelaki, saya rasa hidup ini sangat bebas kerana dia berfikiran terbuka. Disebabkan itu, sebaik habis sekolah saya bekerja di hotel di Kuantan kerana ingin berdikari.

Keluarga saya bukan orang susah, kalau saya tidak bekerja pun mereka masih mampu menanggung saya. Namun, kerana desakan hidup yang tidak mahu dikongkong menyebabkan saya ingin segera keluar rumah.

Sejak bebas daripada kawalan keluarga, hidup saya semakin liar apabila kerap mengunjungi kelab malam dan minum arak serta berhibur hingga lewat pagi.

Saya juga tidak berfikir panjang apabila teman lelaki meminta saya memakai tatu kerana menurutnya ramai rakan wanita sebangsa dengannya memakai tatu.

Tambah lagi, kebanyakan rakan saya yang berpasangan dengan teman lelaki bukan Melayu memang memakai tatu atas permintaan pasangan masing-masing.”


NADIA, 26 (Kuala Lumpur)

“SEBILANGAN gadis bertatu beranggapan mereka berbuat demikian untuk bergaya, daya penarik dan ekspresi seks terhadap pasangan atau rakan, tetapi saya berpendapat sebaliknya.

Saya ada empat jenis tatu di pinggul, tubuh belakang serta kedua-dua belah bahu, dan setiap tatu ada maksud tersendiri.

Tiga daripada tatu itu adalah ayat suci al-Quran iaitu tulisan Bismillah pada bahu kiri dan kanan, serta satu bentuk tulisan kaligrafi daripada al-Quran.

Saya membuat tatu sedemikian kerana dibebani masalah peribadi, cinta dan kehidupan sosial yang pernah dilalui.

Waktu malam saya banyak habiskan di kelab malam, minum arak dan seks bebas. Saya sangat sosial dan banyak terjebak dengan pelbagai gejala tidak bermoral.

Apabila usia meningkat, saya semakin jemu dan tertekan dengan kehidupan. Saya juga sering jatuh sakit dan sejak itu terdetik hati membuat tatu (Bismillah dan ayat al-Quran) berkenaan di badan saya.

Orang mungkin tertanya-tanya mengapa saya menulis kalimah Bismillah pada bahu, tetapi saya menganggap ia bagai ‘pelindung’ diri.

Sebagai orang Islam, saya percaya setiap insan didampingi malaikat pada bahu kiri dan kanan untuk mencatat setiap kebaikan serta keburukan yang mereka lakukan.

Sebab itu saya terfikir meletakkan tatu berkenaan di bahu saya, ia sebagai tanda dan peringatan kepada saya untuk menghindarkan perkara tidak senonoh.

Sejak tatu ini ada di badan saya, hendak minum arak pun fikir dua tiga kali, apa lagi hendak melakukan hubungan seks. Itulah kebaikannya apabila tatu ini ada di badan saya.”


LIZ FYSH, 29 (Selangor)

“ADA empat tatu di tubuh dan semuanya mempunyai maksud berlainan. Paling istimewa adalah di lengan kiri kerana ia bertulisan Jepun dengan cacahan nama kedua-dua anak. Ia sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka.

Saya bertatu bukan kerana suka-suka. Buktinya, saya ambil masa 10 tahun untuk berfikir sebelum membuat tatu pertama di tengkuk.

Selepas itu saya mencacah tatu kedua iaitu ‘Devlin Fish’. Tatu ketiga bersimbolkan ‘Pentagram’ dengan sedikit ubah suai mengikut cita rasa saya dan kerananya, saya memenangi pertandingan tatu setahun lalu. Sebagai hadiah kemenangan, saya diberi tatu percuma dan saya memilih cacahan nama anak bertulisan Jepun berkenaan.

Saya beranggapan tatu tidak semestinya lebih menjurus kepada perlambangan seks saja kerana ia bergantung kepada individu.

Saya merancang membuat tatu baru tetapi masih memikirkan simbol sesuai. Jika ada yang mahu bertatu, nasihat saya fikirkan sedalam-dalamnya kerana jika sudah dicacah, sukar membuangnya.”


NITA, 20 (Johor)

“LAMBANG tatu pari-pari bogel berwarna biru yang duduk di atas bulan sabit umpama magnet bagi saya untuk menggoda lelaki dan membuat mereka lebih mudah melekat.

Ia bermakna saya masih kesunyian dan ingin mencari teman lelaki istimewa.
Seperkara lain, lambang tatu dari Sepanyol pada lengan saya sangat bermakna kerana ia membolehkan saya mudah mesra dengan pelanggan dan sesuai dengan kerja saya di pusat hiburan di Johor Bahru.

Selepas memakai tatu, saya menerima tawaran daripada lebih ramai lelaki untuk menjadi teman sosial. Bagaimanapun, saya masih merahsiakan perbuatan itu daripada keluarga yang berasal dari kawasan kampung di Pontian kerana sedar perkara itu mungkin menyinggung perasaan mereka.

Pada awalnya, saya tidak dapat menahan kesakitan apabila tatu dilakar lebih enam jam di beberapa bahagian badan, termasuk di lengan kiri dan paha kiri, sehingga demam dua tiga hari.

Namun tidak disangka selepas memiliki tatu berkenaan sejak hampir dua bulan lalu, saham saya semakin meningkat di mana lebih ramai lelaki, termasuk pelancong Singapura, menunjukkan minat untuk berkenalan.

Malah, saya dibawa melancong ke luar negara oleh beberapa pelanggan yang menganggap saya gadis berfikiran terbuka dan moden.”
KI:Renung-renungkanlah.Jangan sampai tersilap langkah.

Saturday, 29 May 2010

Tata-Sussy-Laa

Adakah pengecualian terhadap tatasusila dan adab yang baik?

Secara umum, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, dengan pelbagai adat resam serta latarbelakang budaya merupakan masyarakat yang amat kuat dengan pegangan budaya dan adat resam kaum masing-masing.

Di dalam aspek budaya, kita tidak nafikan bahawasanya secara umum, semua kita, sama ada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli mahupun ras dan suku kaum lain sememangnya diajar dengan adab sopan dan susila yang baik sejak kecil lagi.

Nilai-nilai murni seperti menghormati tetamu, orang yang lebih tua serta jiran tetangga merupakan nilai-nilai universal dalam skop adat resam serta amalan kebudayaan mahupun keagamaan setiap kaum.
Masyarakat Melayu misalnya berpaksikan kepada Islam sebagai tanda aras adat resam dan budayanya sememangnya mementingkan adab sopan atas dasar yang mana junjungan besar Islam Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda dengan membawa maksud: "Sesungguhnya Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia di kalangan manusia."

Dan sememangnya mesej ini serta prinsipnya menjadi amalan di kalangan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Di kalangan masyarakat lain di dalam negara kita ini juga, masing-masing juga turut mempunyai adat resam, tatasusila dan budaya yang tentunya menjurus ke arah ahli masyarakat itu melaksanakan kebaikan dan menghindar keburukan bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk sekelian anggota masyarakat.

Secara umumnya, nilai-nilai murni ini sememangnya menjadi amalan segenap masyarakat kita, dan saya merasakan ia adalah antara faktor utama yang menyebabkan negara kita, yang pelbagai kaum, bangsa dan fahaman serta latar belakang sosio-ekonomi serta berbekal dengan kestablilan politik yang ada mampu hidup dalam keadaan yang aman, damai dan makmur.

Toleh sahaja ke utara dan mungkin permasalahan yang berlaku di Bangkok ketika ini boleh menjadi iktibar.
Namun, apa yang saya kesalkan adalah; walaupun kita sebagai masyarakat yang berbilang kaum ini sejak kecil lagi dididik dengan nilai - nilai universal yang baik melalui peradaban bangsa dan kaum kita sendiri seperti hormat-menghormati, semangat kejiranan serta adab pertuturan dan resam yang tinggi, saya dapati terdapat beberapa situasi yang mana masyarakat kita “mengecualikan” amalan-amalan serta sikap - sikap baik ini.

Friday, 14 May 2010

Selingkuh?? NEHii!!

Memaafkan pasangan yang melakukan kecurangan sememangnya bukan perkara senang. Kemarahan dan sakit hati akan menguasai perasaan setelah mendengar pengkhianatan cintanya.
Perlu komitmen ulang dengan pasangan agar bisa menyembuhkan diri dan mempertahankan pernikahan yang terbentur perselingkuhan. Lakukan beberapa langkah dengan kepala dingin untuk menata kembali rumah tangga Anda.
1. Ajukan pertanyaan yang ingin Anda ketahui
Wajar jika Anda ingin mengorek detail perselingkuhannya. Seperti, seberapa sering bertemu? Sejak bila? Apakah melibatkan tindakan seksual? Di mana? Berapa kali? Berapa banyak duit yang dihabiskan? Siapa yang mengetahui perselingkuhannya? dan sebagainya.
Anda juga pasti curious dengan penyebab pasangan berselingkuh. Selain membuat lega hati, pertanyaan-pertanyaan tersebut bisa mengungkap celah kelemahan yang tersembunyi dalam hubungan pernikahan Anda selama ini.
2. Seimbangkan kemarahan dan keinginan memperoleh informasi
Wajar memang mengungkapkan kemarahan dan mengamuk karena ulahnya. Namun, semua perlu dikendalikan agar pasangan terbuka menceritakan semuanya. Terus menyerang pasangan yang sedang mengakui kesalahannya hanya akan membuatnya takut dan menghilangkan banyak informasi.
Menurut Peggy Vaughan, pengarang 'The Monogamy Myth: A Personal Handbook for Recovering from Affairs', saat telah memperoleh informasi dan fakta kecurangan yang dilakukan pasangan, Anda tidak akan terobsesi lagi untuk mengetahuinya.
3. Tetapkan waktu untuk membicarakan perselingkuhannya
Jangan biarkan perselingkuhan mengambil alih kehidupan rumah tangga hubungan kalian. Batasi pembicaraan mengenai topik tersebut 15 hingga 30 menit. Jangan biarkan pertanyaan berubah menjadi ajang pergustian kebencian bagi kalian berdua. Hal penting lainnya, jangan menyimpan kekhawatiran dalam hati. Bicarakanlah apa yang ingin Anda tanyakan.
4. Fokus
Pasangan yang berkekasehgelapan mungkin akan berdalih pengkhianatannya karena merasa marah atau balik menuduh Anda yang berkhianat. Tetap tenang dan fokus saat membicarakan perselingkuhannya.
5. Ungkapkan perasaan
Diskusikan keraguan, kekecewaan, kemarahan, kesedihan, perasaan dikhianati dan ditinggalkan akibat perselingkuhannya. Sebagai mitra yang ingin memperbaiki hubungan, kalian perlu saling membuka diri dan membangun kembali keintiman.
6. Jangan mudah memaafkan
Sebelum memaafkan perbuatannya, Anda harus bergulat dengan kemarahan dan rasa sakit. Setelah berhasil mengontrolnya, barulah membangun kembali kepercayaan kepadanya.
7. Cari dukungan
Keluarga, teman dan kelompok yang bisa diajak berbagi membantu menghilangkan rasa tidak berdaya dan mengurangi perasaan terisolasi yang Anda alami.
8. Luangkan waktu bersama tanpa membicarakan kekasihgelapan.
Habiskan waktu yang romantis untuk mengenang masa-masa menyenangkan bersama pasangan tanpa melibatkan pembicaraan tentang perselingkuhan. Kunjungilah tempat-tempat yang berarti khusus bagi kalian berdua.
9. Memaafkan saat benar-benar dah siap
Anda tidak akan pernah melupakan perselingkuhan yang pernah dilakukan pasangan. Tetapi, kenangan menyakitkan itu akan pudar seiring berjalannya waktu. Memaafkan pasangan akan membantu mengurangi rasa sakit dan berdamai dengan pasangan.
Anda harus benar-benar siap saat mengambil keputusan memaafkan perbuatannya. Lepaskan semua perasaan negatif apabila pasangan telah jujur dan melakukan semua hal untuk mendapatkan kembali kepercayaan Anda.

Wednesday, 12 May 2010

[wahabi XII] Takut Hantu Wahabi!

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber :
MINDA TAJDID
Ada beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.
Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.
Namun persoalan yang besar yang sering ditimbulkan ‘siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?”. Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengistiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: “I am France and France is me”.
Maka ramailah orang mendakwa Ahlus Sunnah wal Jama’ah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu Ahlus Sunnah wal Jama’ah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya. Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri.
Sehingga kelompok tarekat yang sering mencetuskan dakwaan berbagai-bagai termasuk konsep ‘wahdatul ujud’ (kesatuan tuhan dengan makhluk) yang dilaungkan oleh Ibn ‘Arabi juga mendakwa mereka Ahlus Sunnah wal Jama’ah.


Lebih sedih lagi, ada yang mendakwa “Ahlus Sunnah hanya yang ikut mazhab Syafi’e”. Kalau demikian, habislah terkeluar imam-imam lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah!.

Sehinggakan mereka yang tidak qunut pun dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Maka barangkali tiga perempat dari umat Islam ini terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Padahal istilah Sunnah di sini merujuk Sunnah Nabi s.a.w yang merangkumi penghayatan al-Quran dan sunnah, maka ahli sunnah ialah mereka yang menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jama’ah merujuk kepada para sahabat Nabi s.a.w dalam ertikata lain menghayati al-Quran dan Sunnah seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu para sahabat. Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pegangan mereka sementara penghayatan para sahabah adalah panduan mereka, maka mereka adalah Ahlus sunnah wal Jama’ah (lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).

Maka dengan itu berbagai mazhab fekah sekalipun ada perbezaan pandangan mereka tidak dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini seperti kata ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): “Maka termasuk dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi’i, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida’ah ahli hawa nafsu dan sesat” (al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Jika kita lihat di sini, Mazhab Zahiri yang hanya berpegang kepada zahir nas sahaja dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah, apakah tidak qunut, letak tangan atas dada ketika solat, tidak berwirid beramai-ramai selepas selepas solat terkeluar dari Ahlus Sunnah?!

Lihatlah, wakil JAIS dalam temubual Utusan menyebut antara ciri sesat itu mereka yang membicarakan pecahan tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma dan Sifat. Namun dalam ciri-ciri Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang dikeluarkan oleh WAMY, bahkan sukatan UIA, sukatan sekolah negara kita dan kebanyakan universiti di dunia ini, itulah ciri manhaj kefahaman tauhid Ahlus Sunnah yang diajar.

Sejak saya sekolah rendah, dalam usrah, dalam buku akidah Presiden PAS, dalam buku sekolah Kerajaan UMNO dan di negara-negara Arab, di UK, US dan Eropah itulah bentuk perbahasan akidah Ahlus Sunnah yang diajar.

Hari ini wakil JAIS dalam temubualnya dengan Utusan menyatakan itu bukan akidah akidah Ahlus Sunnah bahkan dikaitkan dengan akidah penyembah berhala. Akhirnya, dikaitkan dengan wahabi. Kalau begitu telah lamalah kita semua wahabi.

Saya amat dukacita, jika golongan agama itu suka menjadikan senjata kafir mengkafir, sesat menyesat sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan dan diri, akhirnya umat yang musnah. Izinkan sekali lagi saya menyebut perkataan Prof Hamka: “Kadang-kala dikatakan Kaum Muda tidak hormat kepada ulama. Padahal yang mereka katakan ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah”. (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 66).

Daripada cerita tauliah pergi ke cerita wahabi. Setiap yang berbeza pendapat dengan mereka yang memegang kuasa agama dilebelkan wahabi.

Minggu lepas Pengarah Jais menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Dalam keadaan ramai bukan muslim salah faham terhadap Islam, fatwa seperti ini dikeluarkan.

Padahal pada zaman Nabi s.a.w para perwakilan muslim dan bukan muslim samada Yahudi, Kristian dan selain mereka masuk berjumpa Nabi s.a.w dalam masjid. Mereka memahami Islam dari masjid dan berurusan dengan kerajaan Islam dalam masjid. Ini disebut dalam banyak hadis.

Jika Pengarah JAIS itu memilih pendapat yang saya anggap tidak kukuh dan merugikan Islam di Malaysia dan saya memilih pendapat para ulama yang menyatakan bukan muslim boleh masuk ke masjid jika ada keperluan, adakah saya telah menjadi wahabi dan sesat? Apakah pula jika satu hari Allah takdirkan saya berada di tampok kuasa, maka pendapat beliau pula akan dihukum wahabi dan sesat?! Rosaklah agama jika menjadi mainan hawa nafsu dan kepentingan!

Saya bukan peminat karangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1115H). Saya suka dengan Dr Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan jiwanya begitu dekat Ibn Taimiyyah (meninggal 728H). Begitulah juga saya. Namun saya sama sekali tidak dapat menerima tabiat suka mengkafir dan menyesatkan tokoh ilmuwan seperti yang berlaku sekarang ini. Jika saya tidak bermazhab Maliki, saya tetap membantah mereka yang menghina al-Imam Malik bin Anas, kerana seorang muslim wajib membela muslim lain yang dizalimi, apatah lagi tokoh ilmuwan.

Sekalipun saya bukan pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca, dikafirkan dan dihina. Apatahlagi, kesannya besar. Mereka yang membangkitkan isu kafir dan sesat wahabi ini akan mengheret Negara Arab Saudi secara khusus dan beberapa negara Arab lain sebagai sesat dan mungkin kafir. Mereka ini ada agenda yang tersendiri, yang berpusat di Lubnan dan ada agen-agennya sudah sampai ke negara ini. Rancangan menghidupkan kafir mengkafir sesama umat. Ini akan dihuraikan dalam tulisan akan datang.

Baru-baru ini UIA meraikan kedatangan tokoh ilmuwan terkenal ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki , Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah.

Tokoh ini dalam tulisannya Mujmal I’tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut: “Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat” (m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah).

Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: « Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah).

Seorang lagi tokoh fekah yang terkenal di zaman ini, yang banyak pandangannya dirujuk, Dr Wahhab al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung

(maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85)

, bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Sekali lagi, seperti yang pernah saya tanya dahulu, apakah mereka semuanya wahabi kerana memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Apakah mereka jika berceramah di negara ini akan ditanggap kerana tiada tauliah dan tauliah pun tidak boleh diberikan kepada mereka kerana mereka ada unsur wahabi ?!

Dalam sejarah, akibat permainan golongan agama seperti ini al-Imam Ahmad bin Hanbal pernah dijatuhkan hukuman oleh ulama pemerintah pada zamannya, al-Imam al-Bukhari juga sama. Wahabi telah menjelma bagaikan istilah hantu yang digunakan oleh orang tua-tua dulu untuk menakutkan budak-budak.

Maka, tidak pentinglah samada hantu itu wujud atau tidak di situ, tidaklah penting samada orang tua-tua itu pernah melihatnya atau tidak, tidaklah penting apa rupanya, yang penting kanak-kanak menjadi takut dan orang tua-tua dapat duduk selesa bersembang di meja kopi dengan gelak ketawa sampai ke pagi.

Thursday, 6 May 2010

[wahabi XI] Golongan Muda dan Golongan Tua

Islam adalah umat yang satu.

Kita dituntut untuk bersatu padu , bukan berpecah belah.

Oleh itu, kita perlu memahamai antara satu sama lain dan seterusnya berikhtiar agar permasalahan komunikasi antara golongan/puak dalam umat Islam itu dapat dikendurkan.

Dengan cara ini, peluang untuk menyatukan semua kumpulan yang wujud lebih berkemungkinan sehingga sesuai dengan firman Tuhan yang mengatakan umat Islam adalah umat yg satu.

Antara golongan yang sentiasa mencurigai antara satu sama lain ialah golongan muda dan golongan tua.

Kaum Muda yang di namakan juga ‘salafi', ‘tajdid', ‘sunnah' atau dicop juga sebagai ‘wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.

Kaum Tua atau dikenali sebagai ‘Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak ‘alim.

Ustaz zaharuddin menasihatkan golongan ilmuan muda agar memerhati beberapa perkara berikut:

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik

b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-‘Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.

e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Marilah kita sama-sama berusaha agar jurang perbedaan antara kumpulan dapat diperbaiki sehingga masing-masing kumpulan memahami antaara satu sama lain.

Sunday, 2 May 2010

[wahabi X] SUKA DUKA AL-IMAM QARDHAWI DIGELAR WAHABI

Oleh : Yussamir Yusof
Sumber: www.yussamir.com
Meninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah, membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani pada zaman ini. 

Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata, “Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”
Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam dunia politik Islam. 

Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, beliau digelar oleh gurunya dengan gelaran Wahabi!
Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.

Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ii dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakana kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu.

Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya(pembaharuan) terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau. Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qoyim yang sinonim dengan gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah.

Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh ini.

Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab, seorang tokoh islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh al-Auliyat (Feqah keutamaan) , “Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.”

Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini.

Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “hai orang-orang yang beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”

Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.”

“Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada tahun 1958)