I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 28 January 2011

::Sayang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.


Riwayat at-Tabrani 
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim 

Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat dan antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

  • Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
  • Melalui sentuhan yang lemah lembut.
  • Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
Tapi pabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat. Owh.. Sayangnya

Friday, 21 January 2011

Satu Perjuangan::

Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.”

 
(Muslim) 
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam. Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218) 
Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100) 
Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)

Saturday, 15 January 2011

::Kesabaran Allah SWT::

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.” 
(Muslim)


Nikmat Allah S.W.T maha luas dan tiada sesiapapun dapat menyekatnya. Allah juga Maha Sabar dalam setiap urusan-Nya. Manusia yang dijadikan oleh Allah adalah makhluk yang diamanahkan untuk menggunakan nikmat yang diperolehi itu untuk keperluan mendekatkan diri kepada-Nya. Namun begitu ada juga golongan manusia yang menggunakan nikmat Allah tetapi dalam masa yang sama mereka semakin jauh daripada Allah S.W.T. Hal ini terjadi kerana hati mereka telah mati lantaran nikmat itu diguna atau disalurkan kepada perkara-perkara mungkar termasuklah golongan yang syirik atau kafir yang seolah-olah nikmat itu tidak disedari oleh mereka dan akhirnya menjadikan mereka semakin sesat dan melupakan Allah. 
Bagi orang yang kufur tetapi mendapat keistimewaan atau nikmat yang lebih ini mereka dikatakan mendapat istidraj iaitu pemberian nikmat Allah yang besar tetapi pemberian itu tidak diredhai-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Manusia yang mendapat istidraj adalah manusia yang lupa daratan. 
Maka apakah ertinya hidup ini jika mendapat seribu macam nikmat seperti kaya, berkuasa dan sebagainya tetapi sama sekali tidak diberkati malah dibenci oleh Allah S.W.T. Sepatutnya orang-orang yang kaya dengan berbagai nikmat hendaklah mengunakan nikmat Allah itu untuk kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah agar hidup mereka diredhai Allah bahkan itulah sifat makhluk yang benar-benar bersyukur. 
Selamat beramal...

Monday, 10 January 2011

Tahlilan

Aku mempunyai satu perangai buruk, iaitu:-

Tak suka pergi tahlil di rumah orang yang aku tak kenal..

Walaupun aku di jemput, errr, maksud aku jemputan secara umum di masjid-surau yang di iklankan sebaik imam mengaminkan doa selepas solat isyak.

Biasanya member aku si A pantas dalam bab-bab camni, sebelum solat isyak lagi dia dah bisik-bisik aku, “Malam – Ini – Ada - Tahlil.”
Empat patah perkataan itu akan membuakan aku terus blah sebaik sahaja encik imam bagi salam, aku dan si A ke belakang, buat solat sunat sikit, dan ketika iman berdoa dan salam pusing, aku dan si A telah lesap dari pandangan mata mereka.. woha!

Dan yang paling penting, ketika IKLAN di buat, aku telah berada jauh dari tapak pengiklanan tersebut.. itu yang penting! Satu kaedah yang sah di guna pakai oleh aku dengan alasan tak wajib pergi kerana aku tak di jemput (atau aku tak dengar jemputan)

Dulu masa aku budak kecik dan miskin, aku pernah bagi ‘wasiat’ kat mak aku supaya kematianku kelak, tak perlu buat tahlil, mak aku marah aku:

‘kau dah mati, lantak mak lah nak buat ke tak!”

Hampeh...
errr, ada tak orang hidang mee magee 3 malam sepanjang tahlil..

Baiklah, Untuk korang yang baru masuk islam dan tak tahu apa itu tahlil, dalam masyarakat melayu, lepas orang tu jadi mayat, maka akan di adakan majlis zikir dan berdoa untuk si mayat, lepas tu ada makan-makan, biasa malam pertama mee goreng, malam last baru best makan nasi berlauk special, woha!

Namun amalan ni nabi tak buat, dan aku bukan nak tulis pasal hokum, pasal bidaah dan fatwa, aku just nak cerita sebuah pengalaman di sebalik tahlil, sebelum tu aku nak jawab:

Kenapa aku tak suka pergi tahlil?
Korang sebenarnya kena sangka baik dengan aku.., aku mungkin ada kerja sekolah yang belum siap, (jika aku seorang pelajar) yang mana aku kena hantar esok, deadline besok sebelum subuh.., karang aku kena tampar oleh guru dan masuk dalam paper muka depan kerana balas balik serangan tu.. tak ke haru?

Atau mungkin perut aku sakit, kena balik cepat, sebelum bontot aku pecah dalam surau dan menyusahkan tok siak kerana mengotorkan karpet.. (ramai orang tak suka melengahkan berak, tapi suka melengahkan solat..hampeh!)

Atau mungkin bini aku nak bersalin, atau kami baru nak cari perfect timing untuk dapat anak pada tarikh lahir pada 12 hb 12, 2012 misalnya? Mana korang nak tau kan..?

Apa-apalah!

Tapi yang pastinya, alasan utama adalah sebab aku tak kenal akan si mayat tu, termasuk keluarganya, kalau aku kenal, insyAllah, aku datang demi hubungan sesama islam (iqram)

Lagi pulak, aku la ni diet malam, kononnya tak nak makan malam, al maklumlah, badan aku gemok semacam, badan bertambah luas dengan kehodohan, betis macam tiang bank, perut buncit labuh ke lutut, bulu kaki semakin jarang, maka demi masa depan, bini aku sedaya upaya cuba sediakan makan malam sebelum mahgrib.. bukan apa, nak jimatkan kain kapan, nak bagi senang orang usung mayat aku ke kubur kelak.. dan nak bagi senang orang gali kubur aku, luas standard, tak makan banyak space.. (biar betul?)

Tapi ada gak hari-hari yang bini aku tak sempat masak atau aku sibuk terus ke surau yang mana tak sempat pulak nak makan malam dan terpaksa makan lepas isyak..

Dan cerita hari ni adalah tentang aku yang ada program kat kampong sebelah, si A pulak solat surau lain, petang tadi lewat dari opis terus singgah masjid, lepas isyak iman buat iklan..

“Assalamualaikum..”
“Di jemput semua ahli jemaah ke rumah arwah XXXX, kerana ada jemputan tahlil!”

Arghhh, aku sudah terperangkap dalam jemputan tahlil, imam dah lihat muka aku, bilal dan cam muka aku, satu saf jemaah kenal siapa aku, aku tak boleh escape lagi, dan si B pulak yang merangkap member baik aku dari kampong sebelah tekankan perlunya aku ke rumah arwah XXXX demi hubungan sesama muslim.. iqram muslimin katanya.

Aku percaya dengan takdir tuhan, bahawa malam ni rezeki aku di takdirkan kat rumah arwah si XXXX yang aku tak kenal.., aku tak perlu berdalih lagi.

Hakikatnya, aku rasa aku ni banyak dosa dan punya hati yang gelap seterusnya membuatkan aku tak ghairah untuk pergi tahlil, tak rasa teruja untuk duduk berzikir beramai ramai walaupun di hujung program ada acara makan-makan yang lazat dan.. FREE…

“Tapi takpe, bolehlah aku qohdo zikir harian aku yang terlepas..” bisik hati kecilku ketika melangkah masuk ke kereta si B, sebab aku tak tahu jalan ke rumah si mayat.

Bila sampai rumah si arwah, hatiku yang banyak cinta dunia teruja tengok pintu pagar si mayat, besar dan tinggi.., berkilau macam emas, berseni bina back to the futere, bukak pakai remote.., ada lampu neon menghias kelam malam, orang kaya rupanya, patutlah rumah lebih besar dari masjid., arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh anganku ketika melangkah masuk ke halaman rumah si mayat.

Aku terus masuk dalam rumah, cari posisi terlindung, takut kena jadi pemandu zikir, aku tak hafal doa tahlil..oh!

Si B ikut aku duduk sebelah, takut kena baca doa gamaknya, kami berada di posisi sempadan antara dapur dan ruang tamu, dari dapur aku dengar bunyi piring dan cawan berlaga, sesekali terdengar suara makcik dan perempuan cantik ketawa.(cantik? barangkali-perempuan kaya biasanya cantik, jika tak cantikpun mereka kelihatan sungguh ‘bersih’)

Pendek cerita imam solat isyak tadi yang menjadi pemandu zikir dan aku menumpang zikir secara berjemaah…

Pendek cerita lagi, habis tahlil dan doa, makanan di hidangkan, hmmm, Nasi Bukhari, aku pulak jenis pantang tengok.., terus menambahkan jisim dan jirim di bahagian perutku..

Time makan, aku berborak dengan si B, serba sedikit tentang si mayat yang di tahlilkan, sambil mata aku melilau lihat hiasan rumah yang sungguh advance bombastic..

Aku lihat batu koral (pebbles) yang di hias sebagai dekorasi indoor yang mesra alam dan sfesifik, eksotik dengan tekstur dan warna-warna cantik, gabungan klasik dan future beserta konsep feature wall yang berwarna warni. Lepas tu ada border kayu jati yang di ukir indah, ada Wall Paper bercorak penuh floral yang buat si pemandang akan rasa lupa nak mati, langsir yang bercirikan night curtain cukup untuk memancarkan cahaya romantik dan sedap mata memandang. Ada valance (kepala langsir) Scallop dan Blinds.. arghh, aku agak melampau dalam memuji rumah si mayat ni..oh! macamlah aku mampu, aku sedar diri ini lelaki miskin… arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh nafsuku lalu terus tambah Nasi bukhari.. nyam nyam..

Sambil menguyah aku pasang telinga dengar cerita si B..

Menurut si B, semasa arwah masih hidup, si B ni selalu gak cuba datang ziarah rumah si arwah dengan niat menghubungkan silaturahim, tapi si arwah seorang yang sibuk, jarang dapat jumpa, itupun hanya sempat berkirim salam, jumpa di jalanan hanya dapat angkat tangan, cermin kereta gelap dan kereta bergerak laju… dan bila si B ke rumah, lepas tekan loceng yang keluar adalah orang gaji:

“bapaknya nggak ada”

Si B bercerita lagi, sambil tambah Nasi bukhari,

Aku pergi pagi..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi petang..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi malam..
“bapaknya nggak ada”

Last sekali, imam masjid panggil aku mandi mayat dia, baru aku dapat ‘jumpa’ dia, dan baru aku dapat masuk rumah dia malam ni.., dapat makan rumah dia, tapi sedihnya, aku di sini sebab dia takde… (sebab bapaknya sudah nggak ada), jika dia ada, aku pulak yang takde di sini..

Si B sedikit beremosi, sedih kerana gagal berjumpa dengan si mayat untuk bercerita cerita tentang ugama.. (dalam beremosi makan banyak gak.)

Untuk makluman, si B ni pendakwah di kampong dia, seorang pendakwah yang berkeinginan untuk jumpa semua orang kampong demi mewujudkan suasana ugama, belajar mewujudkan suasana lelaki yang bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah.. nak duduk bawah arasy katanya.. (amin)

Aku pendekkan cerita..

Ok, dah habis makan dan boleh balik.. di luar rumah melewati halaman si arwah, aku lihat ada tersusun alat senaman yang biasa di lihat di gym (ada 2 jer kot), ada kolam ikan, air pangcut, patung bangau, air terun mini.. bla bla bla.., tapi di manakah tuan punya semua harta benda ni??teeetttzz
Lu pikirlah sendiri!! Assalamualaikum..

Friday, 7 January 2011

3:192-194

"Rabbana innaka man tudkhilin-nara fa-qad akhzaytahu, wa ma liz-zalimina min ansar." 
 
"Rabbana innana sami'na munadiyan yunadi lil imani an aminu bi-Rabbikum fa-amanna, Rabbana faghfir lana dhunubana wa kaffir 'anna sayyiatina wa tawaffana ma'al-abrar. Rabbana wa atina ma wa'adta-na 'ala russuli-ka wa la tikhzi-na yauma-l-qiyamati innaka latukhlifu-l-mi'ad." 
 
"Our Lord! surely whomsoever Thou makest enter fire, him Thou hast indeed brought to disgrace, and there shall be no helpers for the unjust." 

"Our Lord! We have heard the call of one calling (us) to faith, saying, Believe in your Lord; so we do believe; our lord! forgive us our faults and cover our evil deeds and make us die with the righteous; Our Lord! and grant us what Thou hast promised us by Thy messengers and disgrace us not on the day of resurrection; surely Thou dost not fail to perform the promise." (3:192-194)

Saturday, 1 January 2011

Keampunan::

"Jika setiap hamba merasa kebesaran Allah, hebat dan Qahhar-Nya.Dia akan terasa hinanya diri .Membesar diri jauh sekali.Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya, Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik.Bimbang dan gerun setiap waktu...."

Astaghfirullah..ampunkan diri ini ya Allah.. Ketika seseorang melakukan kebaikan, kebaikan itu akan menjadi cahaya dihatinya dan kekuatan di badannya. Begitu pula ketika seseorang melakukan keburukan, ia akan menjadi kegelapan di hatinya dan kelemahan di badannya.Mohonlah keampunan..keampunan Allah tiada penghujungnya.Subhanallah..
Hasan Albashry