I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 30 March 2012

Semoga Jannatul Firdaus Buatmu Nenda


"Ke'kong (nakal) deh wat sulung nih!"

Terngiang-ngiang suara nenek belasan tahun silam.Sewaktu saya masih lagi anak-anak setahun jagung, masih di bangku tadika.

Nenek (kami cucu memanggil nenek dengan panggilan 'MOK'), memarahi saya kerana keletah yang nakal.

Saya tersinggung.

Sebagai tanda protes, saya tidak mahu lagi bertemu nenek.Malas mahu bertandang ke rumahnya lagi.

Sekarang, saya hanya mampu tersenyum, mengenangkan peristiwa-peristiwa silam bersama nenek.


Nenek

31 Mac 2009 detiknya, sudah 3 tahun nenek pergi meninggalkan kami.

Sekarang,saya sudah cukup dewasa.

Terasa aneh dengan perangai keanakan berdemonstrasi tidak mahu bertandang ke rumah nenda.

Dasar anak hingusan.

Semakin lama,semakin saya teringat nenek.

Tidak pernah dia melupakan anak cucunya.

Musim durian, durianlah kami dapat.

Musim rambutan tiba, pakatlah disuruh anak cucu datang mengait.

Selaku tukang masak 'bekwoh' (kenduri) handalan, gulai kawah nenek antara yang terbaik.Sering, setiap kali habis kenduri, pasti ada kiriman untuk kami cucu-cucu.

Terutamanya saya.Kerna saya peminat nombor satu gulai dan kari.Kadang-kadang, gulai buatan nenek akan tersimpan di dalam peti ais rumah, sampai seminggu lamanya.

Bukan kerana tidak laku, tetapi kerana banyak bahagiannya untuk saya.Pasti dihabiskan saya akhirnya.

Zaman silam anak-anak.

Sehinggalah nenek hilang upaya disebabkan serangan angin ahmar (strok).

Nenek masih nenek.Suka bertanya khabar sanak saudara.Kalau zaman sihatnya,sakit sahaja orang yang dia kenali, dialah orang yang pertama bertandang menziarahi.

Tabik dari saya.


Cucu Doktor

Dalam keluarga besar kami, sayalah cucu pertama yang menjadi doktor.

Belajar di luar negara, walaupun jarak tempoh ke Bandung hanya mengambil masa 2 jam lebih penerbangan.

Setiap kali pulang, rumah nenek akan saya ziarahi.

Dahulu dipaksa abah, tetapi pabila sudah menjadi mahasiswa, saya rela hati.Rindu malahan untuk ketemu.

" Maafkan Mok deh... Mok banyok saloh!"

Hiba hati saya pabila nenek pernah meminta maaf kepada saya sewaktu saya meminta izin untuk berangkat ke bumi Paris van Java.

Nenek pula yang mahu mengucup tangan saya.Serba salah saya dibuat nenek.

Seharusnya saya yang memohon ampun dan restu.

" Min minta maaf Mok.Doa ko Min deh!"

Lekat memori itu sehingga ke hari ini.

Mutiara air mata ikhlasnya, takkan saya lupakan.


Doa Buatmu Nenda

Kini, dirimu telah pergi.Selamanya meninggalkan kami, anakanda cucunda.

Semoga Jannatul Firdaus buatmu nenda.

Amin...






Saturday, 29 October 2011

Pertunangan : Antara Menempa Syurga Abadi, Membida Neraka Api.

Pertunangan : Antara Menempa Syurga Abadi, Membida Neraka Api.

Semoga ada manfaatnya~

Sunday, 14 August 2011

Hamba Ini Bersaksi..

Ramadan ini..

Datang dan pergi..

Bagaimanakah mereka di negeri suci?

Hidupkah atau menunggu malaikat mati..

Sihat atau menggelupur sepi..

Di manakah yang mengaku saudara saudari..

Melirih sendu hati.

Atau melarikan nafsi diri..


Ya Rabbi..

Hamba ini bersaksi..

Aku dan dia satu jasadi..

Bersatu atas tinta kalam Ilahi..

Cinta kami pada Muhammad nabi..

Kuatkanlah paksi.

Tekadkan waja diri..

Kami bermohon dari Al A'aal Ilaihi Robbi..


Saturday, 13 August 2011

Wednesday, 1 June 2011

Malam ini, di keteduhan hatimu, aku hanya ingin tidur nyenyak, memejamkan kenangan sejenak ~

Thursday, 26 May 2011

Mendoakanmu, selalu menjadi cara yang menentramkan, agar hatiku selalu dekat dengan kebahagianmu ~ @

Wednesday, 25 May 2011

Yang hidup saat cemburu, adalah api; yang tak padam bahkan oleh air mata. ~ @

Monday, 23 May 2011

Saturday, 21 May 2011

Wednesday, 18 May 2011

Tuesday, 17 May 2011

Sebuah Tradisi CGC..



Sedar tidak sedar, dari Cikuda nun jauh di atas, ahli-ahli Cikuda Gentlemen Club(CGC) telah berpindah ke Sukagalih,Sukajadi,Bandung.

Lebih tepatnya di belakang Paris Van Java, ikon syurga membeli belah di Kota Bandung.

Ada 3 buah rumah semuanya.

Nama paling cantik, Villa Intan,iaitu rumah no 4.

Nama paling keren , Laman Pria Idaman, rumah no 9.

Dan nama paling 'Kelate', adalah Darul Naim, milik pasangan Muhammad Khalis aka Boh dan Mimi.


Tradisi

Setiap minggu di Cikuda, solat berjemaah Isya direncanakan, disambung dengan tazkirah ringkas dan diselesaikan dengan acara yang paling ditunggu-tunggu,sesi moreh memoreh.

Dan ucap puji syukur padaNya, di dalam kesibukan bertugas sebagai dokter muda, tradisi ini dibawa lagi ke bumi Sukagalih.

Giliran rumah dan pentazkirah menceriakan hidup yang penuh di laman hospital.

Kesibukan ini dan itu hanyalah alasan bagi orang yang tidak pernah sibuk..

Terus semangat ^_^