I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 19 December 2009

Membaca Yukk!!


Assalamualaikum w.b.t..
  
Adakah  anda suka membaca?
A)  Sangat suka
      ~ asalkan ada masa terluang saya membaca
 B)  Suka sikit-sikit
      ~ kalau rasa rajin saya membaca kalau malas,jeng3
 C)  Tak suka sangat
      ~ kalau terpaksa membaca,saya pun membaca,kalo tak perlu maka…hehe  [time nak kena buat LI]
 D)  Memang tidak suka
      ~ kalau diancam konsekuensi yang fatal barulah saya membaca. [nak remedial,tak baca tak pasal-pasal repeat year]
 E)  Memang sangat tidak suka
      ~ ape nak jadi jadilah,yang penting saya tak suka membaca [repeat year ke, ape ke, tidak ku peduli]

Dipilih.. dipilih..

Membaca,satu hal yang sangat ‘simple’ tetapi penting dan besar akibat atau kesannya. Kesan membaca akan terlihat dari pelbagai aspek hidup manusia, bermula dari individu, masyarakat malah tamadun manusia secara umum. Ada TIGA hal tentang membaca ini yang menarik minat saya, malah mungkin anda juga terfikir akan hal yang sama.

Suka Membaca?

Pertama,hal paling asas,iaitu tentang minat untuk membaca dalam diri setiap individu. Tanpa minat untuk membaca pada setiap orang,mustahil kita memupuk budaya membaca yang sering dipromosikan. Budaya itu muncul apabila ramai atau segolongan manusia melakukannya, jadi mahu tidak mahu harus bermula dengan individu. Tanya diri kita sendiri,soalan di atas apa pilihan kita, YANG SEJUJURNYA? Saya hanya ingin kita semua fikirkan dan nilai sejauh mana minat ini ada dan ditanam dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Tidak usah kita pandang jauh-jauh, lihat sahaja kelompok pelajar Malaysia di FK UNPAD di Jatinangor ini.

“Banyaknye LI,bila nak siap kalo banyak camni”   [Macam biasa dengar,hehehehe]
“Malas aku buat LI, banyak nak mati, tak logik betul la doc ni”    [Eh,ini pun familiar,kuang3]

Agak-agaknya, rata-rata memilih jawapan A,B,C,D atau E? Saya berpendapat ramai yang cenderung kepada pilihan C ataupun B. Pilihan A, mungkin ada tetapi boleh dibilang kuantitinya.  Pendapat saya ini mungkin benar mungkin salah, apatah lagi tidak disokong hujah dan bukti ‘survey’ lapangan, namun tidak mengapa kerana yang ingin saya tekankan bukanlah kepada fakta bahawa pelajar FK UNPAD ramai memilih A,B,C dan sebagainya tetapi tentang sejauh mana kesedaran kita terhadap minat membaca secara individu!

Saya yakin ramai sudah mengetahui kepentingan,kelebihan dan manfaat menbaca,jadi tidak perlulah dihuraikan. Permasalahannya ialah, sejauh mana tahu kita itu membuahkan mahu dan seterusnya menjadi ‘attitude’ suka membaca. Bagaimana kita mahu menjadi dokter, guru, arkitek, jurutera, pemimpin dan yang paling penting ibu bapa yang hebat kalau pengetahuan tidak seberapa. Apatah lagi ingin menjadi penggerak kepada kegemilangan tamadun manusia, jauh panggang dari apilah jawabnya kalau ilmu tidak sedalam mana. Jangan-jangan air yang bertakung di lopak-lopak lebih dalam daripada tingkat pegetahuan kita. Nauzubillah (moga Allah jauhkan). Maka bertindaklah! Ilmu dan pengetahuan itu harus dicari, tidak datang bergolek. Tidak eksklusif, bukan untuk saya,anda atau dia sahaja, siapa yang mencari mereka akan memperolehnya.

Satu realiti yang amat dikesalkan dan tidak patut sama sekali apabila ada manusia yang bergelar MUSLIM tetapi MALAS MEMBACA! Al-‘Alaq adalah surah pertama yang diwahyukan Allah s.w.t kepada idola kita Muhammad s.a.w. ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’, itulah firman Allah kepada kita. Skala 1 sampai 10, sudah sejauh mana usaha kita untuk merealisasikan firman Allah ini? Kalau usaha pun belum ada,tidak perlu ditanya sejauh mana pencapaiannya.

Anda mengaku muslim, saya mengaku Islam, kita mengaku beriman kepada Allah yang Maha Esa, tetapi dimanakah buktinya kalau hal yang pertama Allah ajarkan kepada kita tidak dicapai, bahkan ada yang tidak cuba berusaha ke arah itu pun dan lebih teruk kalau ada yang meremahkan dan memandang enteng hal ini.

“Tak pelah bukan wajib pun,dianjurkan je”

“Ala,tu hal kecik jelah”

Jika ini antara kata-kata yang sering bermain di bibir kita dan yang seerti dengannya, maka nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua adalah : EVALUASI KEMBALI IMAN KITA.
Jika kita benar-benar cintakan Allah,beriman kepada-Nya, marilah kita berusaha memupuk semangat dan sikap suka membaca dan juga menyeru individu lain kepada hal ini.

Apa yang Dibaca?

“Hang suka membaca?”

“Suka,minat sangat!”     [Bagus betul orang ni ye]

“Biasanya hang baca buku pa?”

“Aku baca macam-macam, Hai,Mangga,Genie, macam-macamlah”    [macam-macam kah?]

Ini satu lagi hal yang selalu saya perhatikan, sudah bagus suka membaca tetapi bukan semua memilih bahan bacaan. Suka membaca itu bermanfaat dan dituntut tetapi apabila bahan yang dibaca itu tidak berfaedah, melalaikan, ‘kosong’ makna suka membaca itu. Jadi perhatikanlah bahan yang anda baca itu,carilah bahan bacaan yang bermanfaat, yang boleh mematangkan fikiran. Kita kena baca Al-Quran dan buku agama sahajalah kalau begitu. Sungguh tidak tepat pemikiran yang sebegitu, kerana buku-buku yang bermanfaat itu tidak terhad kepada buku tentang agama sahaja. Semua ilmu tentang perubatan, kejuruteraan, bertukang, memasak, psikologi, dan pelbagai lagi adalah milik Allah,datang daripada Allah. Jadi apa sahaja buku asalkan ‘content’nya boleh diambil manfaat maka bacalah.

“Kalo camtu aku nak baca novel la, target, seminggu khatam sebiji”
“Ko pasni jangan nak komen aku baca komik, komik ni ada manfaat tau”

Mungkin timbul pula persoalan begini dan memang tidak dinafikan sesetengah komik dan novel ada manfaatnya,tetapi janganlah mentang-mentang saya berkata begitu, baca komik dan novel sahaja kerjanya. Buku ‘medic’ entah ke mana, buku agama setahun sebiji, baca Quran sekali seminggu pun belum tentu. Jangan begini pulak jadinya. Kalau anda minat membaca komik atau novel,silakan, yang penting pandai-pandailah kita tentukan PRIORITI bahan bacaan mana yang harus kita dahulukan dan utamakan.   

Untuk Apa Kamu Membaca?

Akhirnya sampai juga kita kepada aspek ketiga yang pada saya adalah yang paling penting.

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia dan yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi,maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan.”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]      

Niat, itulah satu hal yang sangat penting tetapi jarang ada manusia yang benar-benar prihatin tentangnya dalam setiap tindakan yang dilakukan baik makan,belajar,solat,bersukan,puasa dan lain-lain. LI diselesaikan kerana segan dengan teman-teman, takut kepada dokter, ingin menunjukkkan kehebatan diri,ingin lebih tahu berbanding orang lain dan bukan kerana rasa tanggungjawab yang mana akan dipersoalkan oleh Allah suatu saat nanti. Inilah sikap kebanyakan kita.

Jadi saya menyeru diri sendiri,sahabat-sahabat dan para pembaca semua untuk menitikberatkan hal ini. Sudah bagus kita menbaca, bahannya pula sungguh bernas, akan tetapi jika tujuan kita membaca bukan kerana Allah swt. alangkah ruginya kita. Aktiviti yang seharusnya boleh menjadi ‘harta’ buat jual-beli kita dengan Allah di akhirat sana menjadi ‘nol’, tidak berharga walau sesen pun jika niat kita lari dari tujuannya.

Jadi?

Marilah kita sama-sama membina sikap SUKA MEMBACA BAHAN BERMANFAAT IKHLAS KERANA ALLAH SEMATA. Semoga saya,anda, kita semua mampu memupuk sikap ini dan sentiasa istiqamah. Sama-sama kita doakan!


* LI : learning issue (‘homework’ bagi student Fakultas Kedokteran UNPAD)


smab



p/s..kena baca ke??adoi..alahai..ahaks..

No comments:

Post a Comment