Imam Hassan Al-Basri berkata
“ Ada empat perkara yang membuatkan aku zuhud terhadap dunia. Pertama, ketika aku sedih mengetahui bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain. Maka, tenteramlah hatiku. Kedua, ketika aku mengetahui bahawa amalanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Maka, aku akan menyibukkan diriku dengan melakukan amal ibadah. Ketiga, ketika aku telah mengetahui bahawa Allah s.w.t selalu mengawasi diriku. Maka, aku akan merasa malu apabila DIA melihatku melakukan kemungkaran. Keempat, ketika aku telah mengetahui bahawa maut sedang menungguku. Maka, aku mempersiapkan bekalan untuk menghadap Tuhanku Rabbuljalil.”
Semoga hari ini jauh lebih baik daripada semalam..
Selamat Beramal!
No comments:
Post a Comment