I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 17 October 2010

Nak gantung kat mane ey Gambar Konvo ni?

Waktu aku kecik, bila pergi rumah orang, ada sesuatu yang ada kat rumah orang tapi takde kat rumah aku, iaitu kolam renang dan Teropong Pengintip Bulan(teleskop) Ops..! aku gurau sahaja, rumah korang sekarangnipun bukannya ada benda tu kan... jangan kecik hati.. hahaha

Maksud aku benda yang simple dan murah, ada kat rumah jiran, tapi takde kat rumah aku, iaitu gambar keluarga, yang mana terlihat sekumpulan manusia sedang senyum bahagia bersama anak bini dalam bingkai besar, tak lupa jugak, gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, dan sesetengah rumah, gambar budak tadika dapat sijil juga dibingkaikan...

Jadi, bila rumah jiran ada, tapi rumah sendiri takde, akupun tanya pada ayah aku:

“Ayah, kenapa rumah kita takde gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai, kenapa rumah kita takde!?”

Kata Ayah aku lebih kurang:

“Anakku, mana boleh letak gambar dalam rumah? Perkara itu di larang oleh Nabi Muhammad SAW, ada hadith menceritakan bahawa malaikat Rahmat bagitahu kepada Nabi Muhammad SAW,bahawa mereka para malaikat, tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar..! maka rugilah kita jika kerana perhiasan yang takde faedah,(gambar korang yang tak hensem) menghalang Malaikat Rahmat memasuki rumah, lalu hilanglah keberkatan hidup..”

Oh, begitu.. maka akupun faham situasi sebenar, lalu belum sempat aku nak menanya soalan lain, tapi terus aku batalkan niat kerana rupanya ayah aku dah terjawab tadi..

(note: soalan yang aku tak jadi tanya itu adalah: “kenapa rumah kita tak bela anjing Lessie”.. woha!)
******

Moral of the story, kepada korang semua orang islam, yang masih tabah dan gigih menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai..

Nasihat aku, biarlah rumah orang yahudi dan kristian penuh dengan gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, sebab mereka kafir, mereka sesat dalam berugama, sehingga kat gereja pun mereka hias dengan bermacam macam gambar, siap gambar Nabi Isa (kononnya) pun ada..

Kita orang islam, tak hias masjid dengan wajah orang yang kita sayang (iaitu Nabi Muhamad SAW) kat sana (sambil tangan tunjuk pada dinding), tapi kita sayang Nabi kat sini (sambil tangan tunjuk pada dada)..

Jika korang sayang pada keluarga, sayanglah kat sini (sambil tangan tunjuk pada dada), tak perlu bingkaikan mereka dan letak di sana (sambil tangan tunjuk pada dinding), tapi di sini (sambil tangan tunjuk pada dada).., sayang yang ‘agak agak’,(sambil tepuk tepuk dada) sebab di sini (tangan masih di dada)pun nak kena letak ruang pada Allah dan Rasul yang melebihi dari segala yang lain sepatutnya...(sambil menambah tekanan tepukkan di dada)

Mungkin benda ni remeh bagi korang.. dan aku rasa perkara ini terjadi adalah kerana kejahilan ugama, atau jika tak jahilpun, masih menganggap perkara mengantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini itu sebagai satu budaya yang bagi korang tak bertentangan dengan akidah.., tapi sabda Nabi itu benar, yakni, jika malaikat Rahmat tak masuk dalam rumah kita.. siapa yang rugi? Siapa yang malu?

Memang betul isu menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini itu kecil jika nak dibandingkan dengan isu lain, seperti, buang anak, mengumpat, menfitnah dan sebagainya, amatlah kecik..,lagipun itu rumah korang, lantak koranglah nak taruk gambar sape sapepun.. apa aku peduli, bukan rumah aku? Lantak koranglah!

Boleh ke aku cakap macam tu? Tak baikkan..
******

Cuma aku nak tegur satu golongan yang nak kata jahil ugama, semua pakai kopiah, nak kata takde ilmu, hari hari pergi masjid, (biasanya waktu margrib dan isyak), nak kata bodoh, belajar kat Universiti, lepas tu jika cakap bab ugama, memang berapi-api, halal haram meniti dibibir, jika dilayan, nama ahli neraka dan ahli shurga akan terdedah, wah! berinfomasi sungguh dalam bab isu semasa dan politik lalu mentafsir kaitannya dengan Al quran serta hadith..

Ini bukan SEMUA!, tapi banyak yang aku jumpa, kalau yang jahil ugama takyah cakapler, tapi puak puak ni, yang kononnya arif bab ugama.. tapi kat rumah, boleh pulak tergantung gambar Ulamak..

Eh? Ada hadith ke yang membenarkan gambar ulamak di gantung dalam bingkai?

Tak cukup dalam rumah, dikereta juga ditampal gambar ulamak, “I love Tok Guru” nak kata jahil ugama, semua dosa kerajaan mereka tahu, halal haram meniti dibibir.. tapi di baju juga, ada gambar ulamak, “kami sayang tuan guru”.. siap bawak pergi solat, apa kes?

Bagi aku, nak sayang tok gurupun tak perlu gantung gambar mereka dirumah kita, haram.. malaikat tak masuk, atau ada hadith bagitahu gambar tok guru sahaja boleh.. gambar lain tak boleh? Ada ke?

Aku boleh bertolak ansur dengan mereka yang menggantung gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini dengan beranggapan mereka jahil ugama, take your time, baby..pelan-pelan kayuh.. ahaks

Tapi korang yang pandai ugama, boleh pulak menggantung gambar ulamak dalam rumah, ni bukan jahil ugama, ni sesat ugama namanya!..gulp

Nak sayang tok guru tak salah, tapi tak perlu tiru orang kapir yang sayang pada jesus lalu gantung gambar sana sini... Nabi tak ajar sahabat sayang baginda dengan gantung gambar Nabi kat rumah, itu amalan orang kafir!

Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya.

Nabi Muhammad SAW pun komplen tentang gambar dalam gereja itu dengan mengatakan(lebih kurang bermaksud): “Mereka itu, bila ada seorang shalih di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut ( sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”

Sebab tu aku tak sabar dalam bab ni..aku sayang korang kerana Allah, dan apa yang salah, aku tegur, gambar arwah Ust Fadhil Nor, tak perlu gantung, itu dah jadi macam ugama hindu.. Ingat orang mati dengan berdoa pada mereka, bukan gantung gambar pada dinding.. kat kereta jugak tak perlu tampal gambar tuan guru Nik Aziz, bidaah!

Yang kat dinding tu, gambar Ustaz Nasruddin Tantawi tu, tak payahlah nak gantung.. jika korang sayang ulamak, tunjukkan dengan beramal dengan segala perintah Allah yang baik, bukan gantung gambar, Nabi tak ajar macam tu..

 So, turun turunkanlah mana mana gambar sekumpulan manusia yang sedang senyum bahagia sambil duduk dalam bingkai besar bersama anak bini, yang mana di sebelah gambar itu ada juga gambar konvo mendapat diploma atau ijazah, serta gambar budak tadika dapat sijil dalam bingkai, gambar Tuan guru Nik Aziz dan Haji Hadi sedang tersenyum tu serta ulamak lainpun, turunkanlah..itupun jika korang yakin dengan hadith Nabi laa...hehe
SRi:Yang dah elok-elok bertudung tu JANGANLAH pula tetiba menggedik bubuh rambut laks dalam Facebok!! isk isk isk

Tuesday, 12 October 2010

Apa Tanda Ahli Neraka??

Sempena menumpang hari raya enam orang lain, dan sempena lepas raya yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadikapun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini.., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Sasaran aku dalam entry ini adalah korang yang jika hidup sederhana, maka adalah banyak duit simpanan, bolehlah bersedekah, pergi haji, sambut takazar ugama atau bantu orang lain, tapi puak puak bengong ni, menyusahkan orang kerana menyelenggara hidup lebih dari pendapatan sebab mereka berlagak bagus kerana memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care!

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)

1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.. dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari… nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah, tak payahlah nak berhutang dengan Along.. carilah jalan lain.. kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.. Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..

2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).. dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan. sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.. ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..

3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.. sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!

(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)
4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)

5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.. kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!

6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!! seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.

8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?” terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!

10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik? lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)

11. Takde akaun tabung haji.

Kitorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka… tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)

12. Mencuri
Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)! orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!

13.Mintak derma konon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!

14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.. bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”
Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!

15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.

16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…

17…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, aku mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 17 ada banyak lagi ilham datang, maka aku stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. aku dahaga..

Akhir kata:-

Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.. itu yang bengong!haih~ wallahua'lam
kredit:Kitab Hamka

Sunday, 13 June 2010

GOODLUCK EXAM SEMUA!!

Gambar-gambar berikut mengandungi isi kandungan yang sangat teramat ganas, bangang dan terencat. 
Don't ever eva dare to try this in exam hall!
Boleh gila kalau anak murid@anak aku sendiri jawab macamni!
p/s:Tetiba gua rasa cam pernah tulis surat "chenta" dekat pemeriksa exam paper!Gilosss!!haha

Sunday, 6 June 2010

Rangsang meRangsang

pix_middle


Tanpa memikirkan sensitiviti agama dan budaya Timur, ada wanita di negara ini, termasuk gadis Melayu beragama Islam, tergamak memakai pelbagai tatu di beberapa bahagian badan semata-mata mahu merangsang pasangan masing-masing ‘beraksi’ hebat di ranjang.
PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya. PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya.





PILIHAN...Liz Fysh menunjukkan tatu pada tubuhnya.

Walaupun bukan semua wanita menjadikan tatu sebagai perlambangan seks, sebahagian besar merasakan ia lebih kepada perkara terbabit. Ikuti pengakuan eksklusif beberapa wanita bertatu kepada wartawan Metro Ahad.

DALING, 26 (Kuala Lumpur)

“ADA pelanggan ‘menjilat’ tatu rama-rama di belakang badan saya kerana tidak dapat menahan nafsu ketika di ranjang. Malah, ramai beranggapan wanita bertatu adalah seksi dan berimaginasi tinggi ketika melakukan hubungan seks.

Sebagai pekerja pusat urut, bukan saya saja yang cacah lukisan di badan, malah rakan sekerja lain berbuat demikian bagi menarik perhatian lelaki.

Ada yang melukis tatu di badan, atas pinggul dan dada demi menarik perhatian ramai. Siapa tidak ghairah melihat tatu di dada perempuan, lebih-lebih lagi lelaki hidung belang.

Tidak kurang juga lelaki menganggap wanita bertatu mempunyai imaginasi tinggi berkaitan seks dan mampu meningkatkan nafsu pasangannya di ranjang. Malah, ada pula yang menyangka wanita bertatu mampu memberi khidmat seks ‘ganas’.

Begitupun, bagi pemakai tatu ia membawa makna berbeza. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya mendapatkan lukisan tatu ini pada hari lahir ke-21 sebagai lambang kebebasan melangkah alam remaja.

Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang dipenuhi dengan tatu corak lukisan di badan. Kebanyakan yang menjadi pilihan adalah lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu, kupu-kupu atau rama-rama merah.

Lambang ini sangat popular di kalangan peminat tatu. Jika dipakai di dada atau atas pinggul, personaliti mereka lebih ketara dan kelihatan seksi serta membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.”


LINDA, 24 (Kuala Lumpur)

“CACAHAN tatu berbentuk bunga ros di atas dada ini kerana saya terikut pengaruh rakan. Pada masa sama, saya rasa tatu ini boleh mengubah personaliti saya.

Rakan mengatakan saya nampak lebih menonjol dengan tatu ini. Walaupun sering memakai baju penuh menutup dada setiap kali berjalan di khalayak ramai, tetapi bila bersama teman lelaki ia menaikkan nafsunya.

Bayangkan saja, siapa tidak geram melihat lukisan bunga ros merah di atas dada yang putih? Pasti ini menaikkan nafsu lelaki yang memandang.

Namun, tidak semua wanita dan gadis bertatu mempunyai imaginasi tinggi dalam hubungan seks. Saya tidak menyukai seks ganas tetapi kawan saya menyukainya. Pada masa sama, teman lelaki turut meminta saya mendapatkan pelbagai lukisan tatu di badan.”


MAISARA, 23 (Pahang)

“SAYA memakai tatu sejak enam tahun lalu kerana permintaan teman lelaki berbangsa Cina, di samping sebagai tanda kesetiaan saya terhadapnya. Tatu itu saya pilih di pangkal payudara kanan dengan lambang sepasang sayap sebagai simbol kebebasan, selain sekuntum bunga di tengah sayap itu merujuk kepada diri saya.

Saya berbuat demikian selepas tamat persekolahan apabila bekerja sambilan di hotel dan tidak menetap bersama ibu bapa.

Semuanya bermula apabila saya berkenalan dengan teman lelaki yang juga ahli perniagaan di sebuah pusat karaoke di pusat bandar ketika saya masih di tingkatan empat.

Walaupun masih bersekolah, status sebagai pelajar tidak menghalang saya berkawan dengan teman lelaki sebelum kami menjadi pasangan kekasih sehingga sekarang.

Ketika di bangku sekolah, pergerakan saya keluar masuk rumah terbatas berikutan dikongkong oleh bapa yang tegas dan banyak mengenakan peraturan sendiri.

Apabila bersama teman lelaki, saya rasa hidup ini sangat bebas kerana dia berfikiran terbuka. Disebabkan itu, sebaik habis sekolah saya bekerja di hotel di Kuantan kerana ingin berdikari.

Keluarga saya bukan orang susah, kalau saya tidak bekerja pun mereka masih mampu menanggung saya. Namun, kerana desakan hidup yang tidak mahu dikongkong menyebabkan saya ingin segera keluar rumah.

Sejak bebas daripada kawalan keluarga, hidup saya semakin liar apabila kerap mengunjungi kelab malam dan minum arak serta berhibur hingga lewat pagi.

Saya juga tidak berfikir panjang apabila teman lelaki meminta saya memakai tatu kerana menurutnya ramai rakan wanita sebangsa dengannya memakai tatu.

Tambah lagi, kebanyakan rakan saya yang berpasangan dengan teman lelaki bukan Melayu memang memakai tatu atas permintaan pasangan masing-masing.”


NADIA, 26 (Kuala Lumpur)

“SEBILANGAN gadis bertatu beranggapan mereka berbuat demikian untuk bergaya, daya penarik dan ekspresi seks terhadap pasangan atau rakan, tetapi saya berpendapat sebaliknya.

Saya ada empat jenis tatu di pinggul, tubuh belakang serta kedua-dua belah bahu, dan setiap tatu ada maksud tersendiri.

Tiga daripada tatu itu adalah ayat suci al-Quran iaitu tulisan Bismillah pada bahu kiri dan kanan, serta satu bentuk tulisan kaligrafi daripada al-Quran.

Saya membuat tatu sedemikian kerana dibebani masalah peribadi, cinta dan kehidupan sosial yang pernah dilalui.

Waktu malam saya banyak habiskan di kelab malam, minum arak dan seks bebas. Saya sangat sosial dan banyak terjebak dengan pelbagai gejala tidak bermoral.

Apabila usia meningkat, saya semakin jemu dan tertekan dengan kehidupan. Saya juga sering jatuh sakit dan sejak itu terdetik hati membuat tatu (Bismillah dan ayat al-Quran) berkenaan di badan saya.

Orang mungkin tertanya-tanya mengapa saya menulis kalimah Bismillah pada bahu, tetapi saya menganggap ia bagai ‘pelindung’ diri.

Sebagai orang Islam, saya percaya setiap insan didampingi malaikat pada bahu kiri dan kanan untuk mencatat setiap kebaikan serta keburukan yang mereka lakukan.

Sebab itu saya terfikir meletakkan tatu berkenaan di bahu saya, ia sebagai tanda dan peringatan kepada saya untuk menghindarkan perkara tidak senonoh.

Sejak tatu ini ada di badan saya, hendak minum arak pun fikir dua tiga kali, apa lagi hendak melakukan hubungan seks. Itulah kebaikannya apabila tatu ini ada di badan saya.”


LIZ FYSH, 29 (Selangor)

“ADA empat tatu di tubuh dan semuanya mempunyai maksud berlainan. Paling istimewa adalah di lengan kiri kerana ia bertulisan Jepun dengan cacahan nama kedua-dua anak. Ia sebagai tanda kasih sayang terhadap mereka.

Saya bertatu bukan kerana suka-suka. Buktinya, saya ambil masa 10 tahun untuk berfikir sebelum membuat tatu pertama di tengkuk.

Selepas itu saya mencacah tatu kedua iaitu ‘Devlin Fish’. Tatu ketiga bersimbolkan ‘Pentagram’ dengan sedikit ubah suai mengikut cita rasa saya dan kerananya, saya memenangi pertandingan tatu setahun lalu. Sebagai hadiah kemenangan, saya diberi tatu percuma dan saya memilih cacahan nama anak bertulisan Jepun berkenaan.

Saya beranggapan tatu tidak semestinya lebih menjurus kepada perlambangan seks saja kerana ia bergantung kepada individu.

Saya merancang membuat tatu baru tetapi masih memikirkan simbol sesuai. Jika ada yang mahu bertatu, nasihat saya fikirkan sedalam-dalamnya kerana jika sudah dicacah, sukar membuangnya.”


NITA, 20 (Johor)

“LAMBANG tatu pari-pari bogel berwarna biru yang duduk di atas bulan sabit umpama magnet bagi saya untuk menggoda lelaki dan membuat mereka lebih mudah melekat.

Ia bermakna saya masih kesunyian dan ingin mencari teman lelaki istimewa.
Seperkara lain, lambang tatu dari Sepanyol pada lengan saya sangat bermakna kerana ia membolehkan saya mudah mesra dengan pelanggan dan sesuai dengan kerja saya di pusat hiburan di Johor Bahru.

Selepas memakai tatu, saya menerima tawaran daripada lebih ramai lelaki untuk menjadi teman sosial. Bagaimanapun, saya masih merahsiakan perbuatan itu daripada keluarga yang berasal dari kawasan kampung di Pontian kerana sedar perkara itu mungkin menyinggung perasaan mereka.

Pada awalnya, saya tidak dapat menahan kesakitan apabila tatu dilakar lebih enam jam di beberapa bahagian badan, termasuk di lengan kiri dan paha kiri, sehingga demam dua tiga hari.

Namun tidak disangka selepas memiliki tatu berkenaan sejak hampir dua bulan lalu, saham saya semakin meningkat di mana lebih ramai lelaki, termasuk pelancong Singapura, menunjukkan minat untuk berkenalan.

Malah, saya dibawa melancong ke luar negara oleh beberapa pelanggan yang menganggap saya gadis berfikiran terbuka dan moden.”
KI:Renung-renungkanlah.Jangan sampai tersilap langkah.

Saturday, 29 May 2010

Tata-Sussy-Laa

Adakah pengecualian terhadap tatasusila dan adab yang baik?

Secara umum, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, dengan pelbagai adat resam serta latarbelakang budaya merupakan masyarakat yang amat kuat dengan pegangan budaya dan adat resam kaum masing-masing.

Di dalam aspek budaya, kita tidak nafikan bahawasanya secara umum, semua kita, sama ada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli mahupun ras dan suku kaum lain sememangnya diajar dengan adab sopan dan susila yang baik sejak kecil lagi.

Nilai-nilai murni seperti menghormati tetamu, orang yang lebih tua serta jiran tetangga merupakan nilai-nilai universal dalam skop adat resam serta amalan kebudayaan mahupun keagamaan setiap kaum.
Masyarakat Melayu misalnya berpaksikan kepada Islam sebagai tanda aras adat resam dan budayanya sememangnya mementingkan adab sopan atas dasar yang mana junjungan besar Islam Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda dengan membawa maksud: "Sesungguhnya Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia di kalangan manusia."

Dan sememangnya mesej ini serta prinsipnya menjadi amalan di kalangan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Di kalangan masyarakat lain di dalam negara kita ini juga, masing-masing juga turut mempunyai adat resam, tatasusila dan budaya yang tentunya menjurus ke arah ahli masyarakat itu melaksanakan kebaikan dan menghindar keburukan bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk sekelian anggota masyarakat.

Secara umumnya, nilai-nilai murni ini sememangnya menjadi amalan segenap masyarakat kita, dan saya merasakan ia adalah antara faktor utama yang menyebabkan negara kita, yang pelbagai kaum, bangsa dan fahaman serta latar belakang sosio-ekonomi serta berbekal dengan kestablilan politik yang ada mampu hidup dalam keadaan yang aman, damai dan makmur.

Toleh sahaja ke utara dan mungkin permasalahan yang berlaku di Bangkok ketika ini boleh menjadi iktibar.
Namun, apa yang saya kesalkan adalah; walaupun kita sebagai masyarakat yang berbilang kaum ini sejak kecil lagi dididik dengan nilai - nilai universal yang baik melalui peradaban bangsa dan kaum kita sendiri seperti hormat-menghormati, semangat kejiranan serta adab pertuturan dan resam yang tinggi, saya dapati terdapat beberapa situasi yang mana masyarakat kita “mengecualikan” amalan-amalan serta sikap - sikap baik ini.

Friday, 14 May 2010

Selingkuh?? NEHii!!

Memaafkan pasangan yang melakukan kecurangan sememangnya bukan perkara senang. Kemarahan dan sakit hati akan menguasai perasaan setelah mendengar pengkhianatan cintanya.
Perlu komitmen ulang dengan pasangan agar bisa menyembuhkan diri dan mempertahankan pernikahan yang terbentur perselingkuhan. Lakukan beberapa langkah dengan kepala dingin untuk menata kembali rumah tangga Anda.
1. Ajukan pertanyaan yang ingin Anda ketahui
Wajar jika Anda ingin mengorek detail perselingkuhannya. Seperti, seberapa sering bertemu? Sejak bila? Apakah melibatkan tindakan seksual? Di mana? Berapa kali? Berapa banyak duit yang dihabiskan? Siapa yang mengetahui perselingkuhannya? dan sebagainya.
Anda juga pasti curious dengan penyebab pasangan berselingkuh. Selain membuat lega hati, pertanyaan-pertanyaan tersebut bisa mengungkap celah kelemahan yang tersembunyi dalam hubungan pernikahan Anda selama ini.
2. Seimbangkan kemarahan dan keinginan memperoleh informasi
Wajar memang mengungkapkan kemarahan dan mengamuk karena ulahnya. Namun, semua perlu dikendalikan agar pasangan terbuka menceritakan semuanya. Terus menyerang pasangan yang sedang mengakui kesalahannya hanya akan membuatnya takut dan menghilangkan banyak informasi.
Menurut Peggy Vaughan, pengarang 'The Monogamy Myth: A Personal Handbook for Recovering from Affairs', saat telah memperoleh informasi dan fakta kecurangan yang dilakukan pasangan, Anda tidak akan terobsesi lagi untuk mengetahuinya.
3. Tetapkan waktu untuk membicarakan perselingkuhannya
Jangan biarkan perselingkuhan mengambil alih kehidupan rumah tangga hubungan kalian. Batasi pembicaraan mengenai topik tersebut 15 hingga 30 menit. Jangan biarkan pertanyaan berubah menjadi ajang pergustian kebencian bagi kalian berdua. Hal penting lainnya, jangan menyimpan kekhawatiran dalam hati. Bicarakanlah apa yang ingin Anda tanyakan.
4. Fokus
Pasangan yang berkekasehgelapan mungkin akan berdalih pengkhianatannya karena merasa marah atau balik menuduh Anda yang berkhianat. Tetap tenang dan fokus saat membicarakan perselingkuhannya.
5. Ungkapkan perasaan
Diskusikan keraguan, kekecewaan, kemarahan, kesedihan, perasaan dikhianati dan ditinggalkan akibat perselingkuhannya. Sebagai mitra yang ingin memperbaiki hubungan, kalian perlu saling membuka diri dan membangun kembali keintiman.
6. Jangan mudah memaafkan
Sebelum memaafkan perbuatannya, Anda harus bergulat dengan kemarahan dan rasa sakit. Setelah berhasil mengontrolnya, barulah membangun kembali kepercayaan kepadanya.
7. Cari dukungan
Keluarga, teman dan kelompok yang bisa diajak berbagi membantu menghilangkan rasa tidak berdaya dan mengurangi perasaan terisolasi yang Anda alami.
8. Luangkan waktu bersama tanpa membicarakan kekasihgelapan.
Habiskan waktu yang romantis untuk mengenang masa-masa menyenangkan bersama pasangan tanpa melibatkan pembicaraan tentang perselingkuhan. Kunjungilah tempat-tempat yang berarti khusus bagi kalian berdua.
9. Memaafkan saat benar-benar dah siap
Anda tidak akan pernah melupakan perselingkuhan yang pernah dilakukan pasangan. Tetapi, kenangan menyakitkan itu akan pudar seiring berjalannya waktu. Memaafkan pasangan akan membantu mengurangi rasa sakit dan berdamai dengan pasangan.
Anda harus benar-benar siap saat mengambil keputusan memaafkan perbuatannya. Lepaskan semua perasaan negatif apabila pasangan telah jujur dan melakukan semua hal untuk mendapatkan kembali kepercayaan Anda.

Wednesday, 12 May 2010

[wahabi XII] Takut Hantu Wahabi!

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber :
MINDA TAJDID
Ada beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.
Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.
Namun persoalan yang besar yang sering ditimbulkan ‘siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?”. Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengistiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: “I am France and France is me”.
Maka ramailah orang mendakwa Ahlus Sunnah wal Jama’ah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu Ahlus Sunnah wal Jama’ah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya. Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri.
Sehingga kelompok tarekat yang sering mencetuskan dakwaan berbagai-bagai termasuk konsep ‘wahdatul ujud’ (kesatuan tuhan dengan makhluk) yang dilaungkan oleh Ibn ‘Arabi juga mendakwa mereka Ahlus Sunnah wal Jama’ah.


Lebih sedih lagi, ada yang mendakwa “Ahlus Sunnah hanya yang ikut mazhab Syafi’e”. Kalau demikian, habislah terkeluar imam-imam lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah!.

Sehinggakan mereka yang tidak qunut pun dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Maka barangkali tiga perempat dari umat Islam ini terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Padahal istilah Sunnah di sini merujuk Sunnah Nabi s.a.w yang merangkumi penghayatan al-Quran dan sunnah, maka ahli sunnah ialah mereka yang menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jama’ah merujuk kepada para sahabat Nabi s.a.w dalam ertikata lain menghayati al-Quran dan Sunnah seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu para sahabat. Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pegangan mereka sementara penghayatan para sahabah adalah panduan mereka, maka mereka adalah Ahlus sunnah wal Jama’ah (lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).

Maka dengan itu berbagai mazhab fekah sekalipun ada perbezaan pandangan mereka tidak dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini seperti kata ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): “Maka termasuk dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi’i, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida’ah ahli hawa nafsu dan sesat” (al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Jika kita lihat di sini, Mazhab Zahiri yang hanya berpegang kepada zahir nas sahaja dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah, apakah tidak qunut, letak tangan atas dada ketika solat, tidak berwirid beramai-ramai selepas selepas solat terkeluar dari Ahlus Sunnah?!

Lihatlah, wakil JAIS dalam temubual Utusan menyebut antara ciri sesat itu mereka yang membicarakan pecahan tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma dan Sifat. Namun dalam ciri-ciri Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang dikeluarkan oleh WAMY, bahkan sukatan UIA, sukatan sekolah negara kita dan kebanyakan universiti di dunia ini, itulah ciri manhaj kefahaman tauhid Ahlus Sunnah yang diajar.

Sejak saya sekolah rendah, dalam usrah, dalam buku akidah Presiden PAS, dalam buku sekolah Kerajaan UMNO dan di negara-negara Arab, di UK, US dan Eropah itulah bentuk perbahasan akidah Ahlus Sunnah yang diajar.

Hari ini wakil JAIS dalam temubualnya dengan Utusan menyatakan itu bukan akidah akidah Ahlus Sunnah bahkan dikaitkan dengan akidah penyembah berhala. Akhirnya, dikaitkan dengan wahabi. Kalau begitu telah lamalah kita semua wahabi.

Saya amat dukacita, jika golongan agama itu suka menjadikan senjata kafir mengkafir, sesat menyesat sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan dan diri, akhirnya umat yang musnah. Izinkan sekali lagi saya menyebut perkataan Prof Hamka: “Kadang-kala dikatakan Kaum Muda tidak hormat kepada ulama. Padahal yang mereka katakan ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah”. (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 66).

Daripada cerita tauliah pergi ke cerita wahabi. Setiap yang berbeza pendapat dengan mereka yang memegang kuasa agama dilebelkan wahabi.

Minggu lepas Pengarah Jais menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Dalam keadaan ramai bukan muslim salah faham terhadap Islam, fatwa seperti ini dikeluarkan.

Padahal pada zaman Nabi s.a.w para perwakilan muslim dan bukan muslim samada Yahudi, Kristian dan selain mereka masuk berjumpa Nabi s.a.w dalam masjid. Mereka memahami Islam dari masjid dan berurusan dengan kerajaan Islam dalam masjid. Ini disebut dalam banyak hadis.

Jika Pengarah JAIS itu memilih pendapat yang saya anggap tidak kukuh dan merugikan Islam di Malaysia dan saya memilih pendapat para ulama yang menyatakan bukan muslim boleh masuk ke masjid jika ada keperluan, adakah saya telah menjadi wahabi dan sesat? Apakah pula jika satu hari Allah takdirkan saya berada di tampok kuasa, maka pendapat beliau pula akan dihukum wahabi dan sesat?! Rosaklah agama jika menjadi mainan hawa nafsu dan kepentingan!

Saya bukan peminat karangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1115H). Saya suka dengan Dr Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan jiwanya begitu dekat Ibn Taimiyyah (meninggal 728H). Begitulah juga saya. Namun saya sama sekali tidak dapat menerima tabiat suka mengkafir dan menyesatkan tokoh ilmuwan seperti yang berlaku sekarang ini. Jika saya tidak bermazhab Maliki, saya tetap membantah mereka yang menghina al-Imam Malik bin Anas, kerana seorang muslim wajib membela muslim lain yang dizalimi, apatah lagi tokoh ilmuwan.

Sekalipun saya bukan pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca, dikafirkan dan dihina. Apatahlagi, kesannya besar. Mereka yang membangkitkan isu kafir dan sesat wahabi ini akan mengheret Negara Arab Saudi secara khusus dan beberapa negara Arab lain sebagai sesat dan mungkin kafir. Mereka ini ada agenda yang tersendiri, yang berpusat di Lubnan dan ada agen-agennya sudah sampai ke negara ini. Rancangan menghidupkan kafir mengkafir sesama umat. Ini akan dihuraikan dalam tulisan akan datang.

Baru-baru ini UIA meraikan kedatangan tokoh ilmuwan terkenal ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki , Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah.

Tokoh ini dalam tulisannya Mujmal I’tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut: “Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat” (m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah).

Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: « Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah).

Seorang lagi tokoh fekah yang terkenal di zaman ini, yang banyak pandangannya dirujuk, Dr Wahhab al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung

(maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85)

, bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Sekali lagi, seperti yang pernah saya tanya dahulu, apakah mereka semuanya wahabi kerana memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Apakah mereka jika berceramah di negara ini akan ditanggap kerana tiada tauliah dan tauliah pun tidak boleh diberikan kepada mereka kerana mereka ada unsur wahabi ?!

Dalam sejarah, akibat permainan golongan agama seperti ini al-Imam Ahmad bin Hanbal pernah dijatuhkan hukuman oleh ulama pemerintah pada zamannya, al-Imam al-Bukhari juga sama. Wahabi telah menjelma bagaikan istilah hantu yang digunakan oleh orang tua-tua dulu untuk menakutkan budak-budak.

Maka, tidak pentinglah samada hantu itu wujud atau tidak di situ, tidaklah penting samada orang tua-tua itu pernah melihatnya atau tidak, tidaklah penting apa rupanya, yang penting kanak-kanak menjadi takut dan orang tua-tua dapat duduk selesa bersembang di meja kopi dengan gelak ketawa sampai ke pagi.

Thursday, 6 May 2010

[wahabi XI] Golongan Muda dan Golongan Tua

Islam adalah umat yang satu.

Kita dituntut untuk bersatu padu , bukan berpecah belah.

Oleh itu, kita perlu memahamai antara satu sama lain dan seterusnya berikhtiar agar permasalahan komunikasi antara golongan/puak dalam umat Islam itu dapat dikendurkan.

Dengan cara ini, peluang untuk menyatukan semua kumpulan yang wujud lebih berkemungkinan sehingga sesuai dengan firman Tuhan yang mengatakan umat Islam adalah umat yg satu.

Antara golongan yang sentiasa mencurigai antara satu sama lain ialah golongan muda dan golongan tua.

Kaum Muda yang di namakan juga ‘salafi', ‘tajdid', ‘sunnah' atau dicop juga sebagai ‘wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.

Kaum Tua atau dikenali sebagai ‘Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak ‘alim.

Ustaz zaharuddin menasihatkan golongan ilmuan muda agar memerhati beberapa perkara berikut:

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik

b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.

c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.

d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-‘Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie.

e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini.

Marilah kita sama-sama berusaha agar jurang perbedaan antara kumpulan dapat diperbaiki sehingga masing-masing kumpulan memahami antaara satu sama lain.

Sunday, 2 May 2010

[wahabi X] SUKA DUKA AL-IMAM QARDHAWI DIGELAR WAHABI

Oleh : Yussamir Yusof
Sumber: www.yussamir.com
Meninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah, membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani pada zaman ini. 

Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata, “Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”
Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam dunia politik Islam. 

Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, beliau digelar oleh gurunya dengan gelaran Wahabi!
Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.

Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ii dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakana kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu.

Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya(pembaharuan) terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau. Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qoyim yang sinonim dengan gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah.

Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh ini.

Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab, seorang tokoh islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh al-Auliyat (Feqah keutamaan) , “Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.”

Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini.

Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “hai orang-orang yang beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”

Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.”

“Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada tahun 1958)

Friday, 30 April 2010

[wahabi IX] Wahabi: Istilah Yang Ditakuti!

Antara ketakutan dalam diri manusia adalah apabila dia diberikan suatu gelaran yang membawa maksud yang buruk dalam masyarakat, ‘Wahabi’ merupakan contoh gelaran yang ditakuti apabila seseorang itu berada di dalam lapangan agama. Masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya memahami istilah Wahabi ini merujuk kepada segelintir golongan umat Islam yang mempunyai tafsiran dan pemahaman yang berbeza mengenai soal ibadat. Contohnya, apabila seseorang itu tidak membaca doa Qunut ketika solat subuh, maka dia akan dituduh sebagai penganut fahaman Wahabi. Begitu juga jika seseorang itu menolak mengadakan majlis kenduri arwah, maka dia juga akan dituduh sebagai Wahabi. Secara ringkasnya, apa sahaja pandangan atau pendapat yang melawan arus pemikiran perdana umat islam di Malaysia, maka berkemungkinan besar si pembawa idea atau pendapat itu akan digelarkan sebagai Wahabi. Persepsi ini merupakan satu stigma pemikiran yang yang telah lama mendominasi pemikiran tradisionalis umat Islam di Malaysia. Penulisan ringkas ini tidak menjuruskan benar atau salah fahaman ini, namun sekadar santapan ringkas agar ilmu dan pemahaman dapat diluaskan.

Gelaran Wahabi sebenarnya disandarkan kepada seorang tokoh agama yang bernama Muhammad Ibn Abdul Wahab. Di zamannya, Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab merupakan seorang yang tegas dalam membersihkan akidah umat islam yang mana ketika itu dicemari dengan pelbagai unsur-unsur inovasi dalam agama seperti pemujaan kubur alim ulama’ dan pembinaan di atas kuburan. Kebanyakan tanggapan mendakwa fahaman ini mendukung idea dan perjuangan Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dalam membersihkan akidah umat Islam. Sewajarnya, jika gelaran wahabi ingin disandarkan kepada Sheikh ini, ia sepatutnya menggunakan gelaran ‘Muhammadiyyah’. Namun musuh-musuh Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab sengaja menggunakan istilah Wahabi untuk mengaitkan diri Sheikh itu dengan fahaman Khawarij yang mendakwa orang Islam sebagai murtad jika melakukan dosa. Namun hal ini telah dinafikan olehnya dalam surat yang ditulis kepada penduduk Qassim, ‘saya tidak pandang mana-mana orang Islam sebagai kafir kerana dosa mereka, dan saya juga tidak mengeluarkannya dari agama Islam.’ (ruj: Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life & The Essence of His Call, Prof Sulaiman Ibn Abdurrahman Al-Huqaily, edisi terjemahan oleh Hamidun Abdullah untuk Institute As-Sunnah, Perlis) Sebenarnya, terdapat banyak tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada tokoh ini sehingga menjadikan gelaran Wahabi sebagai satu istilah yang ditakuti, namun kebanyakkan tuduhan itu telah pun dijawab dengan ilmiah. Walaupun berlaku banyak fitnah terhadap dirinya, namun sumbangan besarnya dalam bidang akidah tetap dihargai oleh ramai ulama’ dunia seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sayyid Muhammad Rashid Ridha, Sheikh Ali Tantawi dan lain-lain ulama’ besar dunia. Memetik kata-kata Al-Qardhawi ‘Prioritas dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mempraktekkannya dalam rangka menghancurkan berbagai fenomena kemusyrikan.’ (ruj: Fiqh Aulawiyyat, Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Realiti yang berlaku di dunia Islam, kebanyakkan pemikiran tradisionalis menganggap fahaman Wahabi ini sebagai unsur yang menyimpang di dalam Islam. Dukacita juga sebahagian dari mereka meletakkan fahaman ini sebagai terkeluar daripada Ahlul Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Majoriti yang menjadi pemikir seperti ini hanyalah merupakan mangsa kepada keadaan yang telah membutakan mereka kepada kefahaman yang rigid. Mereka menganggap, apa sahaja yang bercanggah dengan nilai mazhab Syafie mengikut kefahaman mereka, nilai itu akan dianggap sebagai tertolak walaupun ia masih berlegar dalam ruang ASWJ. Oleh itu, sebarang usaha tajdid untuk memberikan satu sudut pandang yang berbeza terhadap Islam, maka kadangkala ia akan ditolak secara mentah dengan beralasan pandangan itu sebagai pegangan fahaman Wahabi. Al-Qardhawi mengulas mengenai isu takut kepada usaha tajdid, katanya ‘Inilah satu titik lemah dalam pergerakan Islam. Ia takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan (tajdid), tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.’ (ruj: Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa kini, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Di Malaysia, golongan yang mendukung fahaman Wahabi ini lebih gemar jika ia digelarkan sebagai Salafi, Pro-tajdid atau pendukung Sunnah. Mereka ingin membawa satu kaca mata yang lebih besar terhadap fahaman ini dengan menekankan pemahaman Islam menurut manhaj para Salaf. Al-Salaf memiliki erti orang-orang yang mendahului dari bapak-bapakmu dan kaum kerabatmu yang mereka di atasmu dalam hal usia dan keutamaan..... Rasulullah, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka adalah salaful ummah (pendahulu ummat), dan siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka juga salaful ummah. Serta siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, maka mereka berada si atas manhaj as-Salaf ash-Sholih. (ruj: Studi Ringkas Tentang Manhaj Salaf, Sheikh Abdul Qadir Al-Arna’uth) Manhaj ini menurut mereka tidak membataskan pemikiran dengan lingkungan mazhab semata, tetapi keluasan pemikiran berpandungan Quran dan As-Sunnah yang soheh. Oleh sebab itu, masyarakat Islam tradisionalis menganggap mereka sebagai bermasalah apabila ada ibadah atau adat yang ditentang oleh pendukung fahaman ini kerana menurut mereka tidak menurut syariat Islam yang sebenar. Hal ini telah menyebabkan berlakulah pertempuran yang berlarutan sekian lama yang mungkin dikenali di Malaysia sebagai ‘kaum muda vs kaum tua’.

Namun begitu, fahaman Salafi di Malaysia masih boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan menurut pengamatan Ustaz Zaharuddin. Kumpulan pertama ialah yang ekstrem lagi keras dan tegas, kedua pula yang Sederhana (moderate), manakala Ketiga iaitu yang lebih lembut dan toleran (Mild). (ruj: Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) Mungkin pendekatan kumpulan pertama iaitu yang bersifat sedikit keras dan ekstrem telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut masyarakat Islam di Malaysia yang mana rata-rata pemahamannya mengenai ilmu Islam hanyalah pada peringkat asas. Pendekatan bagi kumpulan dua dan tiga kelihatan agak berjaya apabila dapat mempengaruhi sebahagian besar golongan pelajar di universiti dan pekerja profesional. Perkembangan aliran Salaf ini mendapat tentangan agak hebat daripada golongan yang memegang kuasa agama apabila terdapat beberapa tokoh yang didakwa mendukung fahaman Wahabi dilarang memberikan ceramah dibeberapa buah negeri. Terdapat juga pelbagai forum yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu yang mana bertujuan menerangkan tentang bahaya pemikiran Wahabi yang semakin menular di dalam Malaysia.

Isu wahabi sebenarnya merupakan masalah persepsi umat Islam yang mana telah digambarkan dengan pelbagai fakta yang dangkal dan tidak benar mengenai fahaman ini. Umat islam di Malaysia perlu diberikan ruang kepada pemikiran yang lebih luas terhadap Islam. Jika suatu pemikiran itu dangkal dan tidak benar, secara automatis pemikiran itu akan berkubur dan tidak mendapat tempat. Masyarakat Islam semakin bijak dalam penilaian, berikan mereka ruang untuk menilai setiap hujah dan fakta mengenai agamanya. Perkara yang terpenting dalam hal ini, kita sewajarnya tidak sesekali mengeluarkan mereka daripada keluarga Islam ASWJ. ‘Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil, Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah. Mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama seperti sebahagian mereka.....’ (ruj: Isu Wahabiyyah: Menangani Secara Realiti, Jurnal Penyelidikan Islam bil 19 2006M, Mohd Aizam bin Mas’od, JAKIM)

Oleh: Ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com

Recipe for 'sleepless nights'


By FARIDAH BEGUM
FORGET Viagra.

Try this natural home-made recipe which has almonds and honey among its ingredients.

The simple-to-brew drink is said to be more effective. And it costs a fraction of the blue pill.

Women can also have it but be warned. This is really potent and it may cause you sleepless nights (wink, wink).
Recipe:

200ml milk (fresh, UHT, anything)
6 almonds or 1 tablespoon ground almonds (skinned and pounded or ground – if you want a quick fix, then buy ground almonds from the store)
1 egg (preferably free range eggs or ayam kampung eggs – must be fresh)
1 tablespoon honey (Tualang honey is very good!)
Heat the milk up until it is warm. In a blender, blend all the ingredients together for a minute and ENJOY!

Saturday, 24 April 2010

[wahabi VIII] Jangan Mudah Menuduh Orang Wahabi!

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Sumber: http://drmaza.com

Ketika saya dihubungi agar mengulas tentang satu gerakan yang suka menuduh orang lain wahhabi, saya pada mulanya malas nak campur. Di kala negara sedang gelut dengan krisis yang berbagai, ada juga puak yang sibuk wahabi-mewahabi orang lain. Apatah lagi, saya pun dah lama tidak berfikir tentang isu tersebut kerana sibuk dengan isu-isu yang lebih bersifat nasional dan sejagat.

Sebenarnnya, di negara kita kini sedang muncul satu golongan yang menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash. Puak ini berpusat di Lubnan dan mempengaruhi sesetengah pelajar kita di sana juga yang di tempat lain. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas dan pengikut mereka yang berketurunan Habsyi Afrika. Guru mereka ialah Abdullah al-Harari. Seorang yang terkenal suka mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Dia sentiasa mendakwa bahawa hanya dirinya Ahlussunnah wal Jamaah dan bermazhab Syafi’i. Sesiapa yang tidak bersependapat dengannya itu sesat, atau kafir atau wahhabi. Hasilnya berlakulah pembunuhan dan rusuhan. Mereka telah mengkafirkan ulama-ulama terdahulu seperti al-Imam Ibn Taimiyyah, al-Imam Ibn Qayyim, al-Imam al-Zahabi, al-Imam Ibn Kathir, Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain. Ulama semasa yang dikafirkan oleh mereka termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Sayyid Sabiq, Sayyid Qutb, al-Albani, Mufti Lubnan Hasan Khalid lain-lain. Sesiapa yang berminat mereka boleh layari http://bankahbash.blogspot.com untuk mengetahui sikap ektremis golongan ini.

Di Malaysia, mereka mula menyerap dalam sesetengah pihak berkuasa agama di negeri-negeri tertentu. Mereka menganjurkan program-program atas nama Ahlussunnah wal Jamaah. Isi kandungannya adalah menuduh sesiapa yang tidak sebulu dengan mereka sebagai wahhabi. Slogan mereka sama, sesiapa yang memberikan pendapat yang tidak sama dengan mereka maka dia sesat atau wahhabi. Cara kebetulan pula pandangan sesetengah golongan pembaharuan memang ada perbezaan dengan pandangan agamawan tempatan. Namun, itu bukan kesalahan dan baru. Dahulu pun dalam negara ini ada gerakan kaum muda seperti Za’ba, Syed Syeikh al-Hadi, Burhanudin al-Helmi, Abu Bakar al-Baqir dan selain mereka yang memang diiktiraf sumbangan mereka dalam pembaharuan dan kemerdekaan. Walaupun ada tentangan terhadap kaum muda dari kelompok konservertif tradisionalis melayu, namun buku-buku sejarah yang jujur terus mengiktiraf sumbangan kaum muda kepada pendidikan, perjuangan hak wanita, kemajuan pemikiran, pembebasan dari kejumudan dan seumpamanya.

Namun hari ini puak Ahbash yang muncul dan menyelinap masuk dalam masyarakat kita cuba membangkit perkara-perkara perbezaan ini sehingga ke peringkat kafir mengkafir. Kata mereka golongan pembaharuan menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Padahal jika mereka jujur, perpecahan yang sebenar dalam masyarakat melayu sekarang adalah dalam isu-isu politik, bukan isu kenduri arwah, tol orang mati dan joget tarekat yang dipertahankan oleh mereka. Untuk menarik minat masyarakat, mereka menuduh sesiapa sahaja yang memberikan pandangan berbeza itu sebagai wahhabi dan ektremis. Padahal, golongan Ahbash ini menyimpan racun mereka dan menunggu hari untuk dikeluarkan. Tidak hairan jika beberapa pembunuhan di Lubnan dikaitkan dengan mereka dan ramai tokoh yang menganggap mereka mempunyai hubungan dengan CIA. Sebab itu kita melihat pendekatan Ahbash ini ada ala-ala Amerika. Jika Amerika yang mengganas di negara orang, menuduh orang lain pengganas, demikian puak Ahbash ini yang suka mengkafirkan orang lain, tetapi menuduh orang lain pula mengkafirkan dan menumpahkan darah. Maka tidaklah pelik jika guru Ahbash itu digelar al-fattan atau pencetus fitnah.

Di samping, kita juga tidak menafikan, wujudkan segelintir kelompok yang menyandarkan diri kepada salafi kadang-kala ada ciri-ciri agak keras dalam berinteraksi dengan amalan tradisi tempatan atau menimbul beberapa pendapat yang tidak wajar dibesar-besarkan. Saya sendiri kurang bersetuju untuk terlalu bertegas dalam perkara-perkara yang diizinkan syarak untuk kita berbeza pendapat. Namun, kesilapan mereka itu hanya pada pendekatan dan pemilihan keutamaan. Tidak sepatutnya untuk mereka dihukum sesat atau dikafirkan oleh kelompok Ahbash ini.

Namun, jarum Ahbash ini nampaknya ada juga yang terpengaruh lalu menuduh sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan mereka sebagai wahhabi. Padahal, jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Mereka pun tak pasti dan berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga tidak qunut subuh. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi? Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa Allah, tahmid bermaksud Alhamd li Allah, tasbih bermaksud subhana Allah. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi yang dituduh wahhabi itu menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Ramai yang tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Mungkin yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fekah yang ulung. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadis, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak tegas. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Aulawiyyat memuji Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, dengan berkata:

“Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik.
(m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir)

Juga tokoh ahli fekah terkenal, Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut:

“Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..”
(Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Ramai lagi tokoh-tokoh lain yang memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai itu patut dituduh wahabi?!!!.

Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

“Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”
(1/263, Damsyik: Dar al-Qalam)

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab:

“(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34).

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut:

“Maka bid'ah yang tidak elok” (7/130).

Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Apabila ada yang memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “dia wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.
( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha).

Apakah beliau juga wahabi?!!

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi'i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata:

“Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a adalah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”.
(Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:

“adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai”
(Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr).

Tentu jika mereka masih hidup akan dituduh wahabi!

Bahkan jika al-Imam al-Syafi’i masih hidup pun mungkin dia dituduh wahhabi. Apa tidaknya dalam kitabnya al-Umm disebut:

“Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir-pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan"
(al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: Al-Umm, 1/353 Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).

Tidakkah itu berbeza dengan amalan orang melayu. Ada kata golongan wahhabi tidak mewajibkan terikat dengan sesuatu mazhab. Saya kata kalau begitu haramkanlah buku Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Abd al-Karim Zaidan dan berbagai tokoh ulama antarabangsa yang lain dari disebarkan di Malaysia ini. Sebab mereka ini yang tidak mewajibkan terikat dengan satu-satu mazhab. Lihat apa kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Maka al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang Allah ta’ala tidak wajibkan. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu”.
(Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah)

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Ramai pendakwah yang menjadi mangsa akhlak buruk ini. Kita juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai nama pihak berkuasa agama. Namun saya katakan kepada para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi'i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan.

Wahai mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa bukti. Berhentilah, banyak kerja lain yang patut kita buat. Jangan jumud. Sekarang dunia moden, banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan beberapa clik di hadapan internet. Jika kita tidak larat fikir, jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan Islam itu dengan mengizin keperbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu. Bukan yang suka mengkafirkan orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana tidak berkenan di hati.