I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 28 December 2009

O.W.L


A wise old owl sat on an oak; 

The more he saw the less he spoke; 

The less he spoke the more he heard; 

Why aren't we like that wise old bird?

Thursday, 24 December 2009

CGC @ Piala PKPMI 2009

Penyertaan CGC FC dalam kancah futsal pada tahun ini ditutup dengan menyertai Piala PKPMI 2009 (PKPMI CUP 2009), yang berlangsung Sabtu dan Ahad lepas (19-20 Disember). Kejohanan ini memakai sistem 7-1-7 (7 minit main-1 minit rehat-7 minit main). CGC FC diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama One Leg Kicking, El Poco Loko dan The Putih.


Berdiri dari kiri - Hazim (c), Syeikh, Fared, Gapo, Bos
Duduk dari kiri - Haha, Reza, Fuad, Awang, John

Berikut adalah keputusan perlawanan:

          One Leg Kicking (1)  vs  (0) CGC FC
              El Poco Loco  (2)  vs  (0)  CGC FC
                     CGC FC  (2)  vs  (3)  The Putih

Walaupun CGC FC kalah semua perlawanan untuk Kumpulan B, namun kami masih mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Kami yang turun beraksi sebagai pasukan 'underdog' mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang.Nanti kita bertemu lagi di kejohanan lain. Kami jadikan kejohanan ini sebagai sesi pemanasan badan untuk menghadapi Liga Futsal Kubi 2010.

Tahniah untuk Fuad dan John yang berjaya menyumbangkan gol untuk CGC FC, sekurang-kurangnya kita tidak pulang dengan tangan kosong. Terima kasih untuk mereka yang datang menyokong. Berikut kami paparkan aksi-aksi CGC FC yang bertanding pada kejohanan kali ini:



 One Leg Kicking vs CGC FC

 

 

Tendangan maut!! (tak gol pun,hehe..)

  

Keeper yang dedikasi..


 
Kita minum dulu!!




"Lek lu, bro", kata pengadil kepada Hafiz-hafiz.



Ish, tak lepas la pulok..



Red, ko nak tangkap katak ke tu?


 
 Gelek jangan tak gelek


 
Skill CGC..

 

Tackle Syeikh, tackle!!


 
Gapo tengah pikir strategi sebelum main


 

CGC FC vs The Putih



Tackle!! Good Reza Good..


 



Bos terbang??? Berat2 pun boleh terbang ke??




Solid defence..



Bakpo tengok sajo tu gapo?Tulong Awang tuh..
 

 

Aksi Fuad the Scorer

CGC mendoakan kejayaan CGC FC untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang. Terima kasih untuk semua yang terlibat.


"LAWAN TETAP LAWAN!!"

Tuesday, 22 December 2009

Pasukan Futsal CGC: Dulu, Kini dan Selamanya

"Hoh, CGC ada team futsal ke??"
"Uik, biar betul CGC main futsal??"
"CGC?? Futsal?? Macm tak nyambung je..."
"Reti ke diorang (CGC) main futsal???"

"Ya ialah CGC punya team futsal. Gentlemen kan main futsal. Ingat kami tak reti main futsal ke, hah?? Kami bukan kaki bangku ok!!" balas CGC.

Ya, itulah realitinya. Kami dari CGC mempunyai pasukan futsal kami sendiri, yang terdiri dari ahli-ahli CGC Angkatan 2006, baik dari CGC Pusat atau CGC Cawangan. Sebahagian besar kami terdiri dari mahasiswa tajaan JPA . Malah pasukan futsal CGC ini telah pun ditubuhkan sebelum CGC itu sendiri dengan rasminya ditubuhkan sebagai sebuah NGO (haha..).

Maka alkisahnya, semasa kami berada pada Tahun Pertama (2006/2007), pasukan futsal pertama CGC dengan rasminya ditubuhkan, dengan memakai nama Atletico Cikuda dan menggunakan jersi merah.


Atletico Cikuda 
Berdiri dari kiri - Aji, John, Roy, Hazim, Haha
Duduk dari kiri - Fuad, Bos, Farid, Gapo, Syeikh
Kesinambungan Atletico Cikuda diteruskan untuk Tahun Ke-2 dan Tahun Ke-3, tetapi dengan memakai nama Cikuda d' Oranje. Sesuai dengan nama pasukan, jersi kami pada waktu itu juga berwarna oren. Dalam rangka untuk memantapkan Cikuda d' Oranje, pihak pengurusan melakukan sedikit rombakan kecil dalam pemilihan pemain untuk mewakili CGC (sorang je pun,hehe..), tapi sebahagian besar pemain masih kekal bersama CGC. Untuk musim 2007/2008, Reza dengan rasmi menyertai Pasukan CGC menggantikan Roy, dan untuk musim 2008/2009, Awang masuk menggantikan Aji.

Untuk musim 2009/2010 (Tahun ke-4), CGC masih lagi mengekalkan kewujudan Cikuda d' Oranje. Tapi untuk kali ini, kami menggunakan nama CGC FC. Jersi kami tetap sama, oren dan merah, dan pemain juga tetap sama. Boleh dikatakan CGC FC merupakan satu-satunya pasukan futsal anak Malaysia yang ada di UNPAD yang paling banyak tidak berlaku perubahan selama empat tahun ini dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain.
Prestasi Pasukan Futsal CGC tidaklah terlalu hebat kalau dibandingkan dengan pasukan lain. Namun, kami tetap hadir untuk memberi cabaran kepada pasukan-pasukan yang ikut bertanding, baik dalam Liga Futsal KUBI dan Piala PKPMI, sesuai dengan misi kami yang tidaklah terlalu mengejar kemenangan dan bermain dengan santai. Tapi tidaklah bermakna kami bermain untuk kalah.
CGC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain CGC yang masih setia bersama CGC FC dan yang pernah berkhidmat untuknya. Jasamu kepada CGC akan tetap dikenang. Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong (kalau ada la,hehe..) yang sanggup datang menyokong kami. Walaupun kami hanyalah pasukan 'underdog', sokongan anda tetap bermakna buat kami.
Semoga CGC FC mampu hadir untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain. Doakan kejayaan CGC FC, semoga beroleh kejayaan di masa hadapan. InsyaAllah, kami akan lebih berusaha.
'PANTANG MUNDUR SEBELUM BERJUANG!!'
'MAJULAH FUTSAL UNTUK CGC'


 p/s..gambar2 byk yg xder sbb laptop farid yg dulu hilang,huhu..
        kalu anda perasan, pemain2 CGC dulu dan sekarang dh byk berubah..dulu slim,
        skrg dh byk byk yg tembam,ahaks..

Saturday, 19 December 2009

Membaca Yukk!!


Assalamualaikum w.b.t..
  
Adakah  anda suka membaca?
A)  Sangat suka
      ~ asalkan ada masa terluang saya membaca
 B)  Suka sikit-sikit
      ~ kalau rasa rajin saya membaca kalau malas,jeng3
 C)  Tak suka sangat
      ~ kalau terpaksa membaca,saya pun membaca,kalo tak perlu maka…hehe  [time nak kena buat LI]
 D)  Memang tidak suka
      ~ kalau diancam konsekuensi yang fatal barulah saya membaca. [nak remedial,tak baca tak pasal-pasal repeat year]
 E)  Memang sangat tidak suka
      ~ ape nak jadi jadilah,yang penting saya tak suka membaca [repeat year ke, ape ke, tidak ku peduli]

Dipilih.. dipilih..

Membaca,satu hal yang sangat ‘simple’ tetapi penting dan besar akibat atau kesannya. Kesan membaca akan terlihat dari pelbagai aspek hidup manusia, bermula dari individu, masyarakat malah tamadun manusia secara umum. Ada TIGA hal tentang membaca ini yang menarik minat saya, malah mungkin anda juga terfikir akan hal yang sama.

Suka Membaca?

Pertama,hal paling asas,iaitu tentang minat untuk membaca dalam diri setiap individu. Tanpa minat untuk membaca pada setiap orang,mustahil kita memupuk budaya membaca yang sering dipromosikan. Budaya itu muncul apabila ramai atau segolongan manusia melakukannya, jadi mahu tidak mahu harus bermula dengan individu. Tanya diri kita sendiri,soalan di atas apa pilihan kita, YANG SEJUJURNYA? Saya hanya ingin kita semua fikirkan dan nilai sejauh mana minat ini ada dan ditanam dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Tidak usah kita pandang jauh-jauh, lihat sahaja kelompok pelajar Malaysia di FK UNPAD di Jatinangor ini.

“Banyaknye LI,bila nak siap kalo banyak camni”   [Macam biasa dengar,hehehehe]
“Malas aku buat LI, banyak nak mati, tak logik betul la doc ni”    [Eh,ini pun familiar,kuang3]

Agak-agaknya, rata-rata memilih jawapan A,B,C,D atau E? Saya berpendapat ramai yang cenderung kepada pilihan C ataupun B. Pilihan A, mungkin ada tetapi boleh dibilang kuantitinya.  Pendapat saya ini mungkin benar mungkin salah, apatah lagi tidak disokong hujah dan bukti ‘survey’ lapangan, namun tidak mengapa kerana yang ingin saya tekankan bukanlah kepada fakta bahawa pelajar FK UNPAD ramai memilih A,B,C dan sebagainya tetapi tentang sejauh mana kesedaran kita terhadap minat membaca secara individu!

Saya yakin ramai sudah mengetahui kepentingan,kelebihan dan manfaat menbaca,jadi tidak perlulah dihuraikan. Permasalahannya ialah, sejauh mana tahu kita itu membuahkan mahu dan seterusnya menjadi ‘attitude’ suka membaca. Bagaimana kita mahu menjadi dokter, guru, arkitek, jurutera, pemimpin dan yang paling penting ibu bapa yang hebat kalau pengetahuan tidak seberapa. Apatah lagi ingin menjadi penggerak kepada kegemilangan tamadun manusia, jauh panggang dari apilah jawabnya kalau ilmu tidak sedalam mana. Jangan-jangan air yang bertakung di lopak-lopak lebih dalam daripada tingkat pegetahuan kita. Nauzubillah (moga Allah jauhkan). Maka bertindaklah! Ilmu dan pengetahuan itu harus dicari, tidak datang bergolek. Tidak eksklusif, bukan untuk saya,anda atau dia sahaja, siapa yang mencari mereka akan memperolehnya.

Satu realiti yang amat dikesalkan dan tidak patut sama sekali apabila ada manusia yang bergelar MUSLIM tetapi MALAS MEMBACA! Al-‘Alaq adalah surah pertama yang diwahyukan Allah s.w.t kepada idola kita Muhammad s.a.w. ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’, itulah firman Allah kepada kita. Skala 1 sampai 10, sudah sejauh mana usaha kita untuk merealisasikan firman Allah ini? Kalau usaha pun belum ada,tidak perlu ditanya sejauh mana pencapaiannya.

Anda mengaku muslim, saya mengaku Islam, kita mengaku beriman kepada Allah yang Maha Esa, tetapi dimanakah buktinya kalau hal yang pertama Allah ajarkan kepada kita tidak dicapai, bahkan ada yang tidak cuba berusaha ke arah itu pun dan lebih teruk kalau ada yang meremahkan dan memandang enteng hal ini.

“Tak pelah bukan wajib pun,dianjurkan je”

“Ala,tu hal kecik jelah”

Jika ini antara kata-kata yang sering bermain di bibir kita dan yang seerti dengannya, maka nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua adalah : EVALUASI KEMBALI IMAN KITA.
Jika kita benar-benar cintakan Allah,beriman kepada-Nya, marilah kita berusaha memupuk semangat dan sikap suka membaca dan juga menyeru individu lain kepada hal ini.

Apa yang Dibaca?

“Hang suka membaca?”

“Suka,minat sangat!”     [Bagus betul orang ni ye]

“Biasanya hang baca buku pa?”

“Aku baca macam-macam, Hai,Mangga,Genie, macam-macamlah”    [macam-macam kah?]

Ini satu lagi hal yang selalu saya perhatikan, sudah bagus suka membaca tetapi bukan semua memilih bahan bacaan. Suka membaca itu bermanfaat dan dituntut tetapi apabila bahan yang dibaca itu tidak berfaedah, melalaikan, ‘kosong’ makna suka membaca itu. Jadi perhatikanlah bahan yang anda baca itu,carilah bahan bacaan yang bermanfaat, yang boleh mematangkan fikiran. Kita kena baca Al-Quran dan buku agama sahajalah kalau begitu. Sungguh tidak tepat pemikiran yang sebegitu, kerana buku-buku yang bermanfaat itu tidak terhad kepada buku tentang agama sahaja. Semua ilmu tentang perubatan, kejuruteraan, bertukang, memasak, psikologi, dan pelbagai lagi adalah milik Allah,datang daripada Allah. Jadi apa sahaja buku asalkan ‘content’nya boleh diambil manfaat maka bacalah.

“Kalo camtu aku nak baca novel la, target, seminggu khatam sebiji”
“Ko pasni jangan nak komen aku baca komik, komik ni ada manfaat tau”

Mungkin timbul pula persoalan begini dan memang tidak dinafikan sesetengah komik dan novel ada manfaatnya,tetapi janganlah mentang-mentang saya berkata begitu, baca komik dan novel sahaja kerjanya. Buku ‘medic’ entah ke mana, buku agama setahun sebiji, baca Quran sekali seminggu pun belum tentu. Jangan begini pulak jadinya. Kalau anda minat membaca komik atau novel,silakan, yang penting pandai-pandailah kita tentukan PRIORITI bahan bacaan mana yang harus kita dahulukan dan utamakan.   

Untuk Apa Kamu Membaca?

Akhirnya sampai juga kita kepada aspek ketiga yang pada saya adalah yang paling penting.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia dan yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi,maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan.”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]      

Niat, itulah satu hal yang sangat penting tetapi jarang ada manusia yang benar-benar prihatin tentangnya dalam setiap tindakan yang dilakukan baik makan,belajar,solat,bersukan,puasa dan lain-lain. LI diselesaikan kerana segan dengan teman-teman, takut kepada dokter, ingin menunjukkkan kehebatan diri,ingin lebih tahu berbanding orang lain dan bukan kerana rasa tanggungjawab yang mana akan dipersoalkan oleh Allah suatu saat nanti. Inilah sikap kebanyakan kita.

Jadi saya menyeru diri sendiri,sahabat-sahabat dan para pembaca semua untuk menitikberatkan hal ini. Sudah bagus kita menbaca, bahannya pula sungguh bernas, akan tetapi jika tujuan kita membaca bukan kerana Allah swt. alangkah ruginya kita. Aktiviti yang seharusnya boleh menjadi ‘harta’ buat jual-beli kita dengan Allah di akhirat sana menjadi ‘nol’, tidak berharga walau sesen pun jika niat kita lari dari tujuannya.

Jadi?

Marilah kita sama-sama membina sikap SUKA MEMBACA BAHAN BERMANFAAT IKHLAS KERANA ALLAH SEMATA. Semoga saya,anda, kita semua mampu memupuk sikap ini dan sentiasa istiqamah. Sama-sama kita doakan!


* LI : learning issue (‘homework’ bagi student Fakultas Kedokteran UNPAD)


smab



p/s..kena baca ke??adoi..alahai..ahaks..

Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijriah kepada semua warga pembaca blog sekalian.. mungkin tahun ni korang atau SRi akan pergi menemuiNya, jadi mayat, duduk terbaring sekujur sesorang dalam kubur, mungkin~ semuanya di tangan Allah..

hurmm, terfikir pula SRi:
  • Bagaimanakah keadaan SRi dan korang bila jadi mayat kelak?
  • Bagaimanakah nasib kita di kubur kelak?
  • Sempit ke Luas? Gelap ke Terang? Sedap ke Seksa?
  • Apelaa perkara atau situasi yang membuatkan kita jadi mayat kelak?
  • Kemalangan?
  • Keracunan makanan?
  • Di bunuh?
  • Mati mengejut?
  • Sakit tua?
  • Lemas?
  • Terbakar?
  • Mati terkejut?
  • SOCCA D?
  • Bunuh diri?..Oh!!!
SRi tanya soalan banyak-banyak ni pun bukannya apa, sajer nak bagi korang fikir akan bagaimanakah nasib kita selepas menjadi mayat kelak sebab ada banyak lagi soalan menanti di sebalik seorang mayat… Macam:
  • Siapa Tuhan kamu?
  • Siapa Nabi kamu?
  • Mana Kiblat kamu?
  • Apa petunjuk kamu?
  • Siapakah saudara saudara Kamu?
  • Apakah kamu tidak mengajar anak-anakmu menjadi soleh agar mereka mendoakan kamu?
  • Apakah kamu tidak pernah meyampaikan walaupun satu ayat?
  • Apakah kamu tidak pernah sedekah jariah?
  • Di manakah kamu habiskan masa lapang kamu?
  • Di manakah kamu habiskan masa remaja kamu?
  • Dari manakah harta kamu dapat?
  • Ke manakah harta kamu di belanjakan?
  • Adakah kamu amal apa yang kamu tahu?
  • Dan lain lain… masuk syurga nantipun kena tanya dan yang masuk nerakapun (na'uzubillah) akan ditanya
dah ready ke kita nak menjawabnya?


ADA TAK ORANG AJAK KAMU KEPADA ALLAH DULU???
(lebih kurang maksud - Al mulk-8)

Lalu ahli neraka jawab:
Ada.. tapi kami memperolok-olokkanNya.
(lebih kurang maksud- Al Mulk-9)

Oklah, malas dan bercampur takut pula bila taruk Al-Quran sebagai dalil kerana SRi bukan ahlinya.. dah lah tak bertauliah, SRi pun tak nak membebel macam mak nenek di awal tahun baru ni sebab korang semua tentu sedang berkobar kobar punya semangat untuk hidup..

Dan korang semua tentu dah buat azam yang hebat hebat dan 'so cool' serta perasan bagus kan.. Ye lah, semalam kan Nazi baru bercerita tentang azam-azam nie.. Then,kalau boleh mesti korang nak buat azam yang serba unik dan dapat menarik perhatian semua kengkawan kan? wah wah.. wah.. Betapa suci murninya korangni... Semangat betul! Bagus-bagusss.. hehehe

So,sebenarnya; Apakah azam korang tahun baru ini? Nazi kate huduh bebenor orang yang takde azamni!
  • Nak dapat pointer above 3.5?
  • SOCA A++?
  • Nak besarkan rumah?
  • Besarkan kereta?
  • Besarkan pangkat?
  • Besarkan perut isteri?
Apa-apapun yang korang nak azamkan di tahun baru ni, jangan lupa untuk buat usaha besarkan kubur korang masing masing juga,ok… Yupz, SRi pun!!

world world juga, AKHIRAT JANGAN LUPA!

Salam Maal Hijrah 1431..

Sunday, 13 December 2009

Siapa Kami???



PENGUMUMAN!!


Untuk mengelakkan salah faham, fitnah, gosip-gosip, cakap-cakap belakang, kata mengata, cakap-cakap hodoh, kekeliruan, ketidakadilan, korupsi, pergaduhan, perbalahan, kacau bilau, rusuhan, keputusasaan, bentrokan dan sebagainya, CGC Pusat ingin membetulkan tanggapan dan minda anda semua terhadap apa yang dimaksudkan dengan CGC. Bahawa sesungguhnya:

CGC = Cikuda Gentlemen Club

bukan Cikuda Guys Club,
bukan Cileunyi Gentlemen/Guys Club,
bukan Caringin Gentlemen/Guys Club,
bukan Cikgu Gue Cina,
bukan Cewek Gue Cantik,
bukan Capital Group Companies,
bukan Color Glass Condensate,
dan bukan CIKUDA GAYS CLUB!!
nauzubillahi min zalik...

Sila betulkan persepsi anda terhadap kami. Kami tidak mahu sesiapa terlibat dengan fitnah dan keji-mengeji kerana salah persepsi terhadap kami, supaya kita semua tidak mendapat dosa. Sebarang fitnah dan pengubahsuaian nama CGC akan kami bawa ke pengadilan. Harap faham dan maklum.

"Sejahterakan dan Perkasakan CGC Untuk Semua"

Yang Benar,
Presiden CGC,
Cikuda Gentlemen Club (CGC) Pusat


p/s..Hidup CGC!! ahaks..

Laman Sesawang Yang Penuh Dengan Sawang

Assalamualaikum w.b.t.
Fuh, lama benar dah tak di'update' blog ni. Dah penuh dengan habuk dah pun. Dalam rangka nak mengaktifkan balik blog ni, ni post terbaru CGC. Kepada semua ahli CGC Pusat, harap mematuhi dan menepati jadual di bawah.

Catatan:
1. Senarai PJ moreh untuk setiap rumah dan kosan:
a. Darul Sakinah - Azu
b. Tadika Pasti - Nazi
c. Casa Pelangi 1 - Syaira
d. Astana Presiden - Heikal
e. Cileles - Tilawati
f. Abah Kau (a.k.a. Pondok Raudhah, Bunda Rama 2) - Qalif
g. Rumah Comel - Aiza
h. PUTIK (a.k.a. Muktamar PAS Pusat) - Jamal
i. Casa Pelangi 2 - Hawa
2. Reza akan masuk Astana Presiden. Gapo, Hazim, Jamal dan Izhar masuk PUTIK (Pusat Tarbiyah Islam Kelantan).
3. Urutan minggu untuk setiap bulan berdasarkan urutan hari Jumaat untuk bulan tersebut. Jadi, Januari 2010 akan ada 5 minggu sebab hari Jumaat ada 5 kali dalam bulan Januari 2010.
4. Ada minggu-minggu tertentu tidak masuk dalam jadual sebab kemungkinan besar ramai yang balik Malaysia. Contohnya Disember Minggu 4 dan Januari Minggu 1. Solat berjamaah InsyaAllah akan tetap diteruskan (untuk mereka yang tidak balik), cuma tugasan akan diberi 'on the spot'.
5. Solat berjamaah akan dibuat Jumaat malam Sabtu atau Khamis malam Jumaat, tergantung kesesuaian. Konfirmasi adalah melalui jarkom. Sebarang masalah hubungi Koleh (081931444801).

Oleh: Cikuda Gentlemen Club (CGC)


p/s..sape yg gagal ikut jadual kat atas, Lembaga Disiplin Kepresidenan CGC akan ambik tindakan, ahaks..


Sunday, 14 June 2009

Ya Allah..BIMBAAAAANGNYA aku!!

Wahai hati, apakah yg engkau BIMBANGKAN?

Hari ini?
Esok?
Peristiwa lalu?

WAHAI HATI,
APA CERITA?
APA RASA?
MANA MAHU PERGI?

Penduduk di tepi pantai bimbangkan tsunami…
Penduduk di tepi bukit bimbangkan tanah runtuh…
Penduduk di kawasan Shah Alam bimbangkan banjir…
Penduduk di serawak bimbangkan wabak kaki dan mulut…
Penduduk di pulau pinang bimbangkan selsema burung…
Oh..bimbang….seribu sebelas ratus bimbang….

(tiba2 ada satu org hamba Allah menyampuk)
“Murai, kalau engkau bimbang, aku ada petua, apa kata kau beli insurance yg aku jual sekarang nih, insurance ni bagus!, bla bla bla bla”
Cik Murai kata: DIAM AAR KAU MAMAT!!!!

(sambung balik..)
Manusia memang bersifat bimbang,
Yg belajar bimbang tak lulus periksa
Yg lulus periksa bimbang tak dapat masuk U
Yg masuk U, bimbang tak dapat kerja
Yg dapat kerja, bimbang tak berkahwin..
Yg dah kahwin bimbang tak dapat anak
Yg dah dpt anak bimbang anak tak lulus periksa
Yg lulus periksa bimbang tak dapat masuk U
Yg masuk U, bimbang tak dapat kerja
Yg blabblabbla bla
Bimbang bimbang BIMBANG!

Akhirnya, datanglah jurujual insurance yg konon2nya boleh hilangkan bimbang korang, maka jadi kaya rayalah syarikat tuh…tangan 10 ribu, kaki: 18 ribu, lutut 2 juta, pusat lapan ratus, medula oblongata 3 ratus , serebrum lapan ringgit , air tulang belakang 2 juta bla bla bla Blah(blah kau mamat! Cik Murai tak nak dengar kau punya polisi!)

Ke ke ke ke patutlah ada kajian yg mengatakan antara syarikat yg berjaya kat dunia nih, adalah syarikat insurance, senang je nak suruh korang beli…bagi cerita2 yg buat korang bimbang, takut, dan risau, maka berebut rebutlah manusia manusiawi itu mengharap insurance…oh..alangkah bimbangnyer…isk…isk…

Cik Murai nak cerita sikit sambil menyelit pasal insurance nie, apabila korang sedih dan takut harta benda korang hilang, maka korang boleh insurancekan harta korang tuh, dan jika korang takut anggota badan korang hilang, pun ada berlambak2 syarikat insurance akan dtg cerita ceritu dia punya polisi untuk setiap anggota badan korang, tahi lalat di bulu matapun boleh di insurancekan...kalau korang takut kehilangan anggota keluarga , pun ada syarikat insurance yg akan cover, dan kalau korang takut korang mati takde sape nak tanggung anak bini…memang bayak polisi insurance korang boleh cari, tapi masa yg hilang, mana insurance nak cari daa…MASA !

"deeemi maaasa…sesungguhnya manusia kerugian.. meeeeelaaainkan.. yg beriman dan yg beramal soleeeeeeeh.."
(lagu latar-raihan[bayangkan Adi]-demi masa)

Ok cukup2 Cik Murai bukan nak cerita pasal insurance , Cik Murai nak bercerita bagaimana nak menghilangkan bimbang…Cik Murai selaku bukan pakar motivasi pagi,petang, maghrib ataupun malam, mencadangkan empat perkara yg korang kena buat untuk hilangkan bimbang, ingat! empat perkara…kalau raihan 5 perkara harini Cik Murai nak bagitau EMPAT PERKARA…!

Sila baca dengan teliti dan perlahan2 kerana apa yg korang faham nanti akan mempengaruhi seluruh kehidupan korang (pinjam kata2 sesorang salesman-salesman insurance..)

Oleh kerana bimbang datangnya dari hati maka korang (dan Cik Murai) kena buat empat perkara pada hati korang..ini adalah SOAL HATI…

Perkara Pertama hilang:


Hilangkan ‘HARTA’ korang…

Manusia cukup bimbang harta yg sedia ada –hilang!, Hilangkan harta di sini Bukan bermaksud korang kena buang, jual atau campak TV perabot mcm yg selalu ”pengarah malaysia faham dan gambarkan dlm drama”..korang kena buang perkataan harta AKU - kepada; HARTA ALLAH

bila korang dah dapat hakikat bahawa semuanya ini adalah milik Allah maka korang takkan ada bimbang lagi pasal harta! Org yg paling bimbang adalah org yg ada banyak harta, krn itulah dari segi psikologi, manusia akan dapat mengurangkan bimbang bila dia mengalihkan tanggungjawab hartanya kepada pihak lain , seperti upah Jaga, simpan duit dlm bank, buat rumah tepi balai polis dan lain-lain. Tapi perbuatan begini tetap mendatangkan bimbang kerana semua itu adalah makhluk, makhluk tak boleh bagi manfaat ataupun mudarat! Sesiapa yg mengharapkan makhluk pasti (kebanyakkanya) akan bunuh diri atau jadi giler!

Di sini apabila korang hilangkan harta dari hati korang dan Faham Hakikat bahawa semuanya ini adalah milik Allah, pasti dan pasti hati korang akan tenang setenang tenangnyer…memang itulah hakikatnya..mata, telinga, lubang hidung, tangan, tahi lalat semuanya dari Allah dan semuanya milik Allah, nyawa kita, anak dan isteripun milik Allah, Allah boleh ‘ambil’ bila2 masa..kerana itulah org yg bunuh diri akan di azab oleh Allah kerana telah mengganggap nyawanya adalah miliknya sendiri…nyawa adalah milik Allah!

Bila korang dan Cik Murai dah yakin bahawa Allahlah yg jaga semua perkara di dunia ini, walaupun bergesernya pasir di lautan, gugurnya daun di hutan… maka korang akn tenang, setenang tenangnya…walaupun tahi bintang nak langgar bumi, walaupun yahudi nak musnahkan islam-Bukankah Allah yg jaga aku dan harta aku?? Aku nie nak jaga diri sendiri pun tak mampu!! Nah,inilah TAWAQAL!!

Org yg bertawakkal akan selamat, dan org yg selamat akan dapat segala-galanya, manakala org yg tak bertawakkal, adalah org yg tak selamat dan org yg tak selamat akan hilang segala-galanya…org yg selamat dari azab Allah akan dapat segala-galanya di akhirat kelak..korang lihat org kapir yg ada kereta besar, rumah besar, tapi mereka hidup dlm kebimbangan, kenapa? Kerana mereka rasa semua itu milik mereka, mereka tak belajar tawakkal..mereka tak selamat dari azab Allah dan mereka akan hilang segala-galanya di akhirat kelak…kalau nak bimbang,..bimbanglah tentang hari akhirat..inilah bimbang yg membawa korang ke shorga!

TIADA KESEDIHAN, KETAKUTAN, KEMBIMBANGAN, KERISAUAN UNTUK PERKARA DUNIA…
KESEDIHAN, KETAKUTAN, KEMBIMBANGAN, KERISAUAN HANYA UNTUK PERKARA AKHIRAT…

Satu cerita:
Seorang miskin telah berjiran dengan org kaya, hari2 apabila org kaya ni nak keluar rumah simiskin ni akn datang dan buka pintu pagar…satu hari, org kaya nie bagi hadiah seratus ringgit sekeping kat org miskin ni, apa lagi gembiralah org tua tu, tapi bila malam tak boleh tidur, tak lena di buatnya, simpan duit bawah bantal tak kena, simpan dlm beras bimbang tikus gigit, simpan celah atap, takut diterbangkan angin, pendek cerita sampai ke pagi si miskin ni pegang duit dan tak boleh tidur.. esoknya seperti biasa org miskin ni pergi buka pintu pagar si kaya dan bagi balik seratus ringgit kat org kaya tuh

Kenapa? Tanya si kaya..

Saya tak boleh tidurlah tuan…saya tak tahu tuan macamana, tentu tuan tak boleh tidur kan?

Org kaya tu menangis…..benarlah, aku dirikan pagar dan upah jaga kerana aku begitu bimbang…aku ingin sekali tidur lena ..oh…

Moral: tak salah korang kaya, tapi kebimbangan akan datang apabila korang tak berjaya ‘hilangkan’ harta korang yg banyak dari hati korang(termasuk Cik Murai), semua yg dimiliki adalah pinjaman…dah adab pinjam kenalah pulangkan, tak faham2 lagi?

Lagi satu cerita..
Sekiranya korang bawak duit seratus ribu ringgit kat dlm poket dan naik BAS..apa akan jadi? Tentu korang tak boleh tidur, sekejap2 pegang poket, mata melilau tengok kiri kanan, org nak tekan loceng nak turun, korang dah gelabah…hehe..tapi sekiranya korang bawak sepuluh ringgit jer dlm poket..tidur macam apa…siap meleleh air liur basi… hahahaha~ Bertawakallah pada Allah dengan sebenar-benar tawakkal.. nafikan milik anda, semuanya adalah milik Allah jua!

Hilangkan perkataan ‘aku’ pada setiap harta…aku adalah milik Allah, Allah boleh ambil nyawaku pada hari ini, aku berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah….jadikanlah aku org yg bertawakal…aameein…

Perkara kedua hilang:

Hilangkan ‘HASIL’ korang…

Orang yg merasakan dirinya telah berjaya buat sesuatu akan mengharap pulangan…dan perkataan ‘patut’ akan banyak terpancul dari mulutnya..

Cth:
Aku guru besar, cikgu2 lain patut hormat aku..
(siapa peduli kau punya besar?)
Aku org tua, org muda patut memuliakan aku…
(pergi mampuslah tua kutuk!)
Anak aku patut balik jengah aku, dulu aku yg susah payah besarkan dia…
(anak engko sibuklah…!leceh betul)
Kau patut tolong aku , sebab dulu aku dah tolong kau
(pergi jahanam kau punya tolong!)
Kau patut komen kat blog aku sebab aku dah banyak komen kat blog engko
(ha ha ha…!)
Saya patut dpt itu…
(pergi mampus)
Sekurang2nya kamu berterima kasih dengan saya
(boleh blah!)
dan lain2…

Jadi org yang tak nafikan hasil usahanya akn mengharapkan sesuatu dari hasilnya dan sekiranya tak dapat maka dia akan tersangat bimbang, resah dan gelisah dan perkataan patut patut patut akan membimbangkannya lagi ….org sebegini hidup dlm kebimbangan kerana tak faham Hakikat Ikhlas…kerana itulah selalu sebut “PATUT”…memang tak patut..hahaha

Jadi, Korang kena nafikan apa yg telah korang buat sebagai semuanya dari izin dan pertolongan Allah, hari ini bila korang manusia mengaku telah buat itu ini, sekali bila ada org takwil@pertikaikan maka korang mula meradang, atau bimbang hasilnya tidak di sanjung org, atau korang tulis blog tapi bimbang org tak komen, tak payah bimbang…walaupun korang buat masjid, dah ajak sejuta perpuluhan enan manusia masuk islam, atau selamatkan semua org dari selsema burung, tiba2 satu org pun tak ucapkan terimakasih, malah org membalas ‘tuba’…tak perla sedih dan bimbangpun! Tak perlu!

ikhlaslah kawan, semua yg telah berjaya di buat tu adalah ehsan dari Allah…tanpa ehsan Allah kita tak dapat buat apa2 pun..nak kedip mata pun tak boleh, nak baca tulisan ni pun tak boleh..jadi nafikanlah hasil korang walaupun dah berpeluh bulu ketiak…nafikan!!!

Cth korang lukis satu lukisan …korang letak tandatangan..sekali datang org kutuk lukisan korang, apa rasa, sedih? Marah. Bimbang org lain kata benda yg sama? Ha! itulah moralnya..cuba korang tak tanda tangan..org puji ke, org kutuk ke..kau tak payah bimbang…
Inilah HAKIKAT IKHLAS…bila dah buat nafikan..semuanya dari Allah…

Akhirat nanti Allah tak nilai kejayaan daqwah melalui ramai pengikut..tapi melalui ikhlas, walaupun satu org tak ikut ngko!

Mengerti??

Moral: Hasil korang dipuji akan menjadikan korang sombong.. Jika tidak dipuji, sebaliknya dikutuk akan mendatangkan kesedihan dan kebimbangan…nafikanlah hasil tu…dan bila korang berjaya nafikan hasil korang maka korang akan dapat hakikat ikhlas.. wallahualam~~

Jika korang dpt islamkan sejuta perpuluhan enam org kapir kat Malaysiapun,nafikanlah.. semua dengan ehsan Allah.. korang akan mengerti hakikat IKHLAS.. insyaAllah

Perkara ketiga hilang:


Hilangkan ‘DIRI’ korang.

I’m not somebody, I am nobody…
sesorang yg bangga dengan kedudukkanya pasti hidup dlam kebimbangan…
org besar bimbang hilang pengaruh..
org kaya bimbang miskin,
org cantik bimbang hilang kecantikkan…bla bla la bla

hilangkanlah ‘diri’ korang dari hati…maka korang akan belajar hakikat TAWADHUK…
org yg merendah diri akan tenang setenang tenangnya…org yg tahu bahawa dia adalah hamba Allah dan semua org lain pun hamba Allah maka tak akan ada apa kerisauan lagi…
sekali Allah tanya Nabi kita Muhammad s.a.w,
siapa engkau? Nabi jawab: saya anak yatim…
(subhanaAllah alangkah indahnya…)

Perkara ke empat hilang->

Hilangkan ‘HARI’ esok…

Last…(dah panjang sangat dah ni)korang akn hilang segala kebimbangan tentang hari esok..bila korang anggap korang akan jadi MAYAT esok…

Seperkara lagi, bukan korang je yg jadi mayat besok, korang kena anggap ORANG LAIN pun jadi mayat besok…Cik Murai bila bergaduh dengan Mama Heboh(adik),terus fikir..oh dia akan mati esok..maka Cik Murai tak jadi nak marah, Cik Murai peluk dia..Cik Murai maafkan dia..Cik Murai bagi hadiah..dan Cik Murai dapat rasakan betapa indahnya hari ini..kerana hari ini adalah hari terakhir Cik Murai di dunia ni bersamanya ..Cik Murai akn menghargai setiap detik ini…makan malam, minum petang, tidur dan lain-lain

Satu cerita: Seorang ayah yg baru kematian anaknya menangis bagitahu bahawa semalam anaknya menangis nak eskereng..tapi dia tak beli..dia kata kalau lah tahu anaknya mati hari ni, tentu dia akan beli eskereng sebanyak2nya semalam..oh….

Ada jugak Cik Murai dengar cerita (Ali*bkn nama sbnr*cerita) seorang isteri yg menolak pelawaan suaminya untuk bersetubuh, sekali besoknya suaminya mati.. dia berkata kalau tahu.. tentu akan bersetubuh sepuas2nya…oh…

Cik Murai suka dengar cerita seorang ayah yg menarik telinga anaknya sebelum melintas jalan..Cik Murai tanya kenapa tarik telinga?, dia belum buat kesalahan lagi..
Katanya: takkanlah aku nak tarik telinga dia selepas di langgar lori!.(oh…ok~)

Cuba korang anggap bahawa semua org yg korang jumpa di jalanan akan mati besok.. oh.. betapa indahnya hari ini…begitu di nikmati sekali… langit yg biru.. pohon yg hijau.. hari ini langsung tak bosan sebab hari ini adalah hari terakhir saya dan seluruh manusia di bumi ini.. hari ni saya nak pergi solat 5 waktu di masjid, hari ini saya nak taat segala perintah Allah..aameein~

Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg mengetahui dirinya akan menjadi mayat dan membuat persediaan untuknya.

Siapakah orang yang paling bodoh?
Orang yg paling bodoh adalah org yg sudah tahu dirinya akan menjadi mayat tapi tidak membuat persediaan, maka bila mati jadilah dia mayat seorang yang bodoh.

Kesimpulannya..

Hilangkanlah harta, hasil, diri, dan hari esok dari hati korang…atau

1.-Bertawakallah kepada Allah dengan segala harta korang
2.-Ikhlaslah pada Allah dengan hasil usaha korang
3.-Bertawaduklah dengan sesiapa saja dijalanan kerana kita adalah hamba Allah…
4.-Jadilah org yg paling bijak dengan mengingati maut…

Keempat-empat perkara di atas akn menghilangkan BIMBANG korang (kita semua).. insyaAllah…wallahu’lam~~