Kuang3...Akhirnya selesailah sudah pertandingan DOTA Batch yg telah berlangsung selama kurang lebih 10 jam..."Mak ai !!! sampai 10 jam maen game???Biar betik...Gilo apo???" kata mereka yg tidak mengerti ape itu DOTA...hehe..
Pertandingan yg diadakan di CC BATARA di sebelah jln Sayang itu melibatkan antara 3 buah pihak yg sudah bermusuhan dlm game DOTA ini selama 3 kurun abad lamenye...kui3...Yg dimaksudkan adalah CGC,ABI PUTRA dan GRIYA AMIRA...Feewwwiiittt...Hehe...
Antara muke2 macho yg telah berjuang di medan perang mewakili CGC adalah Hekenawang,Naqiqo,Lord Adi,Nazzierusama dan Hahaha (yg ni name org tau bukan saye gelak kegembiraan...) Tidak dilupakan juge saudara Kissas dan LapSap yg telah terpilih utk menjadi juri dlm peperangan tersebut..
Tahniah diucapkan kpd para pemenang yg akan mewakili negara utk bertanding ke peringkat antara planet menentang makhluk2 asing dari planet zargus dan planet nameck...Siap sedia la korg lwn mamat SUPER SAIYA 2...kui3...
Bagi yg kalah, jgn lah bersedih hati..Ingatlah semua ini ketentuan Illahi...Sabarlah dan teruskanlah berusaha sehingga mencapai kejayaan yg diidam2kan...Aminnn...
Dikesempatan ini juge, saye ingin mempromosikan kpd rakan2 yg bermain DOTA utk memasuki pertandingan DOTA BCG yg xtau bile sbb brother yg handle 2 da lame da xnmpk, da graduate kot...n pertandingan DOTA PKPMI yg akan diadakan pada semester yg akan dtg...Still ade mase lg nk training ke rombak team ke...hehe...
Disamping itu, kepada manager team CGC, saudara Hang Hanep, terima kasih diatas ketidakhadiran anda utk memberi sokongan...Usaha dan penat lelah anda amatlah kami hargai...tq very much...(hopefully die rase pedih sket bile bace artikel ni...hehe)
Stay cute, Stay tune,
Chow cincau v(^_^)v
Laporan Sidang Media Khas CGC:
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada ahli-ahli CGC yang terchinta. Semoga Allah senantiasa memberkahi dan merahmati segala pekerjaan yang kita sama-sama usahakan.
Pertama-tamanya saya selaku Presiden dan "manager" yang dijemput khusus ingin memohon kemaafan atas ketidakhadiran dan kebiadaban perbuatan saya atas aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan terutamanya yang bertujuan untuk memartabatkan lagi darjat kelab ini di persada pentas dunia.
Kedua, terima kasih yang tak terhingga atas cinta yang dihulurkan. Sesungguhnya saya tak pernah merasa sebegini penting sepanjang hidup ini. Kasih sayang yang kalian hulurkan amat mengharukan jiwa ini.
Sungguh dalam hati ini amat merasa bersalah dan sedih dengan kelakuan saya sendiri terhadap kalian semua. Seperti susu di balas tuba, cinta dibalas luka, suka dibalas duka.
Sebenarnya ikutkan rencana asal, sememangnya saya ingin sangat menghadiri majlis petang tadi setelah selesai kerja-kerja yang tak dapat disebut di sini detailnya dan sebelum temu janji dengan seorang sahabat. Akan tetapi atas faktor-faktor kelembapan orang tertentu dalam menyelesaikan pekerjaan tersebut dan juga hujan yang sangat lebat, makanya tak dapat saya hadir pada perseteruan yang amat dasat tersebut.
Sekali lagi saya memohon ampun maaf atas kesilapan yang telah dilakukan. Insyaallah selepas ini saya akan hadir memberi sokongan di setiap majlis yang diadakan.
Kasih sayang kalian amat saya hargai dan takkan mungkin dapat dilupakan. Siapalah diri ini tanpa kalian di sisi?