I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 30 November 2010

Kenapa Allah cipta Neraka jika Dia Baik???

Nak dijadikan cerita di zaman dahulu kala dekat sebuah negeri kat Malaysia lah juga -- seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun terpaksalah dikenakan denda…dah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz yang sorang ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak [masukkan efek saspen di sini] “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ni duk bagi kuliah subuh depan mata pula

Gulp..Ustaz tu pun terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel bobey bobeey, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Selamat beramal!WOHA

Friday, 26 November 2010

Buroks Sikus

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya:” Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.”
 
(al-Bukhari)
 
 
Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain. Ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang boleh kita lakukan. Apalagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan. 
 
Manakala menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda. Wallahua'lam

Saturday, 20 November 2010

::Dewasa

Dari Ibnu Umar r.a, ia meminta kepada Rasulullah saw untuk menjadi tentera pada waktu peperangan Uhud, sedangkan dia ketika itu berusia empat belas tahun. Baginda tidak membenarkan. Kemudian dia kemukakan lagi permohonan untuk menyertai peperangan Khandaq dan dia ketika itu sudah berusia lima belas tahun. Baginda membenarkan.”
 
(Bukhari) 
 

Istilah "kedewasaan" menunjuk kepada keadaan sesudah dewasa. Sedangkan istilah “pendewasaan” merujuk kepada keadaan belum dewasa. Islam membeza hal ini kerana syariat menganggap, dalam kematangan berfikir dan keseimbangan psikologi pada orang belum dewasa adalah masih dalam taraf permulaan dan memerlukan bimbingan khusus. Kerana itulah Rasulullah tidak membenarkan Ibnu Umar menyertai peperangan kerana ketika itu dia masih terlalu mentah (budak) dan belum dapat berfikir atau membuat keputusan yang baik apalagi dalam hal-hal peperangan yang memerlukan pemikiran yang tangkas terutama dalam mengatur strategi peperangan. Jika tersilap langkah kemungkinan tindakan yang diambilnya akan mendatangkan bahaya kepada orang Islam seluruhnya. 
Ki:Matangkah sudah pemikiran tingkah laku kita hari ini?

Wednesday, 17 November 2010

Som-Bonk

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.
 
Riwayat Muslim 
 
1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.

Saturday, 13 November 2010

Bini Sunyi Suami Menyepi

Saya dah berkahwin dekat 10 tahun dan ada 4 orang anak. Suami saya tak romantic tapi baik, iaitu jaga hal ehwal kebajikan rumahtangga dan anak anak, tapi suami saya ni pendiam sangat, Dia tak kan berbual dengan saya kecuali saya yang kena mulakan dulu.
Dalam rumah jarang dengar kami bercakap, hanya suara anak anak yang riuh,. Saya pernah bertanya apa salah saya, katanya saya tidak buat salah tetapi dia melayan saya seperti tidak wujud. Saya meresa sangat sedih dilayan sebegini, Apa pandangan tuan?
Isteri Sepi.

********

WOHA! Topic kita hari ni:

Suami tak romantic kerana pendiam?

Suami baik tapi tak banyak bercakap?

Sepi sebab suami diam walaupun dia baik?

Suami jaga hal ehwal rumahtangga tapi saya rungsing sebab suami saya membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan?,

Apa?!!

Itu sahaja masalah korang dah jadi rungsing dan sepi?, sedang ramai lagi andartu kat luar sana, mereka lagi layak rungsing dan sepi.., patut korang tolong mereka dengan bagi izin suami korang kahwin lagi, eh! Itu cerita lain..

Sambung balik.

Kepada semua isteri yang rasa sepi dan rungsing kerana suami baik tapi pendiam..

Korang tahu tak apa makna CINTA?

Dah 10 tahun kahwin pun tak tahu apa itu CINTA?

Dah beranak pinak, dah berlaga lubang kencing masih tak tahu apa itu cinta??

Ni yang aku angin satu badan ni!! Nampaknya, aku kena terangkan balik makna cinta pada mereka yang dah berumah tangga, yang dah beranak pinak, yang dah berlaga pusat, (sambil geleng kepala...)

Baik, Cinta itu adalah...

(berhenti sekajap, telan air liur)

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih!

Jika korang rasa tak selesa bila duduk dua orang tapi tak bercakap apa-apa, itu bermakna orang itu bukan orang istimewa, orang itu mungkin orang asing, dan bukan kekasih..

KEKASIH adalah mereka yang mana bila kita duduk bersama, tapi tak bercakap apa-apapun, kita tetap rasa selesa, bahagia, dan enjoy the silence!!

Enjoy the silence!! Tak paham lagi? Itulah CINTA!!

Kalau tak paham bahasa melayu, biar aku cakap bahasa orang putih:

“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.”

(Entah betul ke tak Bahasa English aku tu? Lantaklah,)

Senang cerita, kita tahu bila kita dilamun cinta adalah apabila kita dapat bersama seorang yang sangat istimewa, yang mana detik bahagia ada pada setiap minit dan saat, walaupun kita tak bercakap apa apapun, kerana kita sedang ‘enjoy the silence’..‘menikmati kesunyian’ bersama orang yang paling kita cintai...

That is love!!!

Why do we feel it's necessary to talk about bullshit in order to be comfortable? Enjoy the silence with someone special, that is comfortably... That is love!!!

Dah! Speaking London pulak aku

Bermakna disini, para isteri yang terasa sepi dan sunyi sekalian, bukan salah suami korang buat korang rasa sepi, salah korang, sebab korang tu yang belum CINTA sepenuhnya pada suami masing masing.., korang masak, basuh baju, kemas rumah, ketip kuku, trim bulu untuk suami dah anggap itu cinta? Itu namanya ‘khidmat’.. cinta adalah memberi tanpa balasan.. chewah!

Korang patut rasa malu pada suami korang, sebab suami korang sebenarnya sangat faham erti cinta lebih dari korang yang ngok!, korang menderita tapi suami korang hidup bahagia dengan ‘enjoy the silence’, yelah, walaupun korang dah jadi gemok dan hodoh, serta tua , tapi suami korang cool, takde dia ceraikan korang?, malahan dia tak abaikan rumahtangga dan anak anak. Hari-hari balik kerja terus pulang ke rumah, sampai rumah minum air kopi, sambil perhatikan anak anak bermain, tanpa bercakap sepatah pun tapi hanya ‘enjoy the silence’.. wow! Romantiknya!!

Orang lelaki memang pandai bercinta dan ‘enjoy the silence’.., tak percaya cuba tanya kaki pancing, ada joran tu bercakap dengan mereka? Atau suami yang suka hias kereta, ada mereka sedih bila kereta tu tak bercakap dengan mereka? Atau yang pelihara ikan emas, bila mereka bercakap dengan ikan dalam akuarium, dan ikan tu tak jawab, ada mereka sedih macam korang? Takde.. mereka cool, mereka bahagia, mereka ‘enjoy the silence’..

Tapi korang pandai pulak bercinta dengan rantai emas, gelang emas yang pendiam, rasa bahagia bila pakai barang kemas yang tak bercakap sepatahpun..boleh pulak ‘enjoy the silence’ dengan emas karat, tapi dengan suami tak tahu pulak nak bahagia, tak boleh pulak nak ‘enjoy the silence’, dah kantoi bahawa korang tu tak pandai menikmati cinta, atau kahwin paksa sahaja.. kesian suami korang, rupanya... isteri korang tak cinta sepenuhnya lagi pada korang, bak kata pepatah, ada wang abang sayang, takde wang abang melayan.., tu yang bila suami kena buang kerja, perempuan pun terus mintak cerai.. kesian..

Padahal, korang tak tahu, bahawa suami korang sangat cinta pada korang, mereka makan masakan korang dengan penuh bahagia sehingga tak terkata apa sebab sedapnya masakan korang yang setaraf masakan ibu mereka, lalu mereka, ‘enjoy the silence’.. nyam nyam.. tapi korang sedih tengok mereka sedap makan sebab tak bercakap... apa daa..

Aku rasa tentu korang tak tahu, iaitu apabila tiba Malam hari, bila korang tidur, korang tahu tak bahawa suami main-main dengan rambut korang, cium pipi korang.., dan raba korang, tapi korang tak sedar sebab korang tidur mati.. sedang suami seronok 'enjoy the silence'... kan?

Satu lagi, untuk pengetahuan korang iaitu bila korang buat kerja rumah, suami sebenarnya pandang korang dengan penuh kasih sayang dan terharu, tapi mereka tak tunjuk sebab ego, nampak pendiam sahaja, malahan mereka selalu curi curi perhatikan korang buat kerja rumah dengan penuh ‘enjoy the silence’.. bila korang menoleh, mereka akan terus menoleh ke arah lain sebab malu dan ego, sambil control macho... buat buat baca surat khabar atau tengok TV, tu yang korang nampak mereka macam pendiam, tapi mereka sebanarnya cool dan faham erti cinta, mereka ‘enjoy the silence’ bersama korang, sebab tu mereka tak ceraikan korang.., betul tak?

Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih

Akhir kata.. bersyukurlah dengan nikmat ada suami.. walaupun pendiam kerana mereka faham hakikat cinta.. untuk itu buktilah kecintaan kamu kepada Tuhan, bangun di malam hari, bertahajud dan ‘enjoy the silence’ bersama Pencipta sekalian alam... kerana jika kamu tidak mampu ‘enjoy the silence’ dalam bertahajjud.. ketahuilah, kamu belum cinta kepada Allah...

Malulah kamu kepada Tuhan dan suami kamu..

Thursday, 11 November 2010

::Menjaga perasaan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.”
(al-Bukhari dan Muslim)

1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

Sunday, 7 November 2010

Ehsan [Bukan yg dalam Upin Ipin tu!]

Sebagai orang yang dah lama berbulu (senior) dalam ugama islam, korang patut tahu tentang “ehsan”.. jangan nanti sedang asyik korang korek hidung, tiba tiba muncul anak cina mualaf bertanya pada korang: apa itu ehsan?

Lantas korang dengan konfidentnya menjawab sambil menggetel tahik hidung..

“Ehsan tu adalah wang hadiah dari kerajaan Persekutuan kepada rakyat Negeri Terengganu kerana telaga minyak ada di sana supaya Rakyat suka pada Kerajaan”

Lantas anak cina mualaf itu terus berlalu jijik kerana korang selepas menjentik tahik hidung ke atmosfera bumi, terus selamba sambung korek hidung lagi sebelah..

(Harap anak cina mualaf yang baru ‘bertukar alamat’ dari bekas abu ke ‘tanah perkuburan Islam’.tu tak murtad dapat jawapan yang sehampeh tu…)

Aku malas nak membebel macam mak nenek, sekarang aku nak tulis entry khas buat semua mualaf yang baru masuk islam pagi tadi

Apa itu Ehsan?

Tak payah susah susah aku nak susun ayat, biar Nabi Muhammad SAW sendiri yang jawab.. akan hakikat, apa itu Ehsan..

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. meriwayatkan:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“ lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.”

Lelaki tersebut berkata:

“ Benarlah engkau.”

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang lman”.

Baginda bersabda:

“Bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan Qadar buruk.”
Lelaki itu berkata:

“ Benarlah engkau.”

Dia kemudian berkata lagi:

"Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan."

Baginda bersabda:
“Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Kemudian, Lelaki itu bertanya lagi:

“Terangkan kepadaku tentang kiamat”.

Baginda bersabda:

“Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”
Lelaki itu berkata:

“Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya”

Baginda bersabda:

“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing tapi berlumba-lumba membina bangunan."

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:

“Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
Aku berkata:

“Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

(Hadis riwayat Muslim)

**********

Ehsan [Bab II]

Dah habis baca hadith, dan dah dengar cerita tentang Ehsan, bolehlah kita simpulkan bahawa:

“Ehsan ialah dapat ‘melihat’ Allah, atau jika tak dapat ‘melihat’, tahu diri ‘sedang dilihat’ juga adalah salah satu darjat Ehsan..
Jadi, buat pertama kalinya dalam sejarah ugama, dan sebagai memenuhi nota ugama aku, kali ni, aku nak bagi wang ehsan kat korang RM300., eh silap.., aku nak ajar korang semua melalui blog akan ilmu Ehsan, dan InsyAllah jika korang tumpukan perhatian 100% dengan apa yang bakal aku tulis kejap lagi, dengan izin Allah, dapatlah korang asas kepada ilmu Ehsan yang bakal merubah hidup korang buat selama-lamanya

Jeng-jeng jeng!

(masukkan bunyi yang berunsur suspend kat sini)

Tapi sebelum tu, untuk dapat hakikat Ehsan melalui blog ini, aku cadangkan korang pergi ambik wudhu sekarang, supaya ‘suasana’ bebas dari hadas akan mengundang malaikat rahmat dan insyallah mudah untuk faham..(Allah bagi faham)

Ok, aku bagi masa 5 minit untuk korang pergi ambik wudhu.. dan bagi mereka yang membaca blog ini di tengah tentang gurun sahara, bolehlah bertayamun sahaja..hahahha

*********

Ok, sambung balik..

Semua dah ada wudhu, alhamdulillah..

Apa yang aku nak ‘ajar’ ni adalah simple sahaja, yang mana aku akan tulis beberapa rangkap perkataan dalam bahasa malayu, tugas korang hanyalah perlu baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

Rangkap 1:

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Rangkap 2

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEBAIKKAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, PASTI ALLAH AKAN NILAIKANNYA,”

Rangkap 3

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEJAHATAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, JUGA PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA,”

Baik, sekarang, kita pergi pada rangkap seterusnya...baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“MANUSIA MELIHAT APA YANG KITA ADA.. RUMAH.. KENDERAAN.. HARTA DAN SEBAGAINYA, TAPI ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA,”

“KERANA ADANYA APA YANG MANUSIA ADA ADALAH KURNIAAN ALLAH, MAKA, ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA, TAPI ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Dan ini pula adalah rangkap terakhir, baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

“TAPI, SYARAT UNTUK ALLAH NILAIKAN AMAL MANUSIA, MANUSIA ITU MESTILAH MEMPUNYAI IMAN, TANPA IMAN, BUATLAH BAIK SEBANYAK MANAPUN, ALLAH TIDAK AKAN NILAIKANNYA, SEBALIKNYA DENGAN IMAN, SENYUMPUN DIKIRA SEDEKAH,”

“SESUNGGUHNYA ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Baiklah, aku harap korang dah baca, hafal dan faham..
Sekarang kemuncak dalam pelajaran Ehsan kita hari ni, aku nak korang ‘zip’kan, atau korang “compress’kan kesemua rangkap yang panjang di atas ke dalam 14 patah perkataan ini..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Korang ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Sambil korang lafaz 14 patah perkataan ini, tersingkap dalam minda korang tentang semua rangkap penuh..

“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Ok, last..

Tukar “MANUSIA” kepada “AKU”

Maka..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Cuba ulang lagi..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Lagi lagi, sampai habis raya enam pun takpe..

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, tamatlah pelajaran kita hari ini bab Ehsan, sekarang tunggu nak apply sahaja, untuk amal ilmu ini, mulai hari ni, korang kena bisikkan kalimah ini pada diri korang dalam apa jua keadaan,

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

*****
Contoh 1:

Sebelum masuk tandas, korang bisikkan.. “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang akan rasa “DIPERHATIKAN” lalu korang terangsang untuk ikut sunnah Nabi, seperti langkah kaki kiri, tutup kepala dan jaga kebersihan..

Contoh 2;
Sedang korang berehat, tiba-tiba ada orang mintak tolong, korang rasa leceh, berat hati dan tak semangat, tapi cuba korang bisikkan “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

InsyAllah, terus korang tolong dia dengan ‘girang’..

Contoh 3:

Ada perempuan cun macam Salma Hayek jadi awek kau, satu hari hujan lebat si awek ni terpaksa tumpang tidur rumah korang, lepas dah tengah malam, cuaca sejuk buat zakar korang tegang, korangpun rasa nak pancut lalu berjalan menuju ke bilik Salma Hayek untuk berlaga lubang kencing, tapi dalam perjalanan, cuba korang bisikkan: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Maka, InsyAllah, korang akan dapat kekuatan untuk lari, dan mungkin Salma Hayek yang juga ghairah akan mengejar korang, lalu terkoyaklah baju korang dari belakang, kan macho tu..

Contoh 4:

Sebagai Menteri yang meluluskan projek juta juta, korang pilih kasih kepada kroni untuk luluskan projek walaupun tak ikut spec, tapi kontraktor dah siapkan amoi cun dan pakej pekej menarik pecah tanah, maka korang pun rasa best untuk terima wang ehsan, eh? Silap.. rasuah.. korang pun rasa nak ambik, sekali hati korang berbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang ingat mati, dan serahkan maklumat pada BPR.. lantas semua kontraktor kena tangkap dan korangpun bertaubat yang buat amoi itu jugak dapat hidayat dan berkahwinlah korang menuju shurga halal..

Contoh 5:

Korang sedang solat, tapi syaitan asyikkan korang dengan bermacam macam bayangan, dah tak khusyuk.., lepas tu pulak korang terlupa kunci yang letak atas para wudhu tadi dah ambik ke belum, lalu korang meraba raba dalam julat tiga pergerakkan mencari kunci sambil jaga solat tapi hati dah tak khusyuk sebab takut kunci orang ambik dan curi kereta, dan dalam kereta pulak ada Hard Disk 200G, yang ada macam macam filem baru download, filem lucahpun ada, tapi sedang asyik korang meraba, tiba tiba korang tergiang dengan kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Terus korang khusyuk dan tawajjuh InsyAllah…
Cukup contoh sampai situ, Alhamdulillah, apabila korang dapat automatikkan kalimah ini sebagai ‘zikir hati’ maka insyaAllah, kehidupan korang akan rasa DIPERHATIKAN.. dan rasa DIPERHATIKAN ini adalah secebis dari hakikat EHSAN.. dan dengan DIPERHATIKAN, maka akan berubahlah kehidupan korang dari seorang islam yang cuai kepada seorang islam yang bertakwa, dan rasa DIPERHATIKAN ini juga adalah EHSAN Allah semata mata..

Semua dengan izin Allah..WOHA!

Saturday, 6 November 2010

Isteri ku Darhaka

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang: "Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”
 
(al-Bukhari)
 
  • Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
  •  Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
  • Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
  •  Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

::Kunci Kemurkaan

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda: ”Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”
 
(At-Tabrani dan al-Baihaqi)

1. Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti golongan bapoak (maknyah), perempuan yang berperwatakan lelaki, mereka yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan homoseks dan lesssbians.
2. Semua perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar bahkan lebih jijik lagi sanggup bersetubuh dengan binatang..
3. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal fikiran bukan seperti binatang yang bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.
4. Syaitan adalah musuh utama manusia. Setiap perbuatan buruk yang dilakukan adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutannya.
kredits:e-Hadith

Wednesday, 3 November 2010

Kenapa Wanita Meluat dengan Bidadari

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
“Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”.

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?”

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..Hehehehee


Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~