I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 10 January 2011

Tahlilan

Aku mempunyai satu perangai buruk, iaitu:-

Tak suka pergi tahlil di rumah orang yang aku tak kenal..

Walaupun aku di jemput, errr, maksud aku jemputan secara umum di masjid-surau yang di iklankan sebaik imam mengaminkan doa selepas solat isyak.

Biasanya member aku si A pantas dalam bab-bab camni, sebelum solat isyak lagi dia dah bisik-bisik aku, “Malam – Ini – Ada - Tahlil.”
Empat patah perkataan itu akan membuakan aku terus blah sebaik sahaja encik imam bagi salam, aku dan si A ke belakang, buat solat sunat sikit, dan ketika iman berdoa dan salam pusing, aku dan si A telah lesap dari pandangan mata mereka.. woha!

Dan yang paling penting, ketika IKLAN di buat, aku telah berada jauh dari tapak pengiklanan tersebut.. itu yang penting! Satu kaedah yang sah di guna pakai oleh aku dengan alasan tak wajib pergi kerana aku tak di jemput (atau aku tak dengar jemputan)

Dulu masa aku budak kecik dan miskin, aku pernah bagi ‘wasiat’ kat mak aku supaya kematianku kelak, tak perlu buat tahlil, mak aku marah aku:

‘kau dah mati, lantak mak lah nak buat ke tak!”

Hampeh...
errr, ada tak orang hidang mee magee 3 malam sepanjang tahlil..

Baiklah, Untuk korang yang baru masuk islam dan tak tahu apa itu tahlil, dalam masyarakat melayu, lepas orang tu jadi mayat, maka akan di adakan majlis zikir dan berdoa untuk si mayat, lepas tu ada makan-makan, biasa malam pertama mee goreng, malam last baru best makan nasi berlauk special, woha!

Namun amalan ni nabi tak buat, dan aku bukan nak tulis pasal hokum, pasal bidaah dan fatwa, aku just nak cerita sebuah pengalaman di sebalik tahlil, sebelum tu aku nak jawab:

Kenapa aku tak suka pergi tahlil?
Korang sebenarnya kena sangka baik dengan aku.., aku mungkin ada kerja sekolah yang belum siap, (jika aku seorang pelajar) yang mana aku kena hantar esok, deadline besok sebelum subuh.., karang aku kena tampar oleh guru dan masuk dalam paper muka depan kerana balas balik serangan tu.. tak ke haru?

Atau mungkin perut aku sakit, kena balik cepat, sebelum bontot aku pecah dalam surau dan menyusahkan tok siak kerana mengotorkan karpet.. (ramai orang tak suka melengahkan berak, tapi suka melengahkan solat..hampeh!)

Atau mungkin bini aku nak bersalin, atau kami baru nak cari perfect timing untuk dapat anak pada tarikh lahir pada 12 hb 12, 2012 misalnya? Mana korang nak tau kan..?

Apa-apalah!

Tapi yang pastinya, alasan utama adalah sebab aku tak kenal akan si mayat tu, termasuk keluarganya, kalau aku kenal, insyAllah, aku datang demi hubungan sesama islam (iqram)

Lagi pulak, aku la ni diet malam, kononnya tak nak makan malam, al maklumlah, badan aku gemok semacam, badan bertambah luas dengan kehodohan, betis macam tiang bank, perut buncit labuh ke lutut, bulu kaki semakin jarang, maka demi masa depan, bini aku sedaya upaya cuba sediakan makan malam sebelum mahgrib.. bukan apa, nak jimatkan kain kapan, nak bagi senang orang usung mayat aku ke kubur kelak.. dan nak bagi senang orang gali kubur aku, luas standard, tak makan banyak space.. (biar betul?)

Tapi ada gak hari-hari yang bini aku tak sempat masak atau aku sibuk terus ke surau yang mana tak sempat pulak nak makan malam dan terpaksa makan lepas isyak..

Dan cerita hari ni adalah tentang aku yang ada program kat kampong sebelah, si A pulak solat surau lain, petang tadi lewat dari opis terus singgah masjid, lepas isyak iman buat iklan..

“Assalamualaikum..”
“Di jemput semua ahli jemaah ke rumah arwah XXXX, kerana ada jemputan tahlil!”

Arghhh, aku sudah terperangkap dalam jemputan tahlil, imam dah lihat muka aku, bilal dan cam muka aku, satu saf jemaah kenal siapa aku, aku tak boleh escape lagi, dan si B pulak yang merangkap member baik aku dari kampong sebelah tekankan perlunya aku ke rumah arwah XXXX demi hubungan sesama muslim.. iqram muslimin katanya.

Aku percaya dengan takdir tuhan, bahawa malam ni rezeki aku di takdirkan kat rumah arwah si XXXX yang aku tak kenal.., aku tak perlu berdalih lagi.

Hakikatnya, aku rasa aku ni banyak dosa dan punya hati yang gelap seterusnya membuatkan aku tak ghairah untuk pergi tahlil, tak rasa teruja untuk duduk berzikir beramai ramai walaupun di hujung program ada acara makan-makan yang lazat dan.. FREE…

“Tapi takpe, bolehlah aku qohdo zikir harian aku yang terlepas..” bisik hati kecilku ketika melangkah masuk ke kereta si B, sebab aku tak tahu jalan ke rumah si mayat.

Bila sampai rumah si arwah, hatiku yang banyak cinta dunia teruja tengok pintu pagar si mayat, besar dan tinggi.., berkilau macam emas, berseni bina back to the futere, bukak pakai remote.., ada lampu neon menghias kelam malam, orang kaya rupanya, patutlah rumah lebih besar dari masjid., arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh anganku ketika melangkah masuk ke halaman rumah si mayat.

Aku terus masuk dalam rumah, cari posisi terlindung, takut kena jadi pemandu zikir, aku tak hafal doa tahlil..oh!

Si B ikut aku duduk sebelah, takut kena baca doa gamaknya, kami berada di posisi sempadan antara dapur dan ruang tamu, dari dapur aku dengar bunyi piring dan cawan berlaga, sesekali terdengar suara makcik dan perempuan cantik ketawa.(cantik? barangkali-perempuan kaya biasanya cantik, jika tak cantikpun mereka kelihatan sungguh ‘bersih’)

Pendek cerita imam solat isyak tadi yang menjadi pemandu zikir dan aku menumpang zikir secara berjemaah…

Pendek cerita lagi, habis tahlil dan doa, makanan di hidangkan, hmmm, Nasi Bukhari, aku pulak jenis pantang tengok.., terus menambahkan jisim dan jirim di bahagian perutku..

Time makan, aku berborak dengan si B, serba sedikit tentang si mayat yang di tahlilkan, sambil mata aku melilau lihat hiasan rumah yang sungguh advance bombastic..

Aku lihat batu koral (pebbles) yang di hias sebagai dekorasi indoor yang mesra alam dan sfesifik, eksotik dengan tekstur dan warna-warna cantik, gabungan klasik dan future beserta konsep feature wall yang berwarna warni. Lepas tu ada border kayu jati yang di ukir indah, ada Wall Paper bercorak penuh floral yang buat si pemandang akan rasa lupa nak mati, langsir yang bercirikan night curtain cukup untuk memancarkan cahaya romantik dan sedap mata memandang. Ada valance (kepala langsir) Scallop dan Blinds.. arghh, aku agak melampau dalam memuji rumah si mayat ni..oh! macamlah aku mampu, aku sedar diri ini lelaki miskin… arggh, semua ini akan menjadi tanah, bisik hati kecilku membunuh nafsuku lalu terus tambah Nasi bukhari.. nyam nyam..

Sambil menguyah aku pasang telinga dengar cerita si B..

Menurut si B, semasa arwah masih hidup, si B ni selalu gak cuba datang ziarah rumah si arwah dengan niat menghubungkan silaturahim, tapi si arwah seorang yang sibuk, jarang dapat jumpa, itupun hanya sempat berkirim salam, jumpa di jalanan hanya dapat angkat tangan, cermin kereta gelap dan kereta bergerak laju… dan bila si B ke rumah, lepas tekan loceng yang keluar adalah orang gaji:

“bapaknya nggak ada”

Si B bercerita lagi, sambil tambah Nasi bukhari,

Aku pergi pagi..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi petang..
“bapaknya nggak ada”

Aku pergi malam..
“bapaknya nggak ada”

Last sekali, imam masjid panggil aku mandi mayat dia, baru aku dapat ‘jumpa’ dia, dan baru aku dapat masuk rumah dia malam ni.., dapat makan rumah dia, tapi sedihnya, aku di sini sebab dia takde… (sebab bapaknya sudah nggak ada), jika dia ada, aku pulak yang takde di sini..

Si B sedikit beremosi, sedih kerana gagal berjumpa dengan si mayat untuk bercerita cerita tentang ugama.. (dalam beremosi makan banyak gak.)

Untuk makluman, si B ni pendakwah di kampong dia, seorang pendakwah yang berkeinginan untuk jumpa semua orang kampong demi mewujudkan suasana ugama, belajar mewujudkan suasana lelaki yang bertemu dan berpisah semata mata kerana Allah.. nak duduk bawah arasy katanya.. (amin)

Aku pendekkan cerita..

Ok, dah habis makan dan boleh balik.. di luar rumah melewati halaman si arwah, aku lihat ada tersusun alat senaman yang biasa di lihat di gym (ada 2 jer kot), ada kolam ikan, air pangcut, patung bangau, air terun mini.. bla bla bla.., tapi di manakah tuan punya semua harta benda ni??teeetttzz
Lu pikirlah sendiri!! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment